CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendakwah Dr Zakir Naik Kini Miliki Kerakyatan Malaysia?

28-11-2016 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5872| Komen: 83

Description: Benarkah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik telah diberikan kerakyatan Malaysia?
Kemaskini 12.15 tengahari

Susulan dakwaan Dr Zakir Naik diberi kerakyatan negara ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan hal tersebut. 


"Kami tidak memberikan kewarganegaraan secara automatik melainkan jika orang yang dilahirkan di negara ini kepada ibu bapa Malaysia," katanya kepada The Star Online. 

"Dr Zakir bukanlah personaliti agama yang penting bagi rantau Asia Tenggara, malah  kita harus mempunyai model Islam kita sendiri yang bersederhana sesuai dengan budaya sopan daripada penduduk di sini.

"Dia lebih kepada budaya India dan Asia-Sentrik tetapi beberapa idea-ideanya  boleh digunakan di sini, dan sebab itulah beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Maal Hijrah," katanya lagi. - CARI 

------


Benarkah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik telah diberikan kerakyatan Malaysia?


Memetik laporan Hindustan Times, pendakwah itu ditawarkan kerakyatan negara ini ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Malah wakil Zakir Naik telah mengesahkan perkara tersebut dan berkata pendakwah itu kini merupakan warganegara Malaysia.

"Sudah menjadi dasar kerajaan Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada penerima Anugerah Kehormat Awam Tertinggi di sini," kata wakilnya menerusi Hindustan Times. 

Dalam perkembangan terbaru, Zakir Naik dikatakan sedang bersembunyi susulan Yayasan Pendidikan Islam (IRF) beliau telah diharamkan oleh pihak berkuasa India.

Beliau juga kini sedang disiasat oleh Agensi Kebangsaan India (NIA). - CARI 

Foto: Awani
13

Bagus
14

Marah
30

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kornea 27-11-2016 06:35 PM
Bagus lah.
Quote dodolgemok 27-11-2016 06:36 PM
Sejak bila pulak ni? Reti cakap bm x? Lagu negaraku? Kenal flom tak?
Quote Mimique 27-11-2016 06:44 PM
Alhamdulillah...takbir..berita sgt baik utk malaysia
Quote Mimique 27-11-2016 06:44 PM
Alhamdulillah...takbir..berita sgt baik utk malaysia
Quote adekmanes 27-11-2016 07:09 PM
Actually saya berborak dgn profesional India yg bekerja di malaysia, sbnrnya zakir naik telah di banned di india, atas dasar dia tidak sensitif dan tidak menghormati agama lain. Pendekatan yg sgt keras. Sbb tu dia spt 'pelarian' di negara islam yg lain.
Quote adekmanes 27-11-2016 07:09 PM
Actually saya berborak dgn profesional India yg bekerja di malaysia, sbnrnya zakir naik telah di banned di india, atas dasar dia tidak sensitif dan tidak menghormati agama lain. Pendekatan yg sgt keras. Sbb tu dia spt 'pelarian' di negara islam yg lain.
Quote hanakikan 27-11-2016 07:15 PM
amboi. org lain queue bertahun2 nak dpt kan citizenship dia senang2 je dapat
Quote j3m4h 27-11-2016 07:41 PM
hanakikan replied at 27-11-2016 07:15 PM
amboi. org lain queue bertahun2 nak dpt kan citizenship dia senang2 je dapat

Bini taib mahmud rilek je potong Q, apetah lg ZN bang...ok je dia nk jd warganegara msia, ade la nnt ummah yg cacing kepanasan dgn zn... contoh2 nye kjap lg muncul bang...tggu...
Quote akusukaq 27-11-2016 07:41 PM
bagus lah , kat sini pun ramai yg tak tau bm, lagu negaraku  tp gigih nak mintak kerakyatan..dah lah sumbangan pd negara pun habuk takada.
Quote Wal..Hal 27-11-2016 07:51 PM
akusukaq replied at 27-11-2016 07:41 PM
bagus lah , kat sini pun ramai yg tak tau bm, lagu negaraku  tp gigih nak mintak kerakyatan..dah lah ...

