CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Tak Terima Bayaran Penuh Persembahan Sukan SEA - Jaclyn Victor

1-11-2017 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10041| Komen: 50|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kecoh bila dikatakan beberapa orang penyanyi yang menjayakan persembahan ketika Sukan SEA dua bulan lalu, hanya menerima separuh bayaran sahaja.Kosmo melaporkan salah seorangnya darinya, Jaclyn Victor ...
Kecoh bila dikatakan beberapa orang penyanyi yang menjayakan persembahan ketika Sukan SEA dua bulan lalu, hanya menerima separuh bayaran sahaja. 

Kosmo melaporkan salah seorangnya darinya, Jaclyn Victor turut mendakwa hanya menerima 50 peratus bayaran daripada Memories Entertainment, iaitu syarikat yang menguruskan acara persembahan temasya itu. 

Sudah tentu ia sangat mengecewakan kerana pihak penganjur dikatakan sudah berjanji akan membayar bakinya tidak lama selepas itu. Namun sehingga kini masih tiada 'bayang' pun. 

Foto: Her World
“Perkara ini benar-benar mengecewakan kerana pihak penganjur telah berjanji untuk membayar bakinya seminggu selepas persembahan.

“Jika diikutkan mereka sudah melanggar syarat kerana bayaran penuh perlu diselesaikan tiga hari sebelum persembahan berlangsung,” ujar Jaclyn.

Lebih mengharukan Jaclyn ketika itu masih dalam keadaan berpantang kerana baru sahaja enam hari melahirkan anaknya. 

Foto: Projek MMO
Katanya lagi dia meneruskan persembahan pada temasya itu atas dasar percaya. 

Dalam pada itu, Memories Entertainment enggan membuat sebarang kenyataan berhubungan hal itu. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gumpita 1-11-2017 10:57 AM
Bakal kena black list jacklyn selepas ini..

Kerana tidak punyai sikap NATIONAL SERVICE pada negara.

Satu persembahan mewakili negara sebagai hos temasya berprestij besar.

Quote chinta89 1-11-2017 10:59 AM
ok next retis sape lg yg blm dibayar
Quote Orgkgdukobesi 1-11-2017 11:26 AM
Sea games dah abis lama dah...payment masih sangkut? Tak propesenel
Quote amiekz86 1-11-2017 11:28 AM
pulak...nyanyi sampai nk tkeluar ank tekak...paymnt x dpt lg
Quote idakamaruddin 1-11-2017 11:29 AM
brp la ek dorang pny payment utk perform kt sukan sea tu

ni mesti lebat ni..kalau x, xde la gigih pantang2 pn menyanyi bagai

kalau org melayu lama dh kene bebel ngn org tua sbb takut kene meroyan sbb x jaga pantang
Quote mixed 1-11-2017 11:44 AM
ada baca zainal abidin pn bising x dpt payment
artis la yg xd di bayr lg
ada bc penganjur sea game suh artis tanya blk bayaran ke Memories Entertainment,
gila ke hape bkn nk tlg kasi setel kesian artis2 tu

jac lg la baru bersalin dg menyanyi kt sea game


tp deols pandai paknil deols bayar penuh
Quote hotmak 1-11-2017 11:48 AM
management lah tu yg kapur duit, byk kot 50% balance, tu payah atas dasar percaya, kalau kata jac tak dtg nyanyi kompom kena kecam wlupun ikut t&c full payment sebelum show, dibagi muka mcmni pulak jadi

dahlah baru bersalin gigih keluar menyanyi
Quote nisako 1-11-2017 11:51 AM
wow ade lg byk ke artis x dpt payment ni................
Quote AbukRokok 1-11-2017 11:53 AM
lepas ni suh je budak2 choir sekolah menengah buat persembahan sukan Asia
xyah suh artis lagi
Quote Nenasketum 1-11-2017 11:57 AM
Sila saman berjemaah. Kembar Azalina senyap bisu jerk.
Quote iwan007 1-11-2017 12:18 PM
KBS songlap duit lg ke? hutang org tak nak bayar
Quote awexgaban7 1-11-2017 12:24 PM
kesian jac... event organizer tu pon bayaq jelahh payment org.... artiss pon manusia jugak cari duit utk hidup....
Quote dubuk 1-11-2017 12:27 PM
lepas ni suruh menteri menteri menyanyi.. dengan tema mari karaoke bersama kamiiii di penutup sea games ini
Quote faiz-za 1-11-2017 12:28 PM
Adibah noor ada up issue ni kat twitter hari tu
Kalau baca reply, bukan artis je yang tak dapat payment
Ramai yang terkena macam diorang
KBS dah take note issue ni
IMG_20171101_122543.png
Quote Skuau 1-11-2017 12:32 PM
kalo lagu ni amik jer budak sekolah srh nyanyi...depa x peduli oasai byran...yg penting muka 'kuaq' kt tv...
Quote mat_arof 1-11-2017 12:36 PM
mana mana artis yang x dapat bayaran ...

harap bersuara skrg ramai ramai ...sebab anda dah buat kerja anda....sepatutnya kenalah bayar

..sebab artis2 semua dah jalankan tugas kan...


mana pergi duit bayaran untuk artis ye.....


yang penari2 pun ada yang x dpat bayaran...kesian lah budak2 kecik remaja yang penat berlatih tapi x di bayar

Quote dinopower2 1-11-2017 12:37 PM
faiz-za replied at 1-11-2017 12:28 PM
Adibah noor ada up issue ni kat twitter hari tu
Kalau baca reply, bukan artis je yang tak dapat pay ...

company tu semua kompom dah dpt duit tu....tp duit depa p labur kat dato boy iman dulu takpun peram dlm fix deposit gituh....
Quote syue86 1-11-2017 12:38 PM
adibah noor ade perform ek aritu?
dgrnya dancers pn xdpt payment gak
Quote kiambang 1-11-2017 12:42 PM
Dah kepoh kepoh katmedia massa baru nak bayar ke?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080876 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top