CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Perempuan Dulu Beranak 13, Sekarang Baru 2 Anak Dah Menggelupur Terjelir Nak Mati” – Lelaki Bandingkan Wanita Dulu & Sekarang Teruk Dikecam

27-3-2024 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11255| Komen: 99

Description: Sememangnya memiliki rezeki untuk menimang zuriat sendiri merupakan impian pasangan yang sudah pun mendirikan rumah tangga.



Sememangnya memiliki rezeki untuk menimang zuriat sendiri merupakan impian pasangan yang sudah pun mendirikan rumah tangga.

Tetapi pada zaman moden ini, kebanyakan pasangan memilih untuk membuat ‘family planning‘ kerana memikirkan pendapatan dan ekonomi sekarang ini.

Melalui platform X, satu ciapan mengenai berapa banyak anak yang dilahirkan oleh wanita yang dibuat oleh seorang individu lelaki telah mengundang rasa kesal dikalangan pengguna lain.


Lelaki terbabit membuat perbandingan wanita dahulu yang boleh melahirkan zuriat lebih daripada 10 dan wanita sekarang yang kebanyakannya hanya mahu anak tidak lebih daripada tiga.


Ciapan tersebut, sememangnya telah mengundang rasa marah dikalangan warganet, tidak kira sama ada perempuan, mahupun lelaki.

Kata mereka, perbandingan yang dilakukan tidak adil kerana ekonomi dahulu dan sekarang sangat berbeza, dimana barangan anak-anak boleh dikatakan mahal ketika ini.



Dalam pada masa yang sama, ramai juga berkata faktor kesihatan juga perlu dipertimbangkan kerana untuk melahirkan seorang anak bukanlah satu hal yang mudah untuk dilalui oleh seorang wanita.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-3-2024 12:37 PM
Edited by Skuau at 27-3-2024 04:24 PM

'menggelupur terjelir nak mati'....
Kejam ko...bang!
Quote ifanonline 27-3-2024 12:47 PM
isu nak berapa org anak ni adalah pilihan masing2...knp kecoh sangat mat ni?
Quote fish 27-3-2024 12:48 PM
rata2 suami skrg pun bkn mcm dulu, yg kerja siang mlm usaha lengkapkan serba serbi.
mcm ayah aku la, sampai confuse bila masa tidurnya, rehatnya...
suami skrg sanggup tak rehat, tak pegang hp segala tu demi nak cari nafkah sara anak berbelas org? ada mungkin ada, tp tak byk kan...

mak2 pun biasanya jd suri rmh je jaga anak2.
byk mak2 skrg kena keluar kerja jg, kalau tak tlg, mau laki pulak menggelupur terjelir nak mati agaknya kalau ada byk anak.
Quote prettyuglybabe 27-3-2024 12:53 PM
yang buat status tu pun anak 3 jah..
apasal kau tak nak toron bini kau sampai beranak 13?
tak mampu ke?
hidup pun makan tanggung katanya..
Quote ina_na 27-3-2024 01:11 PM
Iolss x ckp org lain..nenek iolss dua2 belah pun beranak sampai 12 org anak...nenek iolss x keje ye..duk rumah je .yg deme tau gincu abis atok kn p beli..brg2 dapur abis kn top up..dia x de nye keje ape pun..mak saudara iolss citer nenek iolss duk rumah monitor anak2 je.. memasak,kemas rumah segala bagai nenek iolss bahagi kan deme adik beradik.. nenek2 iolss garang kalo ikut kata mak saudara iolss..iolss x Tau la sbb gan cucu nenek2 ni idak la garang pun walaupun dia Ade pilih kasih cucu kesayangan dia..jd nak bezakan zmn nenek iolss gan iolss mmg x la...kita dgn keje nye..dgn tlg support financial tok laki nye..lg nk ckp banyak
.ku kakikan je nanti...hehehehe..nk ckp banyak bt mcm atok2 iolss bt...p keje cukupkan keperluan anak bini tanpa bini keje br boleh nk bising
Quote dagusengett 27-3-2024 01:20 PM
Tak minat anak2 ramai big family
Belah mak ayah tak ramai
Ayah 2 beradik
Mak ramai abang kakak tapi lain2 bini. Mak anak tunggal bini last
Somi 3 beradik je. Mak mertua pun 2 beradik. Pak mertua ramai adik beradik
So pandai2 la pompuan sekarang manage
Somi omputih depa rela buat vasectomy
Nak harap jantan melayu hurmm harammm
Quote azimodin 27-3-2024 01:21 PM
Jangan main2 dengan post partum depression. Masa aku sekolah menengah jiran sebelah rumah kitorang meroyan. Baby dia sudden death masa tidur. Hari2 dia termenung dalam rumah, kadang2 menjerit2 luar rumah. Kesian.. tapi aku x sangka benda yg sama jadi pada aku. Laki aku siap cakap aku tergelak2 bercakap sorang2 tapi aku x sedar. Tau2 je ada gunting dekat tangan. Alhamdulillah, dah setahun ni dah ok. Cuma kadang2 aku masih nampak macam bayang budak2 melintas. Ustaz cakap itu mainan perasaan aku je sebab xde benda yang "mengikut" pon.
Senang je orang lelaki nak kutuk perempuan terjerit2 masa beranak ya. Cuba orang jantan teran keluar bola pingpong dari lubang kencing masing2, mau keluar suara aina abdul. Kami nak jerit ke, nak diam ke sukahati kami la. Karang semua perempuan pakat c-sect (sebab xnak menjerit) kau cakap kami x nak pahala sakit beranak pulak. Koser
Quote renko 27-3-2024 01:22 PM
prettyuglybabe replied at 27-3-2024 12:53 PM
yang buat status tu pun anak 3 jah..
apasal kau tak nak toron bini kau sampai beranak 13?
tak mampu  ...

