CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Palsu Punya, Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah!

31-10-2016 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2569| Komen: 0

Description: Pelakon dan penyanyi Soo Wincci akhirnya kini bergelar seorang doktor falsafah (PhD) selepas bertungkus lumus selama lebih kurang 6 tahun dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci akhirnya kini bergelar seorang doktor falsafah (PhD) selepas bertungkus lumus selama lebih kurang 6 tahun dalam bidang Pengurusan Perniagaan di OUM. 


Menerusi Mstar Online, Soo Wincci menyatakan rasa terharunya kerana terlalu banyak cabaran yang telah dilaluinya sepanjang tempoh pengajian, termasuk dianggap gila kerana terlalu kuat bekerja. 

"Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa. Ramai juga rakan menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang.

"Saya berharap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar dan selebriti lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula," katanya. 

Antara perancangan selepas ini termasuklah memberi ceramah dan juga program akademik di sekolah mahupun universiti. 


"Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik.

"Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya lagi. 

Apa pun, tahniah buat Dr. Soo Wincci! - CARI 


Foto: The Star
11

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038151 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top