CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam Ni Rupanya Buat Stok Cili Kisar, Tahan Berbulan-bulan Tak Berkulat

21-3-2018 02:28 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 17921| Komen: 60|Original author: Oleh: Faizal

Description: Masakan di Malaysia ni tak sah kalau tak ada rasa pedas. Walaupun sedikit, tentu ada rasa sedikit pedasnya itu. Bagi yang memasak dirumah, sudah pasti dalam peti sejuk kita ada stok cili kering kisar. ...
Masakan di Malaysia ni tak sah kalau tak ada rasa pedas. Walaupun sedikit, tentu ada rasa sedikit pedasnya itu. Bagi yang memasak di rumah, sudah pasti dalam peti sejuk kita ada stok cili kering kisar.



Bukan apa, stok cili kering kisar ni untuk memudahkan kerja kita di dapur. Lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja. Nak mengisar cili kering semasa hendak memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlukan masa yang agak lama. Jadi, penyelesaianya kita buatlah stok cili kering kisar.

Tetapi, satu sahaja masalahnya bila kita buat stok cili kering kisar ialah cili kisar yang mudah berkulat. Tu la kan, kadang-kadang cili kisar yang kita simpan dalam peti ais hanya bertahan sekejap. Kadang tu seminggu sahaja sudah berbau. Kalau lebih lama, mungkin boleh tumbuh kulat pula!


Anda nak tahu cara buat stok cili kering kisar anda tahan untuk berblan-bulan? Jom ikuti tips yang amat praktikal membuat cili kisar yang telah dikongsi oleh Puan Mim Nazihah yang mesra dengan panggilan Kak Mim.

CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMA, BERBULAN MASIH TAK BERKULAT

Menurut Kak Mim, inilah cara yang selalu dipraktikkan untuk membuat cili kisar tahan lama. Boleh tahan sampai berbulan-bulan!

BAHAN-BAHAN

Cili kering
Bawang putih
Air tapis

CARA-CARA

1. Potong & Cuci
Pertama sekali, potong cili kering, buang bijinya dan kupas bawang putih. Kemudian, cuci bersih-bersih dengan menggunakan air paip.



2. Rebus
Seterusnya, rebus cili kering bersama bawang putih sampai cili menjadi lembut. Gunakan air tapisan semasa merebus cili kering dan bawang putih ini.


3. Toskan
Apabila cili dah lembut, toskan semua cili dan bawang putih di dalam periuk tadi.

Tak perlu basuh lagi sebab tadi ia dah dicuci bersih. Jangan basuh semula guna air paip, takut nanti cili kisar tak tahan lama.


4. Kisar 
Selepas ditos, biarkan sekejap agak-agak cili dan bawang putih dah sejuk sedikit.

Kemudian kisar semua bahan ini dengan menambahkan air tapisan supaya ia dapat tahan lebih lama.

Dan satu lagi, saya gunakan bawang putih dalam cili kisar ini sebab ia boleh bertindak sebagai anti kulat. Insha Allah boleh tahan lama dan tak berkulat.


5. Simpan
Dah siap bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk. Walaupun nampak biasa, tapi ia boleh bertahan lama.

Memang memudahkan kalau ada stok cili kisar yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Bila-bila saja boleh gunakan untuk memasak.


Jangan lupa untuk mencuba tips dari Kak Mim ni ya! - CARI 
6

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 21-3-2018 02:31 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:31 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote Levespa 21-3-2018 02:32 PM
boleh cuba ni.. thanks
Quote moonbug 21-3-2018 02:49 PM
Good tips. Boleh buat frozen cili kisar nanti
Quote Sazida 21-3-2018 03:01 PM
Tq. Tips berguna utk iols nanti. {:teatime
Quote mamiary 21-3-2018 03:27 PM
Thank u! Stress cari cara macam mana tanak bagi cili kisar berkulat.
Quote myakayina 21-3-2018 04:13 PM
kepantangannya lepas masak cili tu jgn bilas semula dgn air paip..letak minyak masak ganti air pun boleh..kali ni boleh try letak garlic ni pula..
Quote MsKoreanfanatic 21-3-2018 05:04 PM
air tapisan tu air apa?
Quote mummydarling 21-3-2018 05:05 PM
boleh cuba ni tapi bile masak tak pelik ke rase die sbb lebih kepada bawang putih.
Quote orked44 21-3-2018 05:41 PM
kalau sy biasa buat bawang putih,bwg merah dan bwg besar blend sekali.simpan dlm peti ais..senang kalau nk masak smbal ke apa2.hhehehe...
Quote lumie 21-3-2018 05:46 PM
1st time dgr ltk bwg putih.ok nk cb lah. Klo ltk macik bwg, jd ape?{:run
Quote nazzse 21-3-2018 07:02 PM
Tips ni sangatlah berguna..tq tq
Quote syadail 22-3-2018 08:11 AM
me tak boleh nak ikut tips ni sb ada bwg putih dlm dia. Klu buat masak merah mmg tk letak bwg putih. Lari rasa.
Quote sapeka 22-3-2018 09:58 AM
weols selalu blend ngan minyak je cili tu
takde kulat dah

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053985 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top