dia pun sejenis pancut awai kot
terpancut terjadi lak
HAHAHAHAH
Quote azimodin 27-3-2024 01:24 PM
ina_na replied at 27-3-2024 01:11 PM
Iolss x ckp org lain..nenek iolss dua2 belah pun beranak sampai 12 org anak...nenek iolss x keje ye. ...

Nenek iouls beranak hampir 2 dozen, ala2 duggar family tu. Tapi anak2 kecik semua lepas kat anak2 yang besar. Anak2 perempuan sorang pon x masuk sekolah menengah & kawenkan dengan saudara mara. Beranak banyak2 tapi x adil dengan anak nak buat apa? Kesian makcik2 iouls.
Quote azimodin 27-3-2024 01:24 PM
renko replied at 27-3-2024 01:22 PM
dia pun sejenis pancut awai kot
terpancut terjadi lak
HAHAHAHAH

Ntah2 "pump" 3 kali dah tersadai
Quote Dwdrum 27-3-2024 01:29 PM
Lelaki yang royan wanita tidak mahu beranak banyak.... Tinggi nafsu seperti kuda... Otak kecik...
Quote renko 27-3-2024 01:29 PM
azimodin replied at 27-3-2024 01:24 PM
Ntah2 "pump" 3 kali dah tersadai

tu la pasal
pastu gebang kemain lak
ni mesti jantan pemalas semua nk kena tersedia
Quote DaisyD 27-3-2024 01:36 PM
mamat ni memang suka cari pasal dengan perempuan. Bila tanya anak berapa dia jawab ? je. Lepastu spin jawapan, kalau nak ajak orang masuk syurga dia kena masuk syurga dulu ke.
Quote alieyrina 27-3-2024 01:43 PM
Laki sapa ni. Malang bini nya mesti laki dia asyik perlekeh bini kat rumah
Quote aina_shaira 27-3-2024 01:43 PM
Cukuplah dengan anak anak yang ada, tak terjaga sekarang. Zaman sekarang serba mencabar nak membesarkan anak. Better ada 1-2 orang anak je zaman sekarang.
Quote JunkMail 27-3-2024 01:46 PM
Acah pulak mamat ni... Kau pun bini keje siang malam nak bantu kepala konek kau yang tak cukup duit... menggelupur
Quote becir 27-3-2024 01:48 PM
Orang dulu mana ada socmed. Kalau ada dah boleh gali posting from arkib tekanan perasaan beranak ramai, makanan tak byk. Yg dulu ada ampun anak ramai boleh lepas bebas main kat luar takde terperap dlm rumah bergaduh adik beradik sampai mental maknya
Quote Tinot7 27-3-2024 01:49 PM
Mamat ni nak mencapub gamaknya.. sbb tu buat statement tahpape..

Ramai pulak melayan dia ni
Quote cm_vungtau 27-3-2024 01:53 PM
Dulu ekonomi tak macam sekarang. Dulu 13 orang anak, laki sorang kerja pun ok. Sekarang ko punya gaji ada naik hebat ke selaras dengan perkembangan ekonomi? Kalau gaji nan hado, anak 2-3 pun bini kena kerja untuk top up, baik ko lupakan ajelah hasrat nak perli2 tu. Buat malu aje oi suruh bini beranak 13 tapi ko sengkek

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050707 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top