CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Beli Seluar Jean Tapi Malas Cuba? Meh Tengok 3 Langkah Mudah Ini!

7-9-2017 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11152| Komen: 18|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Benda paling 'lemau' nak dilakukan ketika mahu membeli seluar jean adalah mencari bilik persalinan untuk mencuba seluar berkenaan.
Benda paling 'lemau' nak dilakukan ketika mahu membeli seluar jean adalah mencari bilik persalinan untuk mencuba seluar berkenaan. 

Bukan apa, kadang-kadang tu ada jenis orang yang dua hingga tiga kali masuk, tapi tak jumpa juga dengan seluar yang betul-betul muat dan selesa.



Foto: The Jeans Blog

Jadi, hari ini CARI mahu berkongsi beberapa langkah mudah untuk diikuti bagi mencari seluar idaman anda. Tak perlu lagi kerap berkunjung ke bilik persalinan.


1. Kenal pasti ukuran saiz

Kadang-kadang, kita akan nampak beberapa orang mengukur seluar di leher mereka untuk mendapatkan saiz yang sesuai. Anda pun boleh cuba buat begini untuk periksa saiz seluar sesuai atau tidak.


2. Kenal pasti saiz pinggang

Foto: BrightSide

Bengkokkan siku anda sambil menggenggam penumbuk, dan lengan anda mestilah 'muat-muat' masuk dalam pinggang seluar tu ya?

Bagaimanapun, cara ini selalunya hanya berkesan untuk seluar jean jenis cawat standard. Lengan tu tak akan muat kalau ukur pada seluar jenis cawat tinggi, tau!

Foto: Bbg Clothing


3. Macam mana nak ukur panjang seluar?


Pegang kedua-dua hujung kaki seluar dan depakan lengan anda seluas mungkin. Seluar itu sesuai dengan anda jika bahagian tengah cawatnya berada betul-betul di bawah dagu anda.


4. Macam mana nak pastikan kaki muat masuk dalam seluar jean 'skinny'?


Cuba masukkan tangan anda ke dalam kaki seluar dan lihat jika ia muat atau tidak. Kalau tangan anda muat masuk tanpa perlu meregangkan seluar, maknanya anda takkan perlu 'berperang' dengan diri sendiri ketika nak menyarungkannya nanti.


Foto: BrightSide

Mungkin ada cara yang tak bersesuaian dengan anda. Maka, cara terbaik adalah anda tetap kena masuk bilik persalinan untuk mencubanya sendiri.

Seperti pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri. Tapi, dalam kes pemilihan seluar ni, ukurlah di pinggang sendiri ya? - CARI
20

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
36

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 7-9-2017 12:08 PM
apa la susah sgt...bawa pengukur kan senang
Quote nisako 7-9-2017 01:42 PM
hmmmmmm...............try je le
Quote mieymiey 7-9-2017 02:04 PM
Kalau nak beli tapi malas cuba? Takyah beli la senang.
Quote SecretLuv 7-9-2017 02:49 PM
Edited by SecretLuv at 7-9-2017 02:50 PM

Lagi susah jadinya. Baik cuba je terus.
Quote RatuDunia94 7-9-2017 03:29 PM
X puas hati kalu x cuba...
Kang dh beli balik rumah longgar sana, ketat sini...
Menyesal..
Quote supernaturalee 7-9-2017 05:50 PM
plg geram
ms duk fitting2 mcm selesa sgt & ngam sgt dh

tp bila pakai ms nk keluar
eh...asl longgar plk ni
longgar sket2 xpe gak
kot lh dh slim
tp loose sgt
pelik betul


Quote Artemesiaa 8-9-2017 02:58 PM
Elok le gi cuba dulu kalau tak muat atau tak selesa susah pulak nanti.  Sekarang ni lain jenama lain cuttingnya.  Lain le kalau gi beli kat pasar malam mukin bolehlah ikut petua yang disarankan.
Quote kamil8891 10-9-2017 09:54 PM
ORANG CAKAP PANJANG TAPAK KAKI SAMA PANJANG DENGAN LENGAN KITE...MAKNENYA DR PEGELANGAN TANGN SAMPAI KE BENGKOKAN LENGAN ATAS BUKAN KE SIKU
Quote kittypong31 10-9-2017 10:19 PM
Pahammm sgt! thanks for sharing sbb mmg seksa nak cari yg betul2 fit & sedap pakai. kekadang bwk masuk fitting room smpai 5 helai last2 lepas try semua tak berkenan
Quote ShrekFiona20 21-9-2017 08:02 AM
aritu 3pasg aku beli jeans kat PDI.. sebab suo tu best dri HM..
Quote tayam 21-9-2017 03:56 PM
supernaturalee replied at 7-9-2017 05:50 PM
plg geram
ms duk fitting2 mcm selesa sgt & ngam sgt dh

sbb seluar dh merenggang
Quote vanillaninja 21-9-2017 04:11 PM
I kalau beli baju boleh lagi tak payah try. Tapi kalau pants or jeans memang kena try, albeit same brand pun cutting boleh jadi lain2. Kalau malas nak try tak payah la beli.
Quote supernaturalee 24-9-2017 04:54 PM
ShrekFiona20 replied at 21-9-2017 08:02 AM
aritu 3pasg aku beli jeans kat PDI.. sebab suo tu best dri HM..

Pdi mn u pegi
murah2 x
Quote ShrekFiona20 24-9-2017 09:05 PM
i beli kat ioi putrajaya.. suo pdi kat situ byk choice. i pegi padini kat pavi, xbyk plhn pulak.
Quote Jeasabri 12-11-2017 01:39 PM
selalu nmpk org ukur2 kat leher jaa..nice info
Quote bottombikini 15-11-2017 09:05 AM
mmg bole ukur ikut leher
tapi peha belum tentu yah
so fitting mmg sangat penting
Quote rainbowrainz 28-11-2017 09:03 PM
Ok bleh try tips ni tqsm
Quote Konahhh 29-11-2017 07:55 PM
Ni sesuai la dengan konah yg malas mencuba, last2 tak beli seluar & keep on complain takda seluar nak pakai padahai malas cuba! Thank you moddd

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062257 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top