CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Capai Impian ‘Rumahku Syurgaku’ Dengan Teknik KonMari, Terbukti Berjaya!

24-4-2018 05:11 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4855| Komen: 16|Original author: Oleh: Ayu

Description: Rimaskan rumah selalu bersepah biarpun setiap hari dikemas? Nak tak rumah anda jadi lebih tersusun,tidak perlu selalu dikemas dan kelihatan menenangkan? Suatu teknik yang diperkenalkan telah mengajak ...


Siapa tidak rimas apabila rumah selalu bersepah biarpun dikemas setiap hari. Mahu rumah menjadi lebih tersusun tanpa perlu selalu dikemas dan kelihatan menenangkan? 

Nah, teknik ini akan membuat proses mengemas menjadi lebih menyeronokkan!

Ini adalah salah satu elemen penting yang diajar oleh Marie Kondo, pengasas kaedah KonMari. Wanita berasal dari Jepun itu mula mencetuskan fenomena dunia dengan falsafah, teori, dan teknik mengemas serta menyusun barangan di dalam rumah yang unik dan boleh dikatakan sangat berkesan untuk dipraktikkan. 

Apa yang yang hebat sangat dengan kaedah ini? 

Wow, rupanya banyak testimoni yang mengesahkan kaedah ini benar-benar menggembirakan hati mereka. Jadi, apa rahsianya? 


Kemas dalam satu masa

Foto: Google

Ini mungkin peluang untuk anda yang suka menangguh kerja. Pilih satu tarikh untuk mengemas sekali gus dalam satu masa. 


Kemas ikut kategori

Kemas barangan mengikut kategori dan bukan mengikut bilik. Antara kategori yang boleh diasingkan adalah pakaian, buku, dokumen dan lain-lain. 


Foto: Google

Kumpulkan semua yang ada mengikut kategori pada satu tempat. Dengan cara ini, anda boleh nampak sendiri berapa banyak barang-barang yang anda ada terutama pakaian. 


Buang vs Gembira

Biasanya, bila kita mengemas rumah, fokus kita akan tertumpu pada barang apa yang tidak diperlukan dan ingin dibuang. Namun, dalam kaedah KonMari kita diajar supaya fokus pada barang-barang yang boleh bagi kita perasaan gembira dan ceria.

Caranya, ambil satu barang kemudian tanya pada diri sendiri, “Adakah barangan ini menggembirakan aku?” Jika YA, anda boleh simpan barang itu. Jika TIDAK, barangan tersebut perlu dibuang atau didermakan.  


Foto: Google

Bila mula mengemas, mulakan dengan turutan yang betul. Sebagai contoh, mulakan dengan pakaian atas seperti t-shirt, kemeja, blaus, kemudian pakaian bawah seperti seluar, kain sarung, skirt, dan seterusnya.


Teknik lipat dan susun pakaian

Foto: Google

Kaedah ini memperkenalkan cara baru melipat pakaian. Biasanya, kita melipat pakaian dan menyusunnya dalam keadaan mendatar. Sebaliknya, kaedah ini mengajar kita melipat pakaian supaya boleh tegak berdiri! 


Foto: Tidy Casa

Macam mana caranya dan apa faedahnya? Apa kata tonton video ini.





Rumah itu umpama syurga andai memberikan ketenangan. Jadi, mulakan dengan langkah kecil ini supaya impian ‘rumahku syurgaku’ menjadi kenyataan. - CARI
9

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 24-4-2018 05:47 PM
Aku je ke rimas tgk konmari ni lipat baju..nk kene gosok puji puji dlu..kalau dah baju berbakul2..sempat ke nk lipat sambil memuji baju?

Pastu nk kene test baju tu stand ke tak..kalu x stand..teknik lipat ko lain yg lain..basic sgt la teknik dia..mcm cara simpan beg..masukkan beg yg kecik dlm beg yg lg besar n lg besar...mende ni tayah ajar pon org dah tau kot?
Quote missinpiece 24-4-2018 11:46 PM
Selalu gak tgk life hacks kt utube. Mana yg berguna iols ikut. Yg merepek tgkkan je
Quote swimswim 25-4-2018 12:28 AM
Tried and it takes too much time utk lipat and check whether it stands or not.

In the end,i suka gantung baju lps ambik dari kedai dobi. Unfold and gantung balik.after a week, all the fold marks will uncrease and i terus pakai bajundgn senang lenang tanpa perlu menggosok
Quote chinta89 25-4-2018 08:04 AM
takde ape yg menarik sgt pun. biasa2 je.
Quote umbut 25-4-2018 08:58 AM
Aku tgk mcm makin serabut je.. style aku buat sikit2.. yg x guna semua humban dlm tong.. hanya brg yg perlu je.. beli bila perlu.. rimas rumah terlalu byk brg..
Quote shernazz 25-4-2018 09:08 AM
Iols.mmg.lemah lipat baju
Jadi...kalau iols.ikut style jepun ni
Mmg.sampai.tahun depan.iols x.lipat baju
Quote fushimi 25-4-2018 09:30 AM
aku kemas sehari je esok tu bersepah balik dalam lemari
Quote AznieBunnie 25-4-2018 10:58 AM
Edited by AznieBunnie at 25-4-2018 12:16 PM

baru lepas sort out baju tanak dipakai.
lipat elok-elok, masuk dalam plastik sampah besar, letak dalam kotak, hantar H&M.
dapat voucher 15% off yg valid sampai feb 2020.
Quote becir 25-4-2018 11:30 AM
AznieBunnie replied at 25-4-2018 10:58 AM
baru lepas sort out baju tanak dipakai.
lipat elok-elok, masuk dalam plastik sampah besar, letak da ...

Ye ke? Baju2 whatever brand pun?
Quote AznieBunnie 25-4-2018 12:15 PM
becir replied at 25-4-2018 11:30 AM
Ye ke? Baju2 whatever brand pun?

yup!
samada baju elok or koyak.
https://www.klnow.com.my/english ... s-enjoy-15-voucher/
Quote Artemesiaa 25-4-2018 01:09 PM
Susun ikut category dan warna lebih mudah nak cari barang.  Tapi kalau guna cara gulung tu baju jadi tak licin pulak.  Kalau ada beli satu baju baru elok check sama dalam almari dan keluarkan satu baju lama yang dah lama tak digunakan boleh dibuat derma je,
Quote sofiazara 26-4-2018 03:37 PM
lipat kain adalah perkara terakhir yang aku buat di dalam mengemas rumah
i hate lipat kain
Quote imanmariam 26-4-2018 06:04 PM
sofiazara replied at 26-4-2018 03:37 PM
lipat kain adalah perkara terakhir yang aku buat di dalam mengemas rumah
i hate lipat kain

Hehehe sepp
I lagi sanggup cuci pinggan mangkuk periuk belanga yg bertimbun dr lipat bju iron baju
Quote sofiazara 26-4-2018 06:09 PM
imanmariam replied at 26-4-2018 06:04 PM
Hehehe sepp
I lagi sanggup cuci pinggan mangkuk periuk belanga yg bertimbun dr lipat bju iron baj ...

samalah, sanggup kemas dapur kecah yang lantai berminyak, daripada lipat kain. really hate it! mcm no point lipat kain ni, wakakakaka
Quote Konahhh 28-4-2018 11:18 PM
Even inner wear pun konah rasa nak gantung ajeee. Punya tak suka lipat-lipat ni.
Quote caca_eric 29-4-2018 09:28 PM
I ingat I sorg je yg benci lipat kain.. penuh bakul.lantaklaaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060631 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top