CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Saya Adalah Khunsa, Jangan Kaitkan Dengan Pondan Lain' - Nur Sajat

25-4-2016 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 120240| Komen: 71

Description: Sajjad Fariz adalah seorang mak nyah yang sangat cantik sehinggakan ramai yang terkeliru dengan perwatakan dan rupa parasnya
Oleh Izzah Abbasy

Dilahirkan asalnya seorang lelaki, Nur Sajat atau nama sebenarnya Sajjad Fariz adalah seorang mak nyah yang sangat cantik sehinggakan ramai yang terkeliru dengan perwatakan dan rupa parasnya.

Nalurinya lebih kepada perempuan sejak dari kecil membuatkan Nur Sajat sering melakukan aktiviti yang dilakukan oleh setiap wanita. Sering bermain anak patung, mengenakan mekap, dan memakai baju kakak adalah rutih hariannya dahulu. Naluri kuat ke arah wanita, Nur Sajat mula makan pil hormon ketika berusia 14 tahun.  

Nur Sajat pernah memenangi pertandingan Miss Tourism pada tahun 2008 (Kategori Mak Nyah) manakala pada tahun 2010 beliau berjaya memenangi Miss Lingerie serta Miss Malaysia 2010 & Miss Universe 2010 (Kategori Pondan). Anugerah terakhir yang dimenanginya adalah Miss Queen International Malaysia 2013 (Kategori Pondan). Nur Sajat telah diangkat sebulat suara oleh juri menjuarai kategori Most Talented (Paling Berbakat).

Pendek kata, kalau dah boleh menang anugerah paling cantik antara pondan-pondan pastilah Nur Sajat mempunyai paras rupa yang tak jauh bezanya daripada wanita sejati. Dan ada juga sesetengah peminat menyamakan wajah Sajat seiras dengan Che Ta.

Kisah Nur Sajat ini bukanlah baru di laman media sosial kerana setelah memenangi pertandingan Ratu Cantik pada 2013, Nur Sajat sekali lagi menjadi viral pada tahun 2015 kerana terlibat kemalangan dan beliau dikatakan insaf dan tiba-tiba bertudung selepas mengalami kecelakaan.

Berbalik pada isu pondannya itu, Nur Sajat seterusnya telah menjadi kecaman oleh netizen apabila dia kini tidak lagi bertudung dan sering memakai pakaian yang seksi dan memuatnaik gambar berbikini dan menayang punggung di laman Instagram miliknya.

Nur Sajat yang kini memiliki syarikat produk kosmetik dan kecantikan, NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD mengejutkan netizen lagi apabila beliau mendedahkan dirinya dilahirkan sebagai seorang KHUNSA selepas ramai yang mengecam beliau untuk membuat perubahan seperti Safiey Ilias, mak nyah yang mendapat hidayah dan kini telah berubah menjadi lelaki.

Nur Sajat dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak berkata kelahirannya itu telah memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya serta kakitangan hospital kerana lahir dengan mempunyai dua jantina. Kisahnya turut dikongsikan di laman Instagram milik Sajat.

Berlainan pula dengan Safiey Ilias. Jutawan muda ini sanggup buang payudara untuk kembali ke pangkal jalan.

Difahamkan Nur Sajat juga telah melakukan satu pembedahan di mana beliau telah menukar jantina lelakinya kepada jantina wanita di salah sebuah negara jiran.

