CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Wanita Dikebumikan Rupanya Masih Hidup

19-2-2018 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4644| Komen: 26

Description: Tular di Brazil, seorang wanita yang sudah dikebumikan kembali 'bernyawa' selepas 11 hari dikebumikan, sebelum didapati benar-benar meninggal dunia.Difahamkan wanita itu, Rosangela Almeida dos Santos, ...
Tular di Brazil, seorang wanita yang sudah dikebumikan kembali 'bernyawa' selepas 11 hari dikebumikan, sebelum didapati benar-benar meninggal dunia. 

Difahamkan wanita itu, Rosangela Almeida dos Santos, 37, cuba membebaskan dirinya dari keranda yang telah tertutup rapat dan dipaku, dan dari kuburnya yang dibina menggunakan konkrit, petik Astro Awani. 

Menerusi sebuah video yang tular, orang ramai bertungkus lumus cuba menyelamatkan wanita itu dengan mengeluarkannya dari tapak persemadian di Riachao das Neves, selepas mendapat aduan adanya jeritan wanita dari dalam kubur. 

Pun begitu mereka hanya menemui jasad wanita itu yang sudah dalam kedudukan beralih dengan kapas yang disumbat di rongga kepalanya sudah tertanggal.

Foto Carian internet

Selain itu, tangan dan dahi Rosangela juga dikhabarkan berdarah, dan dikatakan ia 'bukti' dia berusaha untuk membebaskan dirinya dari keranda itu. 

“Apabila saya berdiri di depan kuburnya, saya terdengar bunyi hentakan kuat dan berulang dari dalam.

“Mula-mula saya sangkakan ada kanak-kanak yang bergurau dengan saya di kawasan itu. Kemudian saya terdengar suara dengusan kuat,” kata seorang saksi.


Pihak polis dilaporkan menyoal siasat keluarga Rosangela termasuk mengumpul data klinikal daripada pihak hospital.

Manakala, semua orang di Brazil kini menunggu hasil siasatan itu. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • komkom_2


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 19-2-2018 01:21 PM
I rasa klu kt negara kita, dgr bunyi jeritan dr kubur ni, org kampung gi baca yasin je atas kubur tu..
Xterfikir pun nk gali balik
Quote Aerhys 19-2-2018 01:25 PM
pearl.silver replied at 19-2-2018 01:21 PM
I rasa klu kt negara kita, dgr bunyi jeritan dr kubur ni, org kampung gi baca yasin je atas kubur tu ...

Hahah betul sangat tu. Ataupun konon kononnya jeritan mayat yg diseksa di alam barzakh.

On topic, simpati kepada si mati dan keluarganya. Nasiblah doktor kena kecam mungkin ada kecuaian semasa pemeriksaan.
Quote abangadek 19-2-2018 02:46 PM
yang belum mati pun  boleh mati dikebumi dlm keranda mcm ni
Quote mieymiey 19-2-2018 03:06 PM
Teringat cerita apa ntah yang kakak dia kebumikan adik dia sebab jeles adik dia kahwin dengan lelaki pujaan dia. Masa dia kebumi tu adik dia mengandung. Last-last jadi ponti
Quote Changa 19-2-2018 04:39 PM
Tak cantek sheols
Quote mokcikKSKB 19-2-2018 04:41 PM
Changa replied at 19-2-2018 04:39 PM
Tak cantek sheols

Biar betul sis..rendahnya tolerans kecantikkan utk sis.
Quote zetty1978 19-2-2018 04:59 PM
Aaaaa ... antara yg plg aku takut kn tanam hidup2 mcm ni laaaa ... sampai skang dok terbyg2 scene CSI yg Nick kn tanam hidup2 tu .. dh la sempit .. tiba2 xde cahaya .. dtg plak semut menggigit ... udara xde .. uwaaaa .. takut .. kalau dh mati tu kira dh lain la citenya kan .. tak dpt nk byg seksanya pompuan ni mati dlm keranda cenggitu {:cryrun
Quote krustykrab 19-2-2018 05:00 PM
mokcikKSKB replied at 19-2-2018 04:41 PM
Biar betul sis..rendahnya tolerans kecantikkan utk sis.

dah la org tu terseksa ....sibuk pulak nak komen cantik ke huduh ke...apa punya bangsa
Quote samasam90 19-2-2018 05:02 PM
pearl.silver replied at 19-2-2018 05:21 AM
I rasa klu kt negara kita, dgr bunyi jeritan dr kubur ni, org kampung gi baca yasin je atas kubur tu ...

sesambil sang keluarga menangis terlolong peluk kubur amanlah kau disana.. haruslah kena maki sebijik baru sedar masih hidup.. kalau sekadar tolong tolong tolong, sampai kesudah tak dibukanya.
Quote insulin 19-2-2018 05:05 PM
Kasihan. Takziah.
Quote jazaa100 19-2-2018 06:25 PM
Kesiannya......

Lg sedih keluarga nk terima kenyataan....
Quote wanzhm93 19-2-2018 06:28 PM
Fuuh.. Kesian si mati
Dia berusaha untuk keluar tapi tak boleh
Quote orgsepang 19-2-2018 06:36 PM
Tu dalam keranda boleh juga dia bergerak, kalau berbungkus kapan
Quote iloveselangor 19-2-2018 07:34 PM
Kenapa tak dibakar aja...tak perlu wujud Jeritan dari Kubur.
Quote dani-rox 19-2-2018 08:06 PM
kesiannya... lg teruk kalau org yg dikubur hidup2 ni claustrophobic
Quote putput 20-2-2018 11:27 AM
org mati badan dia sejuk . mengeras tu semua tak ada kah
Quote zjen 20-2-2018 10:20 PM
Edited by zjen at 20-2-2018 10:23 PM

Islam terus tanam si mati pd hari meninggal ...  dah berapa ramai bangsa kita di tanam hidup hidup ?

byk kes org mati akan hidup kembali,   penah berlaku kat sorg ratis kpop yg bunuh diri ... mayat dia simpan 3 hari pun hidup balik,  sib baik masa nak ke bumi,  mak dia pasan jari anak dia ada bergerak, so skeri

iols ada niat nak keluar islam,  tapi bukan kang,  tunggu la undang2 mesia lebih bebas,  iols x mao IC iols ada perkataan Islam

agama kan bebas,  tuhan iols masih Allah,  tapi iols nak ikut islam yg lebih bebas,  semua adat islam iols nak ikut ke tanak,  itu kebebasan iols ... iols nak ada kebebasan gi visit semua agama,  gereja iols gi dok berkenalan kawan baru,  tokong iols gi derma dan makan vegetarian,  masjid iols pon terus masuk,  tapi solat 5 waktu iols x minat,  leceh
dosa iols sendiri tanggung,  jakim toksa kacau,   sbb jakim bukan Allah,   tuhan iols nama Allah bukan jakim
Quote chazey 20-2-2018 11:22 PM
Aerhys replied at 19-2-2018 01:25 PM
Hahah betul sangat tu. Ataupun konon kononnya jeritan mayat yg diseksa di alam barzakh.

On top ...

Eh, bila chuol taip gini tak mustahil kan jeritan2 yang diklaim didengar dari kubur tu ntah2 mayat yang hidup balik?

Kasihannya... Mati dua kali.
Quote chazey 20-2-2018 11:24 PM
zjen replied at 20-2-2018 10:20 PM
Islam terus tanam si mati pd hari meninggal ...  dah berapa ramai bangsa kita di tanam hidup hidup ? ...

Aiyooo skerinya bila baca part tanam hidup2 tu!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.272459 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top