CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Obses Dengan Filem Disney? Jom Bercuti Ke Alam Fantasi!

2-4-2018 05:43 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3158| Komen: 6|Original author: Oleh: Suzy

Description: Melihat lagak anak-anak yang berangan menjadi Elsa pasti membuatkan anda berhasrat untuk membawa mereka melihat sendiri keindahan sebuah istana ais. Bagi yang mampu, lokasi-lokasi ini wajib dikunjungi ...


Melihat lagak anak-anak yang berangan menjadi Elsa pasti membuatkan anda berhasrat untuk membawa mereka melihat sendiri keindahan sebuah istana ais. Bagi yang mampu, lokasi-lokasi ini wajib dikunjungi bagi merealisasikan impian fantasi anda sekeluarga!


1. Istana Diraja, Sleeping Beauty 

Diilhamkan daripada Neuschwanstein Castle di Bavaria, Jerman. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria pada tahun 1892 sebagai tempat persinggahan peribadinya. Ludwig II  juga dikenali sebagai King Swan dan merupakan pencinta seni telah meninggalkan struktur  yang indah ini.


Foto: Google Imej



2. Dataran kampung kecil, Beauty and The Beast

Diilhamkan daripada Alsace, sebuah wilayah indah di Barat Laut Perancis yang dahulunya sebahagian daripada Jerman. Oleh itu, ia mempunyai gabungan kedua-dua budaya ini terutama dalam seni bina pastoral yang indah.


Foto: Google Imej



3. Istana ais Elsa, Frozen

Diadaptasi daripada Hotel De Glace di Bandaraya Quebec, Kanada. Hotel ini adalah struktur bermusim yang muncul di pinggir Kota Quebec setiap kali musim sejuk sahaja. Seni bina sebenarnya berbeza dari tahun ke tahun dan dibina daripada ais batu, menjadikannya inspirasi sempurna untuk sebuah istana bagi filem Frozen. 


Foto: Google Imej



4. Istana Sultan, Aladdin 

Diilhamkan daripada seni bina Taj Mahal di Agra, India. Makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan itu dibina pada tahun 1632 untuk isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal. Makam ini ‘diselimuti’ marmar putih dan dikelilingi taman-taman yang subur.


Foto: Google Imej



5. Perkampungan Pacha, The Emperor’s New Groove

Diadaptasikan daripada Machu Picchu Di Cusco, Peru. Tapak Incan yang misteri di pergunungan Peru dianggap sebagai kediaman Maharaja Incan, Pachacuti. Selepas Penaklukan Sepanyol, tapak ini terus dilupakan dunia luar sehingga ia ditemui semula pada tahun 1911.


Foto: Google Imej



6. Rumah Kaisar dalam Mulan

Diilhamkan daripada Kota Terlarang di Beijing, China. Suatu ketika dahulu, istana itu dianggap "kawasan terlarang" kerana ia merupakan  kediaman maharaja, dan tidak ada yang dapat masuk atau keluar tanpa izinnya.


Foto: Google Imej



7. Katedral, The Hunchback Of Notre Dame 

Tidak lain adalah Katedral Notre Dame di Paris. Katedral yang ikonik dan menakjubkan ini adalah salah satu contoh seni bina Gothic yang terkenal di dunia. Ia mengambil masa hampir 200 tahun untuk disiapkan.


Foto: Google Imej



8. Sungai dari New Orleans, Puteri Katak 

Diilhamkan daripada tasik dan sungai tenang yang mencirikan keadaan Louisiana. Tasik ini adalah habitat haiwan paya seperti ikan keli dan kura-kura, yang mengilhamkan kisah-kisah menyeramkan makhluk-makhluk paya ghaib dan ganas.


Foto: Google Imej



9. Istana Diraja dalam Brave

Diilhamkan daripada Istana Eilean Donan di Scotland. 


Foto: Google Imej



10. Istana Permaisuri, Snow White

Diilhamkan daripada Alcazar di Segovia, sebuah istana yang terdapat di Sepanyol tengah. Ia telah digunakan beratus-ratus tahun oleh beberapa raja Sepanyol sehingga rosak teruk akibat kebakaran pada 1862. Ia dibina di tebing pertemuan antara dua sungai, memberikan bentuk yang mirip dengan muncung kapal.


Foto: Google Imej

Ahh, peminat filem Disney pasti sudah mula berfantasi, kan? - CARI
22

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 2-4-2018 05:53 PM
Tunggu joy repah gi tempat2 ni
Quote Artemesiaa 2-4-2018 06:49 PM
Menarik infonya makin ramai ler akan berjunjung ke tempat2 tu
Quote barfi 2-4-2018 10:28 PM
pearl.silver: Tunggu joy repah gi tempat2 ni

Haha baru nak cakap. Tuhari joy buat video dia jadi puteri yg kena sumpahan.  Haha lucu laa princess gemok
Quote cik-jaja 3-4-2018 12:15 PM
no8 tu, yg katunnya cantik je, xsama dengan yg betul punya..seram
Quote aunisofia 10-4-2018 04:10 PM
info yang menarik...
Quote adeqbun 11-4-2018 08:52 AM
no 9 tu tmpt shooting lagu kuch2 hota hai..hahah tibe2 masuk bollywood

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.113621 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top