CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Banjir Besar Pulau Pinang] Lim Guan Eng Adakan Sidang Media Tergempar

15-9-2017 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2446| Komen: 5

Description: Ketua Menteri Pulau Pinang sedang mengadakan sidang media tergempar




Kemaskini: 2.50 petang 

Dalam pada itu, YB Chow turut menyenaraikan 47 kawasan banjir yang dikategorikan sebagai kawasan hitam daripada 100 kawasan yang dilanda banjir kilat pada hari ini. 

Tambahnya, kerajaan pusat telah membiayai sebanyak RM150 milion untuk projek menangani masalah banjir dan sebahagiannya sedang digunakan. 

Bagaimanapun, sebahagian lagi perlu menunggu sehingga hujung tahun untuk melantik kontraktor bagi menjalankan projek yang berkenaan dan ianya dijangkakan memerlukan tempoh masa tiga tahun untuk siap sepenuhnya.


 " Walaupun kita sedar masalah banjir akan terus berlaku, tetapi hasil usaha kami, kami telah berjaya memperoleh dana untuk menjalankan kerja-kerja menyelenggara masalah pengairan." 

"Diharapkan sebelum projek tersebut disiapkan, kami dapat mengambil tindakan jangka pendek bagi memastikan sistem pembuangan air dapat mengeluarkan kuantiti air yang normal agar kejadian banjir dapat dikurangkan dalam masa terdekat ini."

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula mengakui banjir yang berlaku pagi tadi memang teruk dan pihak berkuasa gagal memindahkan mangsa banjir. 

Bagaimanapun beliau mendoakan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. - CARI


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemaskini: 1.20 petang 

Dalam sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Pulau Pinang merangkap Ahli Exco, YB Chow Kon Yeow berkata laporan mula diterima dari lima daerah di Pulau Pinang, sejak jam 5 hingga 10 pagi tadi. 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Pinang yang terletak di daerah timur laut, kuantiti curahan hujannya mencatatkan 198mm pagi tadi, manakala kawasan Telok Pahang yang terletak di daerah barat daya pula mencatatkan 175mm. 

Sementara itu, tiga daerah di Seberang Prai, purata kuantiti curahan hujan adalah antara 60 hingga 180mm.

Berikutan berlaku air pasang, laporan menunjukkan sebanyak 100 kawasan di sekitar Pulau Pinang mengalami banjir kilat.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di empangan Air Itam turut memecahkan rekod sepanjang tahun ini iaitu mencecah 270mm.- CARI
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng kini sedang mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan berhubung punca banjir besar yang berlaku di kebanyakkan kawasan rendah di Pulau Pinang sejak pagi tadi.

Beliau juga mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi bencana banjir yang sedang melanda itu.- CARI

sumber : Malay Mail Online



12

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spankee_fili 15-9-2017 12:41 PM
Dah dok tarah hutan bagai..buat development tapi abaikan plumbing system..
LGE ngan bijan sama jek..
Penuhkan poket memasing !
Quote Buritan 15-9-2017 12:42 PM
spankee_fili replied at 15-9-2017 12:41 PM
Dah dok tarah hutan bagai..buat development tapi abaikan plumbing system..
LGE ngan bijan sama jek. ...

Pulau pinang ade je tanah.. naiklaa sesuatu
Quote Buritan 15-9-2017 12:44 PM
Abg akku duk pulau pinang..tak tau laa banjir ke tak.. aku cashkan ajo abg aku
Quote Pink_Purple 15-9-2017 12:46 PM
ptt kat sempadan PP punhujan 2 hari xhenti2
hari ni dari pagi tadi lagi
Quote Forsaken 16-9-2017 10:21 AM
Dah 10 tahun memerintah xder perubahan untuk atasi banjir...asal hujan lebat banjir tiap2 tahun...yang menderita rakyat...yang dia tahu tambak laut...musnahkan hutan...salahkan org lain...mmg politaik...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050306 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top