CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhbar 54 Tahun Lalu Ramal Gerhana Matahari April 2024, Bakal Benar Terjadi

27-3-2024 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7163| Komen: 8

Description: COLUMBUS - Fenomena gerhana matahari pada tahun ini pernah diramalkan oleh akhbar berpusat di Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970.


COLUMBUS - Fenomena gerhana matahari pada tahun ini pernah diramalkan oleh akhbar berpusat di Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970.

Laporan itu menyebut fenomena gerhana penuh akan dapat disaksikan di Amerika Utara dan Amerika Tengah pada 8 April 2024.

Selepas 54 tahun, ramalan itu akhirnya akan menjadi kenyataan.



Pengguna rangkaian komuniti, Reddit, Fleegle1834 berkongsi keratan akhbar itu dengan tajuk 'Jutaan saksikan gerhana; fenomena seterusnya pada 2024' berserta kapsyen, jiran saya masih simpan akhbar yang meramalkan kejadian menakjubkan itu.

Ia turut menerima pelbagai reaksi pengguna platform itu.


"Saya tidak boleh bayangkan generasi pada masa itu yang mungkin beranggapan 2024 adalah tempoh yang lama untuk ditunggu.

"Mereka mungkin fikir adakah dunia masih wujud pada tahun itu?" ujar salah seorang pengguna Reddit.

Difahamkan, ia merupakan keratan akhbar The Washington Post dan turut disamakan dengan animasi popular, The Simpsons yang berulang kali membuat ramalan tentang kejadian pada masa depan dan ia akhirnya benar-benar berlaku atau secara kebetulan.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana matahari pada 2024 adalah yang kali terakhir dapat dilihat di AS dan fenomena sama seterusnya diramalkan pada 23 Ogos 2044.

Pada tahun lalu, rakyat Amerika turut menyaksikan gerhana matahari anulus atau 'Ring of Fire'. - Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 27-3-2024 12:29 PM
agenda New World Order kah
Quote Dwdrum 27-3-2024 01:06 PM
The saros sudah lama exist dalam astronomy TT... Guna math
Quote keranda.terbang 29-3-2024 03:00 PM
fuhh
Quote kakikuDibibirmu 29-3-2024 03:09 PM
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat
Quote ninja boy 29-3-2024 06:17 PM
Jgn tgk direct nnt buta mata tak nampak jalan didunia kerana tidak nampak cahaya tidak tahu kemana hendak dituju kehilir atau kehulu dalam kegelapan terjun neraka
Quote sharlenetexas 29-3-2024 11:36 PM
Dr mazlan tgk tak nanti?


Quote airfilterkotor 29-3-2024 11:52 PM
Lerr... apa yg anehnya.
Quote B40tastePosh 30-3-2024 12:12 PM
Teknologi USA tak sama dengan Teknologi Melayu.

Jangan lah terlalu judgmental pada US kalau kaum korang baru keluar dari Dark Age ke era Malaysia yang baru berusia 64 tahun plus minus korang punya layback macam 30 tahun merdeka.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048197 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top