CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktres Smallville Orang Kuat Kultus Seks?

3-4-2018 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6775| Komen: 30

Description: Aktres Smallville, Allison Mack dituduh sebagai orang kuat kepada pemimpin sebuah kumpulan didakwa 'kultus seks' New York.
Aktres Smallville, Allison Mack dituduh sebagai orang kuat kepada pemimpin sebuah kumpulan didakwa 'kultus seks' New York.



Ketua gerakan itu, Keith Raniere ditahan di Mexico dan dituduh menyimpan wanita untuk dijadikan hamba seks.

Wartawan Frank Parlato yang pernah mendedahkan aktiviti gerakan berkenaan mendakwa, Allison yang memegang watak sebagai Chloe Sullivan dalam filem spin-off Superman merekrut wanita lain untuk kultus NXIVM itu yang mengamalkan sistem 'tuan dan hamba'.

Frank mendakwa, Allison dan bintang gandingannya, Kristin Kreuk mula terlibat ketika mereka menghadiri sebuah seminar dijalankan Keith sendiri.



"Mereka menggunakan Allison sama seperti Kristen, sebagai tarikan untuk membawa wanita lain kerana status selebriti mereka," katanya kepada New York Post.

Bagaimanapun, Kristen yang memegang watak Lana Lang memilih untuk keluar dari kultus itu, manakala Allison, 35, kekal bersama Keith.



Malah, Allison mencadangkan mereka menanda mangsa dengan menyelar kulit mereka menggunakan besi panas berhampiran kemaluan mereka.



Frank percaya Allison akan menjadi orang seterusnya yang akan ditangkap.

"Dia bermula sebagai hamba dan kini dia menjadi 'tuan hamba'. Dia juga memiliki nama gelaran dalam kultus itu iaitu ‘Pimp Mack'," tulisnya dalam artvoice.com.



Menurut jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Keith Raniere, 57, dituduh menyalahgunakan kuasa dan menyifatkan tindakannya sebagai jenayah berat terhadap manusia serta berdepan tuduhan pemerdagangan seks.

Difahamkan, Keith mendakwa semua 'hamba' dikehendaki melakukan hubungan seks dengannya dan mengugut untuk menyebarkan maklumat peribadi jika mangsa enggan melakukannya.


Foto: Mirror

Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan selepas beberapa wanita tampil membuat laporan berhubung Nxivm yang mendakwa beroperasi sebagai bengkel bantu diri yang membuat ahlinya kerugian beribu-ribu dolar.

Menurut laporan, ahli kumpulan terdiri daripada waris dan aktres yang kaya.

Keith berdepan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. - CARI
8

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 3-4-2018 02:18 PM
Kat merika sana sheol sendu hangat2 tahi cicak je. Ingat kan cult ni retis2 gred A saja yg terlibat. Teringat citer ninth gate.
Quote paz 3-4-2018 02:32 PM
Oh pulak kisahnya.
Quote chicozinn 3-4-2018 02:47 PM
nak upkan diri sheollss balik ke sampai sanggup terlibat jadi ketua cikcur ni??
Quote batmana 3-4-2018 02:50 PM
apasal superman tk pi tolong dia?
Quote delia3003 3-4-2018 03:03 PM
Edited by delia3003 at 3-4-2018 03:05 PM

Kristin dah nafikan dia terlibat. Masa dia join 'group' ni takde pun 'aktiviti terlarang' tu....katanya. Dia tinggalkan group ni tahun 2013.


Part yang buat tattoo kat pelvic tu ngeri plak dengar. Ada baca artikel, diorang kena bugil lepas tu siap kena rakam video lagi
Quote idakamaruddin 3-4-2018 04:16 PM
omg mcm dlm siri one of CSI cyber sgt



Quote ketekodok 3-4-2018 04:18 PM
dia lagi jahat dari lex luther la gtu
Quote blewnatural 3-4-2018 04:40 PM
Hurmmm , peliks n serammm
Quote umbut 3-4-2018 04:43 PM
Muka pun sesuai bab jahat2 kultus ni..
Boleh buat pilem
Quote sukacactus 3-4-2018 05:03 PM
Dah serupa lembu buat tanda dgn besi panas camtu
Quote giyomi 3-4-2018 05:48 PM
ahli kump trediri dr waris dn aktress kaya???
yg gi join kumpulan capruk ni dah kenapa, bek gi spa ker bercuti dgn duit yg ada
Quote dani-rox 3-4-2018 08:53 PM
sebenarnya byk jah kultus yg beroperasi sbg gereja kunun, tp hakikatnya ajaran sesat dan sindiket pemerdagangan org.
Latest, 'gereja' Hillsong Worship yg rekrut Justin Bieber and friends utk tarik teenage girls. Gadis2 bwh umur ini akan di abuse oleh pihak atasan Hillsong dan kemudian dilacurkan. Dia org anti LGBTQ, ada gay conversion therapy yg salah satu caranya suruh budak2 lelaki bogel dan berlari2 di pantai.
btw ketua pastor sesuatu jah katanya, ada hubungan yg sangat rapat dgn JB.

Quote sekngucing 3-4-2018 08:56 PM
cih.. allison mack ni sebaya aku ja... jd masa smallville dulu dia baru 19 laa
Quote capiloton 3-4-2018 10:45 PM
ohws kristin kreuk. my crush masa moda2 dulu.
Quote spiderman80 3-4-2018 10:50 PM
capiloton replied at 3-4-2018 10:45 PM
ohws kristin kreuk. my crush masa moda2 dulu.

Dia tu Indon kan?
Quote capiloton 3-4-2018 10:52 PM

buat keje ko tu spidey.
kang aku rampas takhta nanti.
Quote spiderman80 3-4-2018 10:53 PM
capiloton replied at 3-4-2018 10:52 PM
buat keje ko tu spidey.
kang aku rampas takhta nanti.







Quote ultra78 3-4-2018 10:58 PM

Ya.Belah mak dia orang cina indonesia
Quote spiderman80 3-4-2018 11:04 PM
ultra78 replied at 3-4-2018 10:58 PM
Ya.Belah mak dia orang cina indonesia

Oh ya ke Ultra?
Tapi muka dia tak nampak Jinjang.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069349 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top