CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Penduduk Serbia Gantung Bawang Halau Pontianak

25-7-2013 02:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7071| Komen: 12

Description: Gantung bawang di tingkap rumah’ itu amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di sebuah perkampungan di Serbia bagi menghalau pontianak selepas kincir angin yang dikatakan menjadi tempat tingg ...
Gantung bawang di tingkap rumah’ itu amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di sebuah perkampungan di Serbia bagi menghalau pontianak selepas kincir angin yang dikatakan menjadi tempat tinggal pontianak itu, runtuh.





Keadaan ini menyebabkan penjualan bawang putih di Bajina Basta di kawasan berkenaan meningkat selepas amaran tersebut dikeluarkan .

Rumah berkenaan didakwa didiami pontianak Sava Savanovic dan dia kononnya akan menghisap darah mereka yang datang ke situ.

Kincir angin itu dibeli oleh sebuah keluarga, Jagodic, namun mereka dikatakan terlalu takut untuk menggunakannya.

Bagaimanapun ia akhirnya menjadi lubuk duit apabila keluarga terbabit menjadikan kincir angin itu sebagai kawasan pelancongan.

Dengan tarikan kisah pontianak itu, ia menjadi tumpuan pelancong, namun hanya boleh dilawati pada waktu siang sahaja.

Selepas kincir angin itu runtuh, penduduk setempat telah menyebarkan khabar angin kononnya pontianak berkenaan telah bebas.

Dalam pada itu, Datuk Bandar di kawasan itu, Miodrag Vujetic mengaku penduduk di kampung tersebut kini berada dalam ketakutan kerana kononnya pontianak itu sedang merayau-rayau dan sedang mencari mangsanya.

“Penduduk dalam keadaan panik, semua orang mengetahui mengenai lagenda itu,’’ katanya.

Vujetic turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menasihat penduduk meletakkan bawang putih di pintu dan tingkat bagi melindungi mereka daripada pontianak yang dikatakan takut dengan bau busuk bawang itu.

Walaupun Sava Savanovic dikatakan pontianak pertama di Serbia, namun terdapat dakwaan lain kewujudan pontianak lain di situ dikenali sebagai Petar Blagojevi?, yang telah mati pada 1724.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 27-7-2013 10:04 PM
kenapa ponti takut bawang?
Quote anniez08 27-7-2013 10:05 PM
org cina pun gantung bawang putih ntuk halau hantu..
Quote lavendernovella 28-7-2013 02:42 AM
kalau vampire tu macam ni , ader ker orang nak gantung bawang?
[youtube]lrGqAbLhlO4[/youtube]
[youtube]J7k7wlTM-bM[/youtube]

jawab jgn tak jawab Last edited by lavendernovella on 28-7-2013 02:44 AM

Quote jaa139 28-7-2013 01:15 PM
puntianak boleh mati ka? ke asalnya manusia pastu jadi mutan / bermutasi sehingga jadi seperti ponti?
Quote mr_evergreen 29-7-2013 08:36 AM
agaknya pasal pontianak tu byk kolesterol kot
Quote Kerêta_Angin 29-9-2013 11:17 AM
Post on 29-7-2013 08:36 AM| All  posts
agaknya pasal pontianak tu byk kolesterol kot

  
ha ha .. ada2 saja
Quote novelloverzz 30-9-2013 08:29 AM
lavendernovella posted on 28-7-2013 02:42 AM
kalau vampire tu macam ni , ader ker orang nak gantung bawang?
...

fikir 10x sebelum gantung bawang...
Quote lavendernovella 30-9-2013 12:12 PM
novelloverzz posted on 30-9-2013 08:29 AM
fikir 10x sebelum gantung bawang...

tulah pasal kan heheehehhe
Quote slax 30-9-2013 12:47 PM
"Vampires do not live on Vampires" What Benjamin Franklin said about the Money Masters
Quote jkkkj 30-9-2013 12:53 PM
Tak sangka masyarakat Eropah Timur macam orang Serbia ni masih tebal dengan kepercayaan tahyul dan khurafat ek...
Quote ummukender 1-10-2013 11:01 PM
Kerajaan tempatan pun percaya tuh
Quote sriwanis 2-10-2013 01:14 AM
Ku teringat game plant vs zombi....zombi takut bau busuk bawang putih..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065819 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top