CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Adnan Sempit 3

14-8-2013 04:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10722| Komen: 30

Description: Adnan Sempit 3 Mengisahkan Mengenai Adnan Dan Nadia Serta Bobby Dan Wawa Yang Sudah Pun Melangsungkan Perkahwinan. Adnan Juga Sudah Mula Pandai Berjinak-Jinak Dengan Perniagaan Bapa Mentuanya.


ADNAN SEMPIT 3 

PENERBIT: MIG Pictures Sdn Bhd

PENGARAH: Ismail Bob Hashim

GENRE: Aksi/Komedi

DURASI: 82 minit

PELAKON: Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Along Cham, Yana Samsudin, Shima Anuar dan Angah Raja Lawak

TARIKH TAYANGAN: 8 Ogos 2013


SINOPSIS ADNAN SEMPIT 3 

Adnan Sempit 3 mengisahkan mengenai Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang sudah pun melangsungkan perkahwinan. Adnan juga sudah mula pandai berjinak-jinak dengan perniagaan bapa mentuanya.

Apa yang menarik, Nadia dan Wawa didapati mengandung dan pelbagai konflik yang muncul dalam melayari alam rumah tangga mereka.

Meskipun Adnan dan Bobby pernah terbabit dengan aktiviti merempit sebelum ini, namun perkahwinan itu mengubah cara hidup mereka menjadi manusia yang bertanggungjawab. Walaupun sikit, jiwa mat rempit tetap tidak mampu dibuang sepenuhnya oleh mereka berdua.



2

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 14-8-2013 05:06 AM
brapa dah kutipan ni
Quote mabs1983 14-8-2013 10:45 AM
sekngucing posted on 14-8-2013 05:06 AM
brapa dah kutipan ni

xpasti.. sy baru nk tgk arini...heheheh...
Quote ikinbest 14-8-2013 10:49 AM
best woo cite nih .. bg aku sequel yg lebih baik berbanding Adnan Sempit 2 ...
Quote mabs1983 14-8-2013 11:16 AM
ikinbest posted on 14-8-2013 10:49 AM
best woo cite nih .. bg aku sequel yg lebih baik berbanding Adnan Sempit 2 ...

aku mmg minat semua citer adnan sempit...hehehehe
Quote ruhanizza 14-8-2013 12:30 PM
Katanya dah 1.3  tp sultan muzaffar kat dpt 400 k aje. x baik tipu2 org mejar .
Adnan Sempit 3 kutip RM1.3j


Kuala Lumpur: Gandingan pelakon popular Shaheizy Sam bersama Intan Ladyana membintangi filem terbaru Adnan Sempit 3 berjaya meraih kutipan RM1.3 juta untuk empat hari tayangan.

Pengarahnya, Ismail Bob Hasim berkata, tayangan filem genre komedi aksi ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton yang bercuti sempena Aidilfitri.


“Sambutan ini menunjukkan sokongan penonton tempatan terhadap filem Melayu masih ada. Saya sendiri bimbang dengan sambutan tetapi filem ini nampaknya masih digemari ramai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kutipan filem terbitan MIG Pictures ini dijangka mencecah sehingga RM5 juta bergantung kepada sambutan hari kelima dan keenam tayangan.


“Esok (hari ini) menjadi penentu kerana orang ramai sudah mula bekerja. Jika sambutan masih bagus berkemungkinan kutipan filem ini boleh meraih RM5 juta,” katanya.


Katanya, sambutan positif penonton ini didorong tiga faktor iaitu sekuel terdahulu mempunyai peminat dan gandingan pelakon serasi.


sultanmuzaffar ‏@sultanmuzaffar 22h
4 hari RM1.3 juta kutipan filem Adnan Sempit 3? LMAO! Orang kampung & bebudak Twitter boleh lah kau kelentong Mejar!
Quote mabs1983 14-8-2013 12:35 PM
ruhanizza posted on 14-8-2013 12:30 PM
Katanya dah 1.3  tp sultan muzaffar kat dpt 400 k aje. x baik tipu2 org mejar .
Adnan Sempit 3 kuti ...

wow!!!! dahsyattt... heheheh...
Quote ikinbest 14-8-2013 12:54 PM
ruhanizza posted on 14-8-2013 12:30 PM
Katanya dah 1.3  tp sultan muzaffar kat dpt 400 k aje. x baik tipu2 org mejar .
Adnan Sempit 3 kuti ...

lorrrr ... tapi adnan x imej rempit da,, smart n hemsem dalam sequel nih ...   

Quote lahnapi 14-8-2013 05:16 PM
Aku dah tgk. Dan bg aku filem yang sebelum ni lagi best drpd sekuel. Filem ketiga ni aku tgk dah mcm xde modal je dah lawaknya. Alih2 lawak tak reti ckp bahasa inggeris adnan tu ngan lawak along. Aku expect more punch line drpd filem ni tp agak kureng la lawaknya.

Tu belum lg babak2 'iklan' mamee dlm filem ni lagi yang hampir setengah jam je aku tgk.

So my rating 5/10. Tunggu astro first je laaa.
Quote elnor_81 14-8-2013 06:48 PM
aku dh tgk dan kesimpulan aku leh buat..cte ni boring!!aku rse cm tgk iklan mamee pun ad..nyesal pun ad tgk cte ni..klo ku tau..aku tgk.percy ke,conjuring ke..bes yg 1st and 2nd lg..terlalu byk mamee dlm tu..agak2 la klo mamee sponsor pun..
Quote anishacute 14-8-2013 08:33 PM
Ai Tunggu kuar astro citra je la..
Quote FNA_AZHANI 14-8-2013 09:47 PM
cite adnan sempit ni hanya aku layan bila kuar tv shj
aku dah agk da filem2 yg akn kuar sequel ni payah nak upgrade jd lebih baik dr yg ptama
Quote eddlisa_uyuk 15-8-2013 02:02 AM
confirm raya akan dtg akan tayang kat tv
Quote sekngucing 15-8-2013 02:28 AM
sokongla industri film tempatan
dah film kita mcm ni apa nak buat
Quote Ustaz_SUFI 15-8-2013 10:15 AM
-.- baru plan nak g tgk hjung mnggu ni - CANCELLED!
Quote abbey 15-8-2013 10:51 AM
owh mejar nk kelentong yer....
tah la, citer ni part 1 and part2 kuar kt tv pn mmg aku tk tgk...

Quote Selena|Gemas 15-8-2013 11:16 AM
Filem2 arahan Ismail 'Bob' Hasim semuanya cam hampas..ala2 prof mohaiden jer
Quote lasagnaklcc 16-8-2013 01:07 PM
cousin aku ckp dia tengok kelakar abis
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 06:33 PM
sekngucing posted on 15-8-2013 02:28 AM
sokongla industri film tempatan
dah film kita mcm ni apa nak buat

saya sukung mamat khalid jah, spesis lain kirim salam lah
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 06:33 PM
mamee setengah jam? best ke?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063808 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top