CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Hanya 5 Hari Tayangan, Filem 'Abang Long Fadil 2' Berjaya Kutip RM5 Juta

31-8-2017 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7176| Komen: 27

Description: Hanya lima hari ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Abang Long Fadil 2 telah berjaya meraih kutipan RM5 juta sekaligus mencapai carta box office 2017.


sumber : https://i.ytimg.com


Hanya lima hari ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Abang Long Fadil 2 telah berjaya meraih kutipan RM5 juta sekaligus mencapai carta box office 2017. 

Sebaik bertemu penonton di layar perak bermula 24 Ogos lalu, naskhah arahan Syafiq Yusof itu berjaya memotong populariti filem hebat Hollywood Annabelle: Creation dan filem Kollywood Vivegam.

Memetik laporan Cinema Online, sekual kepada filem Abang Long Fadil itu turut mendahului kutipan filem sebelum ini.

Sokongan pempamer untuk menayangkan filem itu di pawagam mereka juga semakin meningkat daripada 130 ke 135 termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem itu mengisahkan Fadil yang terjerumus ke dalam lembah mafia, didalangi Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Keadaan memaksa Fadil menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukan seorang pembunuh.

Abang Long Fadil dibintangi oleh Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey, Tania Hudson, A Galak dan Shuib.

Difahamkan, J Revolusi arahan Mohd Zulkarnain Mohd Azhar masih merupakan filem tempatan paling laris dalam carta box office tahun ini 
dengan kutipan keseluruhan RM7 juta.- CARI





2

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 31-8-2017 10:34 AM
Aku da tgk semalam.. rating tinggi aku bagi utk action movie melayu. Cuma camera tu bila aksi je over geraknya. Pening aku
Quote noraidil_06 31-8-2017 10:49 AM
Nak tengokkkkkkkk
Quote ReginaBeauty 31-8-2017 11:14 AM
Memang best! i pon rasa nak tengok lagi lol
Quote Orix 31-8-2017 11:25 AM
Best nau nau ke ? Compare dgan polis evo, berbaloi tak
Quote miznora 31-8-2017 01:05 PM
tegelak2 aku tengok citer ni
Quote moonbug 31-8-2017 02:10 PM
Best ke? Mantap gile 5 juta tak sampai seminggu. Masyukla Zizan
Quote AbukRokok 31-8-2017 02:14 PM
tunggu je download nti xpun ada yg buat live broadcast fesbuk sambil makan kek secret recipe
Quote nurash_here 31-8-2017 03:25 PM
Best jugaklah..bnyk part kelakar..
Quote matseh 1-9-2017 12:28 AM
sama macam misi J hari tu, promo kaw2 kat TV3, now promo kaw2 di astro. Should put a line, TV station cannot made film. Unfare to other productions. KRU yg megah tu dah serrender. Datid Teo pun dah kalah.
Zaman dulu iklan, bila rancangan break, masuk iklan. Zaman Sekarang, lepas iklan rancangan tgh berjalan pun dia iklan.  Cth Rancangan DA'I . Sblm tu Qari Junior,
Quote AnBulisia 1-9-2017 03:29 PM
Kalau filem tak best,  buat la promosi gila baban pun takkan laku punya
Quote damian_lee 2-9-2017 07:08 AM
Yg pes pun xtgk lagi .. LOL
Best ke sistur sekalian? .....
Quote Si_diam 2-9-2017 03:21 PM
Nak tgk tpi iols bizi xde mse hurm
Quote melnanzz 2-9-2017 03:59 PM
salam @isabel @eddlisa_uyuk @annehuda
mohon merge benang ni ke dalam benang Abang Long Fadil 2
Quote RatuDunia94 2-9-2017 04:03 PM
Perfect timing kebetulan cuti sekolah, BR1M dsh masuk, gaji dh masuk, raya haji, cuti panjang..
Quote AyaqMeloSuam 2-9-2017 08:08 PM
Nak tgk Wak Doyok je...{:childlike
Quote axl_bach 3-9-2017 12:37 AM
Orix replied at 31-8-2017 11:25 AM
Best nau nau ke ? Compare dgan polis evo, berbaloi tak

Aku dah x percaya dgn review dlm paper....dulu tertipu dgn propa pasal Polis Evo sampai aku pegi tgk kat wayang.....mcm hanat jer citer aku tgk......so yg nih tgu sedut org lain donlot jer laaa
Quote ctaz 3-9-2017 03:08 PM
ala....ini semua propa wartawan buat citer saja mau kasi up...
bila tulis dlm 5 hari dah dpt 5 juta...
kompom le ramai yg nak gi wayang...sebab kengkononnyer best tahap ultaraman taro la....
last2 citer kartun keluang man lagi bagus....



puiii sesangat
Quote DoyanCrepe 3-9-2017 07:50 PM
DC tgk smlm dpt seat depan sbb penuh. Komen pendek = menghiburkan, kelakar.
Komen pjg = Yg jadi reporter perempuan tu kayu sket n Achey pun x best patut bleh ganti org lain. Yg lain best masing2 berlakon mcm diri sendiri ada kelakar/serius tapi all blended well. Jln cerita ok menarik dari mula sampai abis.

Tak bleh sama level dgn jrevolusi sbb jrevolusi citer action serius. ALF2 ni citer action kelakar. Anyway dua2 DC suka.
Quote qis_88 4-9-2017 09:24 PM
Bc review banyak ckp best.. siap kasik 5bintang.. cite2 gini mmg kene p tgk wayang.. baru meriah bunyik2 die sume

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.092058 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top