CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui Khasiat Minuman Barli Pada Tubuh Badan

5-4-2016 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7555| Komen: 2

Description: Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, m ...

Oleh : TS LOO


Siapa di antara anda sukakan minuman barli? Cepat angkat tangan! Sama ada barli ais ataupun barli suam dan kadang-kadang barli lemon jus, lebih-lebih lagi pada musim panas yang boleh menjadi punca kebanyakan antara kita boleh jatuh sakit.

Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.



Dipercayai ramai yang memesan air sejuk tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya, memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.


Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat, air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan pencernaan.

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam dari segi menghidrat badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.



sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/


Dengan suhu cuaca mencecah sehingga 38 darjah celsius ini, kami menyarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh badan biar pun di hidang dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.

Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat,vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.- CARI Infonet



3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Missfadh 5-4-2016 06:01 PM
Roasted barli kat dubuyo sedap. Rasa mcm sihat je lepas minum.
Quote AisyDani13 6-4-2016 10:33 AM
favourite ni ...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041722 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top