CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam, Menyumbat Kucing Dalam Peti Surat!

10-9-2017 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4271| Komen: 23

Description: Geram sungguh dengan perilaku kejam manusia ini! Seorang individu dikatakan sanggup menyumbat seekor kucing ke dalam peti surat!Memetik laporan Mstar Online, sebuah video tular di laman Facebook baru- ...
Geram sungguh dengan perilaku kejam manusia ini! Seorang individu dikatakan sanggup menyumbat seekor kucing ke dalam peti surat!

Memetik laporan Mstar Online, sebuah video tular di laman Facebook baru-baru ini, memaparkan seekor kucing hitam mengiau tanpa henti sambil mengeluarkan kakinya seperti mahu diselamatkan.


Bunyi kucing tersebut menarik perhatian seorang wanita yang kemudiannya meminta bantuan pihak pengurusan sebuah apartmen untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.

Dipercayai kejadian berlaku di negara jiran, Singapura. 

Hasil tindakan pantas wanita itu, kucing tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dari ruang peti surat yang sempit itu.

Sejurus dikeluarkan, wanita itu kemudiannya memberi minuman sambil mengusap-gusap kucing tersebut.

Netizen yang menonton berasa terharu dan memuji wanita tersebut. 

Video tersebut kini mendapat tontonan hampir 200,000 dan dikongsi beratus-ratus orang di Facebook. - CARI 

Foto: carian internet
1

Bagus
7

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 10-9-2017 12:44 PM
Try sumbat pulak pemilik peti surat dalam tu
Quote raradhia 10-9-2017 12:47 PM
bodoh apa, kurung kucing kat dlm tu? kalau kucing tu mati, satu hal lg kau nak bg bersih peti suratmu ittew dr bau bangkai. .stupidnya!! nnt mudah2an satu hari kau plak yg terkurung dlm lubang najis, baru kau tahu balasan dr perangai kau sndri. .
Quote AbukRokok 10-9-2017 12:54 PM
bencikan melayu kucing jadi mangsa

kat sini lagi hebat bencikan cina anjing jadi mangsa..bencikan melayu kucing jd mangsa
Quote munahjolie 10-9-2017 12:59 PM
Sedihhh. Nasib dah selamat kucing tu
Quote sebu1 10-9-2017 01:04 PM
AbukRokok replied at 10-9-2017 12:54 PM
bencikan melayu kucing jadi mangsa

kat sini lagi hebat bencikan cina anjing jadi mangsa..bencikan ...

Mmg ade konon benci bangse dan agame tu binatang jd mangse cth anjing kucing
Quote GhostWalking 10-9-2017 01:28 PM
Moga kau di rasuk hantu ghost month nanti cilake
Quote mawar_pink 10-9-2017 01:37 PM
jahat sngguh org yg sumbat kucing tu...sumbat je dia pulak
Quote fishcracker 10-9-2017 01:54 PM
Tuan mailbox tengah mabuk le tu
Quote moonbug 10-9-2017 02:10 PM
Good job sister!
Quote deathacker 10-9-2017 02:12 PM
Mmg x guna punya org. Sumbat je dlm peti surat tu. Biar dia mereput kat dlm tu
Quote nobito 10-9-2017 03:37 PM
Sebab anti sangat dengan owner Melayu neroyan kucing mati kot.
Quote Diann 10-9-2017 05:25 PM
Kesian kucing, jadi mangsa manusia lepaskan stress.
Quote Megikari 10-9-2017 05:39 PM
Aku suka sgt tengok gambar kucing kiut2 tapi aku takut kucing n haiwan2 lain yg berbulu mcm tu. Tapi aku benci betul spesis homo sapien yg suka aniaya binatang ni. Sakit otak org mcm ni
Quote ShiningStars 10-9-2017 07:10 PM
X berperikemanusiaan sungguh manusia yg masukkan kucing dlm peti surat tu
Quote salmon-suki 10-9-2017 07:22 PM
Lau dpt manusia tu,mmg aku cincang2!!!
Quote RooneyMara 10-9-2017 07:50 PM
Takde hati perut langsung! N bodoh pun ada jugak org yg masukkan kucing tu. Kalau mati kau juga bengang bau bangkai nnt
Quote redz85 10-9-2017 09:17 PM
mungkin kucing ni masuk sendiri semasa posmen sedang masuk kan surat/parcel.. posmen tak perasan ia masuk..



gambar pertama bahagian depan letterbox hanya boleh di buka oleh tuan rumah.. gambar no 2.. ini bahagian belakang letter box.. hanya posmen saja boleh buka.
Quote redz85 10-9-2017 09:19 PM
http://www.straitstimes.com/sing ... kit-batok-hdb-block

ini cerita nya
Quote DeeHanania 10-9-2017 10:27 PM
Ksian yer c bulus itam tu...
Smpai hati dmasukkan peti surat

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.185361 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top