CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalau Dari Pesawat Kerana Senggugut

22-2-2018 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2838| Komen: 3

Description: Sepasang kekasih meluahkan kekesalan mereka selepas diminta keluar dari penerbangan Emirates kerana mengalami senggugut.
Sepasang kekasih meluahkan kekesalan mereka selepas diminta keluar dari penerbangan Emirates kerana mengalami senggugut.

Memetik The Sun, dalam masa beberapa minit sebelum penerbangan ke Dubai itu berlepas, Beth Evans, 24, dan Joshua Moran, 26, diarah keluar dari pesawat.




Menurut pasangan itu, pramugari terdengar Beth mengadu mengalami sakit perut kerana senggugut.

Walaupun Beth menyatakan tahap kesakitannya hanya satu daripada 10 dan mampu meneruskan perjalanan, kakitangan memutuskan Beth tidak boleh menaiki pesawat itu tanpa pemeriksaan doktor.

Pasangan itu terpaksa membelanjakan 500 British Pound (lebih kurang RM2,700) untuk menempah semula tiket penerbangan lain.


Menurut Joshua, alasan mereka dihalau dari pesawat kerana senggugut adalah mengarut.

"Beth menangis ketika kakitangan pesawat menyoalnya.

"Memang memalukan apabila semua orang boleh mendengar penjelasannya yang mengalami senggugut," katanya.


Foto: The Sun

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, penumpang terbabit memaklumkan kru bahawa dia sakit dan tidak selesa selain berasa tidak sihat.

"Kapten terpaksa membuat keputusan untuk meminta bantuan perubatan dan pasangan itu diminta meninggalkan pesawat supaya Beth dapat diberikan bantuan perubatan.

"Kami tidak mahu membahayakan kesihatan Beth dengan menangguhkan bantuan perubatan ketika penerbangan," katanya. - CARI
10

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 22-2-2018 02:01 PM
Nak dilepaskan terbang nnt kena blame pulak kalau jd pe2
Quote honeylynn 22-2-2018 02:59 PM
beul la tu...kang kalau sakit tu serius tak pasal2 kena emergency landing..
Quote Manjahati 27-2-2018 10:07 AM
Lain kali klu setakat sakit gitu2 jer x payah ler nk ngadu or rengek2 sakit.. X pasal2 kena offload

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.216039 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top