CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Dicabul Dalam Kereta Lans Koperal

10-9-2017 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4700| Komen: 25

Description: Alahai harapkan pagar, pagar makan padi.Itu yang terjadi pada seorang pelajar tingkatan dua di Kuching apabila dia mengadu dicabul di dalam kereta.Lebih mengejutkan kejadian buruk itu berlaku dalam ke ...
Alahai harapkan pagar, pagar makan padi.

Itu yang terjadi pada seorang pelajar tingkatan dua di Kuching apabila dia mengadu dicabul di dalam kereta.


Lebih mengejutkan kejadian buruk itu berlaku dalam kereta seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Kosmo melaporkan mangsa dikatakan disentuh suspek berusia 33 tahun yang membawanya ke tempat sunyi di Jalan Pinang Jawa, Isnin lalu.

"Mangsa mendakwa dicabul di dalam kereta suspek pada Isnin lalu selepas anggota polis berkenaan menawarkan untuk membawa mangsa ke kedai kakaknya yang berhampiran dengan rumah (suspek)," kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

Datuk Dev Kumar berkata mangsa membuat laporan lewat malam kelmarin sebelum suspek ditahan di rumahnya jam 5.40 petang semalam dan dijangka dibawa untuk perintah reman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. - CARI 


Foto: Projek MMO


Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 10-9-2017 02:28 PM
Jap....

Cabul tu kira diperkosa lah iya?...atau pegang pegang je...
Serius aku tak tau....
Quote kukukatablog 10-9-2017 02:39 PM
jazaa100 replied at 10-9-2017 02:28 PM
Jap....

Cabul tu kira diperkosa lah iya?...atau pegang pegang je...

raba2 pon dah kira cabul,
kalo dah perkosa dikira rogol....
Quote HannahMontana 10-9-2017 02:39 PM
jazaa100 replied at 10-9-2017 02:28 PM
Jap....

Cabul tu kira diperkosa lah iya?...atau pegang pegang je...

sentuh badan pada  yg  sulit tanpa kerelaan dan tanpa keperluan.


seperti doktor terpaksa check poen sebab dikatakan dirogol ..itu keperluan.
Quote jazaa100 10-9-2017 02:43 PM
kukukatablog replied at 10-9-2017 02:39 PM
raba2 pon dah kira cabul,
kalo dah perkosa dikira rogol....

Ooo....nasib baik tak dirogolnya budak tu....

Bodohnya polis..gi cari pinoy lah..
Quote jazaa100 10-9-2017 02:44 PM
HannahMontana replied at 10-9-2017 02:39 PM
sentuh badan pada  yg  sulit tanpa kerelaan dan tanpa keperluan.



Meraba lah iya....

Kesian budak tu...mesti trauma
Quote nobito 10-9-2017 02:45 PM
Bukan pagar....tapi pegar
Quote giyomi 10-9-2017 02:47 PM
rasanya belum tahap liwat meliwat lagi, masih lagi tahap pegang2 part2 sensitif kot
Quote sukacactus 10-9-2017 02:53 PM
Bagus la budak tu report sblm lahanat tu berani buat lebih lg dgn pompuan lain
Tp selalunya kalau polis, abis2 kena gantung tugas pastu tukar cawangan...biasanya camtu la...
Quote cHimo 10-9-2017 02:58 PM
Pedo bangsat
Quote harkktuih 10-9-2017 03:33 PM
nobito replied at 10-9-2017 02:45 PM
Bukan pagar....tapi pegar

Iols pun nk tegur benda sama
Quote jerukkedondong 10-9-2017 03:36 PM
Mesra cepat dan betul sangat...
Nk meraba pergi kahwin le..raba bini puas2..pi raba anak org buat apa...
Quote diss69 10-9-2017 03:38 PM
polis ni xfikir pnjg ke sebelum buat sesuatu di luar kewarasan??
Quote barfi 10-9-2017 03:41 PM
Cabul ni kira raba di private part la..
Quote SecretLuv 10-9-2017 03:54 PM
Masalahnya bètul ke dia diraba tu? Atau polis tu difitnah?
Quote ChildrenOfBodom 10-9-2017 04:01 PM
org kata anak2 polis kebanyakannya tak menjadi, sbb perangai pak depa mcm celaka,  betui ka?
Quote qis_88 10-9-2017 04:44 PM
Haihhh.. polis pon xleh percaya skrg
Quote Joannalee 10-9-2017 05:39 PM
Vavi Sgt perangai . Dah la polis pedo plak. Byk btl org gile skrg
Quote VampireKnight 10-9-2017 06:03 PM
ChildrenOfBodom replied at 10-9-2017 04:01 PM
org kata anak2 polis kebanyakannya tak menjadi, sbb perangai pak depa mcm celaka,  betui ka?

Itu hanyalah prejudis. Nak ikutkan mana2 anak pun dibentuk ikut acuan kelaurganya serta persekitarannya.

Quote batmana 10-9-2017 06:23 PM
ChildrenOfBodom replied at 10-9-2017 04:01 PM
org kata anak2 polis kebanyakannya tak menjadi, sbb perangai pak depa mcm celaka,  betui ka?

kalu ramai tu dikira 90% dari anak polis x jadi
aku rasa huru hara 1 kl tu, psl byk penempatan polis
putrajaya pn x selamat, negara kena dikawal oleh tentera 24jam shari

ada je ramai anak polis yg jadi org yg aku kenal
so, pndapat tu tk btul.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top