CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tewaskan KLCC, Exchange 106 Kini Tertinggi Di Malaysia

22-12-2017 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3351| Komen: 0

Description: Menara Berkembar Petronas (KLCC) kini bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia selepas menara baru, Exchange 106 menewaskan pencakar langit itu yang menjadi mercu tanda negara.
Menara Berkembar Petronas (KLCC) kini bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia selepas menara baru, Exchange 106 menewaskan pencakar langit itu yang menjadi mercu tanda negara.


Memetik Malay Mail Online, menara baru setinggi 106 tingkat itu dibina anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, di Tun Razak Exchange (TRX).

Bukan sahaja di Malaysia, malah Exchange 106 merupakan bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

Sehingga kini, ia sudah mencapai ketinggian 450 meter dalam tempoh 19 bulan sejak mula dibina pada Mei tahun lalu oleh Mulia Property Development Sdn Bhd dan dijangka siap pada Jun 2018.


Foto: Timelapse Production


“Exchange 106 menarik perhatian dalam tempoh 12 bulan lalu, menjadi penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara kepantasan ia dibangunkan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

KLCC yang dibina dengan ketinggian 452 meter itu pernah menjadi pencakar langit tertinggi di dunia antara 1998 hingga 2004. - CARI
2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.033706 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top