CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Takut Kecundang Di Karpet Merah Oscars 2017

22-2-2017 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28743| Komen: 250|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Wah, selepas Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, kita akan menyaksikan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad membuat liputan di acara berprestij Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) yang bakal berlangsung di ...
Wah, selepas Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, kita akan menyaksikan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad membuat liputan di acara berprestij Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) yang bakal berlangsung di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada 27 Februari ini.


Pun begitu, Nabil, 33, menyuarakan kegusarannya andai kata dia gagal melaksanakan tugas sebagai pengacara di karpet merah anugerah berkenaan.


Foto: mStar Online

"Saya takut menghampakan penonton Malaysia jika tidak dapat menemuramah artis-artis besar yang menjadi perhatian seperti Ryan Gosling dan Emma Stone.

"Saya difahamkan agak sukar untuk mendekati mereka kerana terlalu ramai media asing yang membuat liputan dan saya perlu berebut untuk mendapatkan mereka," ujarnya kepada mStar Online.



Foto: IG Nabil Ahmad

Nabil bakal diterbangkan ke Los Angeles pada Khamis ini dan berada di sana selama dua minggu.

Tahniah Nabil kerana dipilih menjadi hos karpet merah Anugerah Akademi ke-89! Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. - CARI

6

Bagus
1

Marah
6

Terkejut

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • rs2206

  • Zamzam2013


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 22-2-2017 06:58 AM
Edited by RatuDunia94 at 22-2-2017 07:25 AM

Nabil Masuk Kelas Inggeris Sebagai Persiapan Ke Oscar

Selepas diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara HBO Sentral, pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad merancang mengikuti kelas bahasa Inggeris sebagai iniasitif untuk dia mengusai lagi bahasa tersebut sekaligus memudahkan dirinya pada masa akan datang.

"Ya, saya memang ada rancangan untuk belajar bahasa Inggeris. Saya tak naklah nanti ia akan mendatangkan masalah kepada saya atau banyak pihak. Saya tahu kelemahan saya di mana. Sebab itu saya tak nak dia macam itu sahaja.

"Saya cuma kurang fasih untuk memberi jawapan balas jika ada orang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan saya. Yang lain-lain saya okay saja.

"Saya juga ada bertanya kepada Neelofa juga sebab dia pun sedang belajar bahasa Inggeris di mana tutor yang mengajar tu datang ke rumah untuk mengajar bahasa tersebut," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Kata bapa kepada dua cahaya mata ini lagi, dia juga sempat berguru dengan pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi yang juga pernah merasai pengalaman mewawancara selebriti Holyywood di karpet merah Anugerah Oscar tahun lepas.


"Selain berlawak, saya juga jenis yang suka tanya orang soalan yang tak klise sebab itulah saya rasa seronok buat benda yang saya suka.

"Jujur, saya mempunyai impian untuk menjadi hos di acara karpet merah di Anugerah Oscar seperti yang dilalui Datuk Aznil sebelum ini.

"Memang saya sudah lama idamkan untuk berada di sana andai diberi peluang satu hari nanti. Manalah tahu bila saya sudah mengacarakan HBO Sentral ini, pihak HBO bermurah hati nak hantar saya ke sana pula," tuturnya sambil tertawa.

Disamping karier pengacaraan, Nabil juga bakal memulakan perniagaannya iaitu pusat kelas Zumba yang terletak di Ara Damansara yang akan dibuka mulai Mei ini..
Quote RatuDunia94 22-2-2017 07:10 AM
Edited by RatuDunia94 at 22-2-2017 07:26 AM

Impian menemubual bintang La La Land

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, menyimpan impian untuk menemubual bintang utama La La Land, Emma Stone dan Ryan Gosling pada Anugerah Academy ke-89 di Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, 27 Februari ini.

Sedar harapannya bagai sukar untuk direalisasikan, pengacara program permaidani merah Oscar yang dibawakan oleh HBO Asia itu akan berusaha menjadikan impian berkenaan sebagai kenyataan.

