CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Longgarkan Syarat Kelayakan BM Untuk Doktor Pelatih Tidak Wajar- Datuk Asri

3-7-2017 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8380| Komen: 66

Description: Keputusan memberikan kelonggaran syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) untuk pelantikan jawatan doktor pelatih kerajaan, perkara tersebut mengundang pertikaian pelbagai pihak terrmasuk mufti Perlis, Dat ...
sumber : FMT


Susulan keputusan memberikan kelonggaran syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) untuk pelantikan jawatan doktor pelatih kerajaan, perkara tersebut mengundang pertikaian pelbagai pihak terrmasuk mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menganggap ianya satu bentuk ancaman ke atas identiti negara. 

Sehubungan itu, bagi ahli politik yang tidak fasih berbahasa Malaysia walaupun membesar di Malaysia beliau, tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau mencadangkan golongan tersebut perlu ditolak pada pilihan raya akan datang.

“Kelompok yang seperti ini sepatutnya tidak diberikan ruang dalam politik negara ini. Mereka ini akan menghilangkan identiti negara kita. Menjelang pilihan raya ini pastikan calon yang bakal dihantar ke DUN dan Parlimen kita dapat bertutur dengan baik dalam bahasa rasmi Malaysia,” katanya dalam muat naik di Facebook.


Dalam pada itu keputusan Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat kelulusan subjek BM di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dipersoalkan Datuk Asri dengan memuat naik respons beberapa ahli akademik di akhbar Utusan Malaysia. 

Tambahnya, warga Bangladesh yang baru beberapa bulan di Malaysia pun sudah boleh bertutur Bahasa Melayu. 

“Patutkah ada orang Malaysia yang hidup membesar di sini tetapi tidak fasih bahasa Melayu?”

Malaysia “adalah Tanah Melayu maka Bahasa Melayu antara identitinya”, tegas Datuk Asri.- CARI

8

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 2-7-2017 03:49 PM
It's ok to have doktor bukan pakar atau bodoh asal fasih Bahasa melayu.


Bodoh sial.
Quote sabbath_shalom 2-7-2017 03:57 PM
Memang patut pon....nanti kalau miscommunication... Salah bagi ubat sekali dengan KKM kena saman.....dah banyak juga kes KKM dan doktor kena saman ya...sampai terpaksa buat insurans untuk job doktor
Quote otai_g 2-7-2017 04:32 PM
Dlm paper bnyk iklan job kena fasih mandarin. Jrg job yg requirement dia kena fasih melayu. Ini realiti ye tuan2.
Quote Skuau 2-7-2017 04:57 PM
Kalo boleh menguasa lbh bnyk bahasa...lbh elok....bg mereka yg kerjanya berurusan dgn orng ramai....tuk kes dlm negara...bm adalh wajib...bahasa lain...1 kelebihan....
Quote sayawifenikmie 3-7-2017 10:07 PM

tak mau ambik peperiksaan Malaysia ... alih alih nak kerja kat Malaysia ...  ... pergi lah kerja kat luar sana.

Quote RatuDunia94 4-7-2017 01:57 AM
Ok jah.. Just prasyarat wajib pon kan..
Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2017 02:15 AM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan memberi penjelasan terperinci berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengambilan pegawai perubatan UD41 pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penjelasan itu perlu dibuat bagi mengelak kekeliruan mengenai isu berkenaan.

"Saya melihat banyak pihak yang salah faham tentang isu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun telah mengeluarkan kenyataan (bagi menjelaskannya) namun, masih ada pihak yang tidak memahami kenyataan itu.

"Jadi, lebih baik saya berikan penjelasan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas Program 'Inspire to Aspire 2017' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang meminta Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan mengenai isu itu.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya semalam berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Februari lalu.

Beliau menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu itu bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 untuk graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan subjek berkenaan di peringkat SPM atas pelbagai sebab. - BERNAMA


Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2017 02:23 AM
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak sepatutnya mengecualikan syarat lulus Bahasa Melayu dalam SPM untuk pegawai perubatan kontrak Kementerian Kesihatan kerana pemohonnya adalah dari kalangan warga negara.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata ini kerana JPA selaku institusi tertinggi bertanggungjawab kepada segala peraturan dan syarat perkhidmatan awam.

"Sebagai warga negara, mereka sepatutnya sudah memiliki syarat minimum kelulusan Bahasa Melayu sekiranya mereka menempuh sistem pendidikan kebangsaan negara.

"Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan memberi gambaran seolah-olah syarat pengecualian berkenaan sudah lama diberikan oleh JPA.

"Tindakan itu menjejas kewibawaan dan integriti serta rasa hormat rakyat dan warga negara kepada JPA," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelonggaran itu adalah bagi memberi keadilan kepada graduan perubatan lantikan kontrak yang tidak menduduki peperiksaan bahasa Melayu semasa SPM.

Dr Noor Hisham berkata, kelonggaran itu bukan perkara baharu kerana lantikan kontrak bagi pegawai perubatan dan pakar perubatan bukan warga negara juga tidak memerlukan kelulusan bahasa Melayu SPM.

Katanya, tindakan itu juga selari dengan persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran syarat kelayakan lulus bahasa Melayu peringkat SPM bagi lantikan kontrak ke jawatan pegawai perubatan Gred UD41.

Zainal Abidin berkata, GAPENA membantah dengan keras tindakan Kementerian Kesihatan dan JPA mengecualikan syarat lulus Bahasa Melayu SPM Pegawai Perubatan Kontrak UD41 kementerian berkenaan.

"JPA dan Kementerian Kesihatan antara institusi atau agensi rasmi Persekutuan untuk melaksana dan melindungi serta menjaga keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.

"Tindakan pengecualian syarat lulus Bahasa Melayu berkenaan bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

"Malah kedua-dua institusi itu ingkar dengan Wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia," katanya.


Quote Orix 4-7-2017 02:27 AM
Sedihh jd meleis
Quote Dwdrum 4-7-2017 03:12 AM
Habis lah.... selepas ini u guyss hadap lah ho kuat ponteng  yang ada spm
Ramai anak specialist belajar di negara luar tiada spm ... di suruh pula kerja luar
Quote pelicano 4-7-2017 07:18 AM
Lulus SPM tak memjaminkan calon akan fasih berbahasa Melayu. This is more about policy and ego.

Btw cadangan kelonggaran adalah utk lantikan kontrak. Utk jawatan permanent masih kena ambil SPM. Kita tunggu penerangan dari pihak KKM. Mungkin ada sebab tertentu... kekurangan doktor ke....
Quote ultra78 4-7-2017 07:24 AM
sabbath_shalom replied at 2-7-2017 03:57 PM
Memang patut pon....nanti kalau miscommunication... Salah bagi ubat sekali dengan KKM kena saman.... ...

Miscommunication tu saya fikir lebih bergantung kepada skill 'bahasa komunikasi' dan bukan kepada subjek bahasa yg lebih pentingkan nahu dan tatabahasa. Masalah di Malaysia ni adalah skill BM sebagai bahasa komunikasi itu sendiri. Ada rakyatnya masih belum fasih dan natural bercakap dalam BM walaupun lahir di sini. Skill utk communicate lebih penting daripada skill berbahasa mengikut standard tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Skill ini tidak boleh didapati dengan hanya belajar melalui buku teks.Skill ini hanya boleh dipelajari dengan berinteraksi dengan native speaker bahasa tersebut pada setiap hari.
Quote Simunggu 4-7-2017 07:56 AM
bukan setakat doktor tapi semua rakyat malaysia....wajib
Quote s@s@ 4-7-2017 08:11 AM
doctor kat Malaysia ni bodoh sangat ke sampai x faham bahasa melayu?
banyak je aku jumpa doctor india cina fasih
Quote ifanonline 4-7-2017 08:15 AM
nak bekerja di malaysia, kena fasih berbahasa malaysia..or else..get the fcuk out!
Quote haruslah 4-7-2017 08:21 AM
UD41 kontrak
Bukan wajib kan dpt a1 pon
Starat wajib LULUS je pon
Aduiiii la....nanti kalau kena servis kat pedalaman camne?
Quote cocorex 4-7-2017 08:45 AM
Mmg patut pun kena lulus bahasa melayu..bongok sgt ker smpai xleh nk lulus bahasa melayu?
Quote brown_pupil 4-7-2017 08:46 AM
on first assumption.. sesapa yg study nak jadi doctor tu mesti pandai kan.. so takkan BM masa SPM pun xleh nak score?

Lain la kalau ko foreigner atau dari baby dah duk oversea, tetiba ko nak balik Malaysia jadi doktor.  

Quote ekod79 4-7-2017 08:54 AM
Buatla  prerequisite test bahasa melayu yg universal mcm muet, elp, toelf mak nenek semua tu. X perlu bergantung pada spm or paper julai spm...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.065546 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top