CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ Kecam Individu Buat Promosi Produk "Palsu" Di Instagram Miliknya

23-10-2017 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2814| Komen: 8

Description: Sekiranya akaun media sosial seseorang individu itu memiliki ramai pengikut, pasti akan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk berniaga di ruangan komen.

sumber : https://stadium.my


Sekiranya akaun media sosial seseorang individu itu memiliki ramai pengikut, pasti akan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk berniaga di ruangan komen. 

Situasi tersebut dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang dikatakan memuat naik gambar sebuah gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' di instagramnya tiga hari lalu. 

Hasilnya, bukan sahaja menerima kira-kira 21,137 like di kalangan pengikutnya malah ramai memuji keindahan gambar yang dimuat naik itu. 

Namun terdapat seorang individu yang merupakan peniaga secara atas talian mengambil kesempatan mempromosi produk menambah ketinggian di ruangan komen.

Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dikecam Ahli Parlimen Rembau itu sekaligus menarik perhatian pengikutnya.

"Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulisnya dalam ruangan komen tersebut.

Pada masa sama, Khairy mengancam untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan mengenai produk jualan tersebut.

"It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan," katanya.

Khairy turut menegaskan peniaga dalam talian itu tersalah pilih pelanggan untuk produk jualannya.

"Plus you salah pilih oranglah. I'm 182cm tall. Almost 6ft," katanya.

Komen berani Khairy itu bagaimanapun mendapat sokongan di kalangan netizen.

Seorang pengguna Instagram @annnadzir berkata,"@product_sihat.my kan dh mendapat !..hello ini tall dark and handsome le.

"@mhd.azim berkata,"@product_sihat.my... HAHAHAAHAHH KAN DAH MENDAPAT!!.. Anyway im 13 and 170cm tall." - CARI

sumber : mStar



1

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AlyssaTallent 23-10-2017 06:14 PM
Ohhh what an interesting post, like it was written at essay writing service cheap, really great) Thanks a lot)
Quote nisako 23-10-2017 08:26 PM
ambik ko.,,.,,,  
Quote RatuDunia94 23-10-2017 11:10 PM
How about "alat menambah saiz anu"?
Quote moonbug 23-10-2017 11:10 PM
Ada ke org beli ubat2 tinggi segala ni?
Quote MarryPottet 23-10-2017 11:33 PM
kenalah buku dengan ruas khennn
ko pon samalah mcm pengiklan tu, suka menipu & berjanji palsu kepada penggundi di parlimen kau tiap kali during kempen pilihanraya
Quote samasam90 23-10-2017 11:38 PM
moonbug replied at 23-10-2017 03:10 PM
Ada ke org beli ubat2 tinggi segala ni?

shahrul ridwan ke apa nama dia tu.. ada jah beli..berkesan katanya
Quote SitiRopeah 24-10-2017 05:53 PM
KJ troll tu.. ok la.. hahahaha
Quote misscendol 1-11-2017 03:25 PM
mcm cendawan tumbuh je instagram tambah ketinggian kat komen2 instagram retis

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074271 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top