"Saya tahu ia umpama misi sangat sukar kerana seperti kita semua maklum, kawalan ke atas bintang gred A di sana sangat ketat.

"Apapun, saya akan gunakan peluang yang ada untuk mencari ruang supaya dapat membawakan bingkisan khas untuk penonton di Malaysia," katanya teruja.

Quote shernazz 22-2-2017 07:10 AM
ok taniya

aku lebih tertarik dgn zumba class tu
kalau nabil jadi zin nya..aku nak.join
Quote mommymonster82 22-2-2017 07:15 AM
Tahniah nabil...

Harap chuols lebih classy lepas ni...

Quote gebugebas 22-2-2017 07:18 AM
Wow tahniah...Biarpon rmai ktuk KO wat lawak bodoh ke hape..Iols ttp sokong uolssss
Quote aTiKah_aYuNi 22-2-2017 07:22 AM
tahniah...
Quote bieya1 22-2-2017 07:22 AM
Tahniah.. Rezeki ...
Quote sepitsiput 22-2-2017 07:27 AM
sbnrnya nabil punya english command xdelah teruk sgt...boleh boleh jah.

heshe pun dah upgraded many yrs ago... cuma sekali sekala dtg moment sakai dia tu...saki baki yg xleh buang
Quote Bayleaves 22-2-2017 07:31 AM
Rezeki dia
Quote Bayleaves 22-2-2017 07:31 AM
Rezeki dia
Quote RatuDunia94 22-2-2017 07:34 AM
sepitsiput replied at 22-2-2017 07:27 AM
sbnrnya nabil punya english command xdelah teruk sgt...boleh boleh jah.

heshe pun dah upgraded m ...

Kan cuols.. Iols perasan english heols much better dr "you know who"... "ehem..choker"
Heols ni mmg pandai upgrade diri. Compare dgn mula2 zaman rempit heols jauh beza..
Quote auza_chiyoko 22-2-2017 07:43 AM
Edited by auza_chiyoko at 22-2-2017 07:46 AM

Face palm ......nape bukan Sarimah Ibrahim.....jgn dok buat lwk bodoh ntah pape dah kat stu or mengejek2 retis sne....salah ckp, kdg2 boleh ribut wlpun nk usik2...jg skit nama Msia....
Quote bellxx 22-2-2017 07:51 AM
tahniah nabil !!! do the best okehhhhh
Quote RatuDunia94 22-2-2017 07:52 AM
Edited by RatuDunia94 at 22-2-2017 07:53 AM
auza_chiyoko replied at 22-2-2017 07:43 AM
Face palm ......nape bukan Sarimah Ibrahim.....jgn dok buat lwk bodoh ntah pape dah kat stu ...


Kan heols dh berguru dhn pak nil.. Harus pak nil dh bgtau do's n dont's
Quote eely_shana 22-2-2017 07:52 AM
Tahniah bangbil! Iols bangga ngan uols. Boleh lah selfie dgn leonardo de caprio nanti. Nampak jugak nabil ni makin improve. Jadi pengacara hbo sentral pon ok je. Malam tadi meletop pon nmpak buat homework sbb heols sempat tanya fedi nuril pasal band si fedi tu, garasi
Quote RatuDunia94 22-2-2017 07:53 AM
Dulu Linda Onn pon pernah jd host red carpert oscar tp sheols x muncul sbb isu baju jovian..
Quote RatuDunia94 22-2-2017 07:54 AM
eely_shana replied at 22-2-2017 07:52 AM
Tahniah bangbil! Iols bangga ngan uols. Boleh lah selfie dgn leonardo de caprio nanti. Nampak jugak  ...

Kt meletop mlm td nabil "belanja" penonton yer...
Quote esbatu 22-2-2017 07:57 AM
rezeki dia kan..
Quote pearl.silver 22-2-2017 08:02 AM
Tahniah nabil
Iols perasan org selalu komen nabil kat meletop banyak buat research mengenai tetamu yg akan datang
So mungkin nabil juga seorang perfectionist?
Harap nanti jadi pengacara yang classy okehh

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054712 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top