CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JBPM Siasat Butik Terkenal Ingkar Arahan Masuk Premis Terbakar – “Kalau Nak Buat Content Sekali Pun…”

27-3-2024 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8458| Komen: 22

Description: Hangat di media sosial baru-baru ini tentang kes kebakaran yang berlaku di sebuah butik pakaian terkenal terletak di Bangi, Selangor.



Hangat di media sosial baru-baru ini tentang kes kebakaran yang berlaku di sebuah butik pakaian terkenal terletak di Bangi, Selangor.

Mana tidaknya, netizen mengesyaki sesuatu kerana tahun lepas jenama yang sama turut mengalami kebakaran tetapi di gudang.

Apa yang menjadi bualan hangat adalah video dimuat naik di media sosial memaparkan pemilik serta pekerjanya berada di dalam bangunan.

"Tak pernah tengok mana-mana kebakaran yang pekerja dekat dalam premis terbakar lebih sibuk dari bomba.. Selalunya semua dah disuruh keluar.."


Terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pemilik butik berkenaan untuk mengetahui bagaimana dia boleh masuk ke dalam premis, meskipun telah dihalang oleh pegawai bomba di lokasi.

Ujarnya, pemilik tersebut dipercayai telah mengingkar arahan pihak berkuasa dengan memasuki premisnya yang ketika itu sedang terbakar.

"Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu."

Tambah Nor Hisham, kejadian kebakaran tersebut bukanlah berlaku di dalam bangunan butik tersebut dan menerusi video memang jelas kelihatan pemilik serta pekerja keluar dan masuk ke dalam premis.

"Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran."



Nor Hisham turut menegur pemilik tersebut kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang lain hanya semata-mata untuk membuat content.

"Kalau nak buat kandungan (content) sekali pun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa. Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan."

SUMBER : Astro Awani
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-3-2024 02:38 PM
LAHHHHHHHHHHHHHHHH....bakar kotak2 kat tangga je ke.... ingat sampai rentung dalam butik... sah sah ponen al erah tu mmg plan ye.. kan kaki drama sejak dulu.. marketing drama, cerai drama, gaduh2 ngan bulan bintang drama... semoga melingkoppppppp yee~~
Quote Cyempaka 27-3-2024 02:47 PM
hahaha kantoi. berani bakar kotak kosong je ke... tapi sembang ujian Allah segala macam terbakar punah ala2 jakel.
makin melampau puak2 ni, demi content sampai guna bomba. wajar diboikot jugak set2 begini.
Quote prettyuglybabe 27-3-2024 02:50 PM
dah cakap.. demi content..
semoga satu hari semua bisnes dia terbakar..
Quote ezacbee 27-3-2024 02:50 PM
Yg motip semua tayang badan kerempeng dah kenapa?

Quote piyek92 27-3-2024 02:52 PM
tengok pun memang mengganggu bomba buat kerja,nak tolong pun bukan macam tu gaya.lebih pada content
Quote airfilterkotor 27-3-2024 03:16 PM
"Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran."


Ye, protected fire staircase tu banggg. Bakalan kena kompaun.
Quote airfilterkotor 27-3-2024 03:23 PM
Kalau terbakar tanpa sengaja, kau tetap salah.
Kalau terbakar semata-mata konten pun, kau tetap salah.
Quote emera 27-3-2024 03:43 PM
Semoga kena denda kaw kaw.
Quote TeropongThaico 27-3-2024 03:52 PM
Tahap gini sekali yer sanggup demi konten. Tahapahapatah
Quote Decaffeinated 27-3-2024 04:38 PM
main hose getah tu nak padam api ka nak siram pokok bunga dek?

boikot ja kedai2 viral gini. banyak lagi jenama lain kain lagi herlok harga sangat rahmah tengok pun boleh tak percaya
Quote dani-rox 27-3-2024 04:47 PM
ohh demi content ya. semoga butik ko benar2 kejadian terbakar sampai tinggal abu.
Quote B40tastePosh 27-3-2024 11:54 PM
Kesian tengok budak2 Melayu jadi hamba content kena buka baju macam hamba abdi Eleah
Quote beatgirlX 27-3-2024 11:58 PM
Tu yg pelik mcmama dia dgm staff dia blh masuk time tu.. Dah tu susahkan oeg sesal nfas.. Choiiii
Quote firstlurv 1-4-2024 08:39 AM
Eh rimas la tgok bebudak ni menyibuk kacau org buat keje.....
Quote Kitty_catz 1-4-2024 08:44 AM
ritu owner beli mekleren

smlm helos up beli rr pulekk

semua demi konten merepek meraban

eii bodoeeeeee
Quote Denco 1-4-2024 08:46 AM
Memintak sgt, moga satu hari habes terbakar smpai founder tinggal sependa je.
Menyusahkn Bomba, ingat dorang tu keje main² ke?
Quote toynme 1-4-2024 08:54 AM
lepastu masing2 duk sedih tgk drama raya dia
mmg raya kena sedih ke
kalau sedih tu satu kesakitan ke
ada nikmat lain yang menggembirakan
Quote anony-mous 1-4-2024 09:58 AM
Ya ampun dah la setakat content ( which is expected) pastu kedekut modal setakat berani bakar kotak2??? Bakar la baju sekali. Berkira ko ni. Bertuhankn duit . Patut xkisah kick ex wife mcm tu. nama jenama xreti2 nk tukar. Muka xtau malu dia n adk beradik. Ni pon dia mesti dah standby nk byr bomba setel tepi. Bg i nk ajar org mcm ni heret je ke mhkamah. If not mkin ramai akn gula gulakn bomba
Quote nurkasih74 1-4-2024 06:16 PM
Last year pun terbako jugak kan?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055544 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top