CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Payah Ke Mamak, Uli-Uli Doh Sendiri Dah Siap Roti Canai Gebu Gebas

18-8-2017 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14786| Komen: 43|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Orang Malaysia, sarapan pagi roti canai, dah tengah hari pun tekak teringin nak makan yang sama. Masuk malam, roti canai juga yang dicarinya!
Orang Malaysia, sarapan pagi roti canai, dah tengah hari pun tekak teringin nak makan yang sama. Masuk malam, roti canai juga yang dicarinya! 

Biasanya mestilah terjah kedai mamak kan, tapi tahap kebersihannya pula kadang-kadang diragui. Kalau buat roti canai sendiri rumah apa salahnya? 

Lagi-lagi kalau dapat resipi mudah nak membuatnya, memang seronok betul. Jom cuba! Ikut sahaja langkah -langkah di bawah:

Bahan-Bahan:
Tepung gandum 4 cawan
Telur sebiji
Gula sesudu makan
Air secawan
Garam setengah sudu kecil.
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.

Foto: FB


Cara-Cara:
1. Campurkan tepung, gula dan garam, kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil. Kalau macam ini 12 biji bola semuanya.

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi.Dulang kecil untuk letak roti canai.

5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan-lahan. Buat kena sabar, tarik kena halus.

7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.

8. Tebar besar sampai lebih saiz dulang nasi ambeng.

9. Lipat sisi pertama.

10. Lipat sisi kedua.

11. Lipatan ketiga dan keempat. 

12. Goreng roti canai tadi dan siap!
Gebu memang tak dapat dinafikan, kebersihan pun terjamin. Makan panas-panas dengan keluarga semua memang meriah! Selamat mencuba! -CARI

Kredit Resipi: Normarliana Abu Bakar
15

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redapple10 18-8-2017 01:06 PM
Perghhhhh simple je
Quote SecretLuv 18-8-2017 01:07 PM
Sekejapnya peram. Bukan selalunya semalaman ke? Tapi roti canai tu pun nampak tebal sangat. Aku ada tengok video kat Youtube cara buat roti canai. Nampak sedap.
Quote UsuFie 18-8-2017 01:15 PM

sedapnya homemade roti canai...
Quote zaza_lina 18-8-2017 01:15 PM
boleh cuba..
Quote intanpurnama 18-8-2017 01:23 PM
Baru buat sendiri minggu lepas mmg puas hati dapat buat sendiri biar rupe x cantik tp rase mmg terbaik minggu ni nk buat lg
Quote singlemum_4 18-8-2017 01:23 PM
Kalau yg selalu saya buat cuma 3 bahan je..tepung,garam dan air panas.stepnye lbh kurang sams mcm tt cuma tak perlu peram lelama..tak perlu tebar cuma canai sahaja..tapi kena goreng 2 kali ..sekali tampa minyak dan kali kedua letak minyak..

Selalu buat hujung minggu je atas reqest anak dan adik beradik




Quote CardiGans85 18-8-2017 01:42 PM
singlemum_4 replied at 18-8-2017 01:23 PM
Kalau yg selalu saya buat cuma 3 bahan je..tepung,garam dan air panas.stepnye lbh kurang sams mcm tt ...

Nnt nk try buat ikut resepi sis la..takut plak nk mkn kt luar bila tgk myk mcm tu..
Quote singlemum_4 18-8-2017 01:45 PM
CardiGans85 replied at 18-8-2017 01:42 PM
Nnt nk try buat ikut resepi sis la..takut plak nk mkn kt luar bila tgk myk mcm tu..

kalau yang selalu saya buat untuk dapatkan dalam 12 keping (kalau bahagi-bahagikan kecik) guna tepung 1 kilo(selalu guna tepung sauh) ..
Quote CardiGans85 18-8-2017 01:50 PM
singlemum_4 replied at 18-8-2017 01:45 PM
kalau yang selalu saya buat untuk dapatkan dalam 12 keping (kalau bahagi-bahagikan kecik) guna tep ...

Ok sis..tq
Quote faztee 18-8-2017 01:58 PM
intanpurnama replied at 18-8-2017 01:23 PM
Baru buat sendiri minggu lepas mmg puas hati dapat buat sendiri biar rupe x cantik tp rase mmg terba ...

ikut resepi ni ke
Quote merrissa 18-8-2017 04:12 PM
nampak x best je......lagi best gulung leps tebar tuh....pastu tarik gulungan tuh then buat bulatan....lagi best cmgitu
Quote sofiazara 18-8-2017 04:28 PM
sebenarnya kalo takmo roti canai 4 segi, buleh lipat sampai jadi panjang dan buat gulung sampai jadi bulat, pastu lenyek2 dengan tangan sampai jadi macam roti canai bulatle
Quote RatuDunia94 18-8-2017 04:34 PM
Patut la roti canai ni tinggi kalori. Siap rendam dlm minyak... {:laugh
Quote tembikai 18-8-2017 04:54 PM
rasa2nya klu skip bhgian rendam dlm minyak tu...blh tak
nnti nak try la..
Quote kukukatablog 18-8-2017 11:38 PM
RatuDunia94 replied at 18-8-2017 04:34 PM
Patut la roti canai ni tinggi kalori. Siap rendam dlm minyak... {:laugh

baru tau gak
Quote intanpurnama 19-8-2017 02:32 AM
faztee replied at 18-8-2017 01:58 PM
ikut resepi ni ke

Tak ikut resepi ni memang dah belajar buat dr kakak ipar memang puas ati hehehe
Quote CloverTan21 19-8-2017 05:02 AM
ish...banyaknya minyak
Quote jazaa100 19-8-2017 06:47 PM
redapple10 replied at 18-8-2017 01:06 PM
Perghhhhh simple je

Simple kau kata?...
Aku rela mati kempunan dari nk buat sendiri.....
Quote jazaa100 19-8-2017 06:51 PM
tembikai replied at 18-8-2017 04:54 PM
rasa2nya klu skip bhgian rendam dlm minyak tu...blh tak
nnti nak try la..

Blh je....
Adik angkt akak meniaga roti canai....leoas uli...dia tak rendam pun dlm minyak....dia bulat bulatkn tu...pastu simpan dlm peti ais....esok pepagi bwak gi meniaga

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.301389 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top