CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kuali Dan Periuk Ada Kesan Hangus? Atasi Dengan 10 Cara Ini

7-9-2016 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7483| Komen: 14

Description: Periuk atau kuali yang ada kesan hangus jika..

Oleh : Dean BZ

Sumber foto - abangbrian.com



Periuk atau kuali yang ada kesan hangus jika dibiarkan tergantung pada dinding dapur pastinya merosakkan pemandangan. Apatah lagi jika ada tetamu berkunjung ke rumah dan memasuki ruang dapur anda.

Bukan mudah hendak menyental kesan hangus itu sampai ada yang terpaksa kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.

Sayang pula periuk dan kuali yang masih boleh digunakan dibuang begitu saja hanya kerana ada kesan hangus. Kalau malas nak menyental, boleh cuba 10 cara mudah ini untuk menghilangkan kesan hangus.


1. Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh.


2. Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, ambil satu cawan cuka, dua sudu Serbuk penaik atau soda bikarbonat, air secukupnya dan juga span kasar atau besi kawat pencuci periuk. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan pula satu cawan cuka. Rebuskan campuran tadi dengan menggunakan periuk atau kuali yang hangus tadi. Cuba perhatikan kesan hangus tadi akan mulai tertanggal. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.


3. Gunakan Garam dan Limau
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

4. Gunakan Krim Tartar
Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan. Lihatlah hasilnya. Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang tebal dan dalam.

5. Gunakan Garam
Caranya, didihkan garam bersama dengan periuk atau kuali yang hangus tadi. Apabila sudah mendidih kacau perlahan-lahan  menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan sama ada kerak tertanggal, teruskan kacau. Jika tidak, biarkan selama beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal itu sendiri.

Sumber foto - kebunbahagiabersama.blogspot.com

6. Gunakan Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana  kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.

7.  Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.

8. Gunakan Cuka
Caranya, masukkan air secukupnya kedalam periuk atau kuali yang hangus. Kemudian masukkan pula secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau campuran sehingga kerak tersebut tanggal. Jika kesan kerak tersebut tidak terlalu serius, selalunya cara ini sudah boleh digunakan.

9. Gunakan Garam Kasar dan Minyak
Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar  dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruh bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.

Sumber foto - azhafizah.com


10. Gunakan Sabun Mandi
Cara ini hanya akan digunakan  jika anda benar-benar ingin untuk menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan  memotong  sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.

Selamat mencuba dan harap berjaya. - CARI



Sumber - sempoimedia.blogspot.my
17

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 7-9-2016 10:49 PM
Cuka paling berkesan
Quote kornea 7-9-2016 11:16 PM
Good info.
Quote munchkin 8-9-2016 02:39 AM
Baking soda + cuka. Elok untuk hilangkan bau bau juga. Kalau tak beli r brand tak ingat tapi juai kat old storage. Cleaner utk stainless steel
Quote Artemesiaa 8-9-2016 03:11 PM
Info berguna
Quote mirandanicky1 8-9-2016 10:24 PM
Tq for good info.
Quote suniton 8-9-2016 11:19 PM
iols rendam dgn air letak sunlight jer
Quote Rainrein 8-9-2016 11:28 PM
Good info. Aritu terlajak rebus abis hitam periuk ku. Da sental pun still ada lagi. So boleh cuba petua2 nih.
Quote fincalculator 9-9-2016 06:25 AM
selalu try cuka + soda bi. memang ada improvement la. sinki sumbat pun buat guna tu.
Quote miemiecha 9-9-2016 09:17 AM
menarik.. blh cuba ni
Quote fatinnabila 11-9-2016 10:19 AM
bagus..bagus..good info
Quote hareeeesah 16-9-2016 08:05 PM
memang kena cuba. Dah lama sangat berkerak hitam, pura-pura penambah perisa.
Quote loaoan 16-9-2016 08:45 PM

Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!


Quote ninnakarinna 19-9-2016 07:08 PM
Good infop
Quote bocorantogel 4-7-2017 01:46 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http//:dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069386 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top