Sejauhmana tepat atau benar kenyataan Sajat mengenai dirinya Khunsa tidak dapat disahihkan lagi. Pada hakikatnya, Nur Sajat masih merupakan seorang lelaki. Ibu Sajat sendiri mengatakan bahawa anaknya itu telah mengamalkan pil hormon wanita dan naluri kewanitaannya sangat kuat sehingga beliau mengubah penampilannya. - CARI Infonet




Wajah Terkini







Cetus Kontroversi



Bertudung Selepas Ditimpa Kemalangan Bersama 'Kekasih'



Ketika Kemalangan Bersama Anak Angkat


Memasuki Pertandingan Ratu Cantik Suatu Ketika Dahulu





Kredit Foto : Instagram Nur Sajat dan Google


33

Bagus
29

Marah
70

Terkejut
24

Sedih
31

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (215 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 25-4-2016 03:42 PM
lawa tapi muka pelik...
btw...not my taste...
Quote ladybird_ 25-4-2016 03:48 PM
kenapa sekali tgk macam memey suhaiza ek? part pakai tudung tu

bila selfie freehair tu macam soo wincci plak... kuat sgt makan hormon ni..  patut la boleh jd miss universe gitu.. muka cam gegurl abis sehh
Quote manehnya 25-4-2016 03:54 PM
apa pe pun yg dia buat n kata.. sora still sora jantan
Quote buttergal 25-4-2016 03:56 PM
Gambo last macam mila af
Quote ajinomotonosuga 25-4-2016 03:57 PM
Makin panjangggggg laaaaa kemarau d malayaaaa.
Quote Emperor95 25-4-2016 04:10 PM
sexynya tapi lelaki...
Quote sabar_sabariah 25-4-2016 04:21 PM
so kalau khunsa dan menjurus kepada wanita,
boleh tayang punggung camtu?? pffffttt...
Quote ISTRIMITHALI 25-4-2016 04:27 PM
huhuu.. mesti pertandingan maknyah n pondan yg die masuk rase tertipu .. huhuu

sy fhm.. sume org ade pahit manis pengalaman.. tapi, netizen akn confius sbb die dh masuk pertandingan2 tu.
maaf lah, sy rase diri die sndiri dh mengundang salah faham.

Pape pun, harap die dan kite semua di beri hidayah..
Quote Jerambut 25-4-2016 05:02 PM
Edited by Jerambut at 25-4-2016 05:08 PM

Maknanya anugerah ratu pondan semua tu kena rentap balik la.
Pondan no2 dalam setiap contest tu la, yg patut menang le kan?
Kau tu khunsa, kau cakap.
Pondan tu lain.

Tapi dah ber tahun dah pertandingan tu hohohoho kesian cik2 pon naib juwara tu
hahahaha
Quote aku.semut.merah 25-4-2016 05:29 PM
pentipu sangat pondan ni. nak publisiti murahan juga la tu. terpaksa la cakap khunsa pasal kote dan potong rata
Quote red_cattleya 25-4-2016 05:35 PM
amboii mulusnya kulit..body melentik mcm barbie dah..apa rahsia?hohoho
Quote -electrifying- 25-4-2016 05:46 PM
ISTRIMITHALI replied at 25-4-2016 04:27 PM
huhuu.. mesti pertandingan maknyah n pondan yg die masuk rase tertipu .. huhuu

sy fhm.. sume org  ...

sy sokong sis
Quote kukukatablog 25-4-2016 06:05 PM
dia ni slalu bergambo,
pastu nampak cam ada hitam2 misai...
bila org tegur dia delete gambo tuh...
Quote Syazzy 25-4-2016 06:33 PM
Style Sajat skrg ni mcm copy Soo Wincci plak..
Quote matchstick 25-4-2016 07:15 PM
sampah  betol..thread psl pondan confuse ni pon smpi 2-3 thread seminggu. x tau apa kepentingan discuss psl jantina dia ni
Quote allhaillll 25-4-2016 07:27 PM
buktikan sajat! buktikan!! kihkih
Quote mieymiey 25-4-2016 08:13 PM
Tetap nampak kelelakian engko bangjat
Quote CiliPadiSedap 25-4-2016 08:58 PM
pondan dia takkan datang bulan

kalau sajat tak keluar darah

maksudnya dia bukan khunsa

dia pondan tak siap
Quote aderaderker 25-4-2016 09:32 PM
Aku mencik orang edit gambar lebih2.

K tu je nak cakap

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.098874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top