So, kalu mcm tu xsalah diberi kerakyatan msia pd zakir naik kan since he also cant speak malay,  yg awk dengki sgt dgn zakir naik ni knp
Quote pyropura 27-11-2016 08:04 PM
..zakir naik ni cara dia sebut Allah tu "al-lah", macam indon sebut "awloh", kira hina isle tak?
Quote pyropura 27-11-2016 08:05 PM
Mimique replied at 27-11-2016 06:44 PM
Alhamdulillah...takbir..berita sgt baik utk malaysia

Kenapa baik?  
Quote AbukRokok 27-11-2016 09:06 PM
harap lepas ni bagi kewarganegaraan pada Muhaysni... Baghdadi dan Jolani
Quote sarahmirza 27-11-2016 09:09 PM
Wal..Hal replied at 27-11-2016 07:51 PM
So, kalu mcm tu xsalah diberi kerakyatan msia pd zakir naik kan since he also cant speak malay,  y ...

Tertanya apa sumbangan dia kepada Malaysia...
Quote unhas 27-11-2016 09:23 PM
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Quote R2D2 27-11-2016 10:11 PM
Putrajaya nafi beri Zakir Naik taraf kewarganegaraan


PETALING JAYA: Putrajaya menafikan laporan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik diberikan kerakyatan Malaysia dan bersembunyi di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menjadi warganegara memerlukan proses yang panjang dan sebarang laporan mengatakan pendakwah itu sudah menjadi warganegara adalah dakwaan semata-mata.

“Terdapat banyak proses perlu dilalui dan ia mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi warganegara,” kata ahli Parlimen Pulai itu memberitahu FMT ketika diminta mengulas mengenai artikel dikeluarkan Hindustan Times.

Awal hari ini, akhbar harian India melaporkan Zakir, yang juga pengasas Islam Research Foundation (IRF) diharamkan di India, kini di bawah siasatan polis dan Agensi Siasatan Negara (NIS).

Laporan Hindustan Times berkata, pihak berkuasa sebelum ini menyangka beliau bersembunyi di Afrika atau Thailand dan kini dipercayai berada di Malaysia.

Ia memetik “individu mewakili Zakir semasa ketiadaannya di Mumbai” mengesahkan kerakyatan Malaysia beliau.

Mereka mendakwa ia adalah satu daripada pakej kepadanya bersamaan penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah yang diberikan kepadanya pada 2013.

“Adalah menjadi dasar kerajaan Malaysia menawarkan kewarganegaraan kepada penerima anugerah kehormat awam tertinggi negara mereka. Sekarang Naik adalah warganegara Malaysia juga,” Hindustan Times memetik kata seorang wakil Zakir.

Laporan itu berkata, ketika siasatan dilakukan ke atas Zakir, memiliki 2 kerakyatan nampaknya memberi manfaat kepadanya.

Zakir tidak asing di kalangan penduduk negara ini yang datang pada April untuk memberi satu siri ceramah mengenai Islam sehingga menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Kumpulan bukan Islam khususnya menggesa beliau dihalang daripada bercakap di Malaysia kerana sering menghina agama lain dan boleh menyebabkan bahaya kepada keharmonian pelbagai agama di Malaysia.

Pada Oktober, televangelis kelahiran Mumbai kembali ke Malaysia di mana beliau menghadiri persidangan tahunan Al-Khadem di Kuala Lumpur.



Quote HannahMontana 27-11-2016 10:14 PM
aku benci kerajaan asyik angkut Rohingya...benci ...sebab puak tu mmg jahat.
Quote deezeck 27-11-2016 10:17 PM
Kalau benar baguslah

Setakat ini disahkan tidak begitu

Yang tak suka pada  Dr zakir naik ni majoritinya non muslim terutama DAP dan borneo
Quote Mimique 27-11-2016 10:18 PM

banyak sebabnya...nah ku bg skit
dia tokoh maal hijrah ...anugerah tertinggi dalam pembangunan islam di malaysia
dia ilmuwan ulung dalam bidang perbandingan agama...mungkin lebih hebat dr gurunya Ahmad Deedad
menguasai hampir semua amalan agama tuhan (kristian, islam) dan hindu...buddha...snagat ditakuti ilmuwan hindu dan buddha
mengislamkan berpuluh ribu org secara individu dan beribu juga di Malaysia
semua tempat yg dia berceramah...penuh stadium...satu fenomena...bahkan ramai bukan islam pun turut datang

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066693 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top