CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kopi Tahi Termahal Di Dunia Tapi Ramai Suka

30-4-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 9020| Komen: 17|Original author: Oleh: Faizal

Description: Kopi antara pilihan minuman masyarakat di negara kita bahkan seluruh dunia. Berbagai jenis kopi yang terdapat dipasaran. Ada serbuk kopi yang asli dan ada juga kopi pra campuran yang mengandungi gula ...
Kopi antara pilihan minuman masyarakat di negara kita bahkan seluruh dunia. Berbagai-bagai jenis kopi yang terdapat di pasaran tentunya. 

Ada serbuk kopi yang asli dan ada juga kopi pra campuran yang mengandungi gula dan susu serta dijual di dalam paket-paket kecil. Kopi pra campuran ini memudahkan kita untuk menikmati minuman kegemaran kita. 


Foto: Google

Dalam banyak-banyak jenis kopi di dunia ini, terdapat satu kopi yang harganya adalah antara yang termahal tetapi tetap menjadi pilihanramai. Masyarakat Jawa memanggilnya kopi Luwak. Ada juga yang memanggilnya kopi tahi.

Kopi luwak atau kopi tahi musang ini diperbuat daripada biji buah kopi yang dimakan oleh musang dan kemudiannya haiwan itu akan mengeluarkan biji kopi itu dalam bentuk najis. Oleh kerana biji kopi tidak dapat dicerna di dalam sistem pencernaan musang, maka ia akan keluar sebagai sebiji kopi yang asal bersama najis itu.

Foto: FB @Rizal Hakim


Kopi tahi ini menjadi pilihan ramai walaupun ianya agak mahal kerana rasanya yang sedap dan tersendiri. Dipercayai, musang akan memilih biji-biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. Dan apabila haiwan ini mengeluarkan semula biji-biji kopi ini sebagai najis, sudah pasti biji kopi yang terbaik ini digunakan untuk membuat minuman kopi.

Selain kemampuan musang yang mampu memilih biji-biji kopi yang berkualiti, ketika biji kopi ini berada didalam saluran pencernaan haiwan ini, biji kopi akan menyerap beberapa nutrient dan enzim dalam salur pencernaan musang. Terdapat juga fermentasi yang berlaku pada biji kopi sehingga menciptakan rasa kopi yang sangat lembut seperti coklat dan tanpa rasa pahit.

Foto: FB @Rizal Hakim

Kopi Tahi Musang Halal Atau Haram?

Oleh kerana kopi ini terhasil daripada najis seekor musang, sesetengah masyarakat berpendapat kopi musang ini haram dan tidak boleh diminum. Memetik dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, menurutnya:

Setelah melihat dan menekuni pandangan ulama tentang hukum kopi luwak, kami lebih cenderung berpandangan kopi tersebut pada asalnya dikira sebagai kategori “mutannajis” (terkena najis) tetapi selepas dibasuh dan diproses maka hilanglah kenajisannya. Justeru, hukumnya adalah HARUS.

Begitu juga keputusan kebanyakan para ulama Indonesia yang mengharuskannya dan mereka lebih mengetahui dan maklum hal yang sebenarnya dalam isu ini. Sehubungan itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam pengambilan apa jua makanan dan juga minuman agar ia benar-benar bertepatan dengan prinsip halalan tayyiban agar segala daging yang tumbuh pada tubuh badan kita berpunca daripada sumber yang baik seterusnya menjauhkan kita neraka Allah SWT. Oleh itu, tanyalah kepada yang mengetahui agar kita tidak terjerumus ke lembah syubhah.

Apa kata anda? - CARI 

Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
9

Bagus
12

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 30-4-2018 12:54 PM
Wowwww berbijik bijik taik dia keluar
Quote Artemesiaa 30-4-2018 12:57 PM
Buah kopi ni kalau betul masak agak manis rasanya.  Mungkin disebabkan itu banyak haiwam suka makan.  Tapi dalam hal ni walaupun dah diprocess masih tak suka miniumnya lebih prefer kopi biasa.  Cara penghasilannya macam menyiksa haiwan pun ada.  Sebab sekarang luwak2 tu akan dikurung dalam sangkar yang amat kecik tak banyak ruang nak bergerak pun.  Semuanya demi nak memudahkan untuk mengumpul najisnya tu.  Jadi mereka tak perlu cari2 dalam hutan lagi.
Quote dubuk 30-4-2018 12:58 PM
suhaimi saad sakit hari tu keluar gitu ke
Quote nooriesz 30-4-2018 12:59 PM
alaaaaa.. xder selera aku wlupun aku membela benda alah ni..
Quote fushimi 30-4-2018 01:34 PM
macam sakit pulak aku tengok luwak tu berak keluar bijik bijik macam gitew
Quote MariaClara 30-4-2018 02:10 PM
penah tgk depan2 di bali indonesia..dia tunjuk proses...tp aku mmg x mampu nak minum walaupon dia bagi free..sorry walaupon x haram...aku x leh nk minum..ape pon pada pendapat aku tetap kuar dari tpt najis hehe..

lain org lain pendapat..tp sbb da tgk depan2..x lalu....
Quote BedahBedul 30-4-2018 02:12 PM
Ya awloh pic musang tgh meneran tu! Hamik ko selambak kikiki
Tp rasanya bkn kopi luwak ni yg plg mahal kan, ada satu lagi kopi taik gajah
Quote chicozinn 30-4-2018 02:39 PM
dubuk replied at 30-4-2018 12:58 PM
suhaimi saad sakit hari tu keluar gitu ke

si sohai kua laksa plak sehelai2..leh la claim laksa termahal dunia..
Quote damian_lee 30-4-2018 08:32 PM
Artemesiaa: Buah kopi ni kalau betul masak agak manis rasanya.  Mungkin disebabkan itu banyak haiwam suka makan.  Tapi dalam hal ni walaupun dah diprocess masih t ...

Tengok dalam satu dokumentari
Diet dia cuma buah tu je ... ke dikumentari tu xlengkap.??
Quote Kapristol 30-4-2018 10:36 PM
Hey guys? Do you know what is the real difference between indica and sativa? Need to find out an answer urgent.
Quote kukukatablog 1-5-2018 12:14 AM
serius x sedap...
aku minum secawan kecik lebih kurang RM20 zaman tu...
aku bagi supir aku minum separuh

mungkin sbb aku bukan penggemar kopi kot...
bawak balik 2 sachet kopi tu, satu dalam RM30...
bg org lain rasa semua kata xsedap walaupon dah bancuh ngan susu....

sec2 time g bali tanya supir tuh,
apa specialnya kopi tu sampai mahal sangat,
dia kata nak dpt kopi dari luwak tu susah, sbb dia bukan hari2 makan biji kopi tuh....
Quote RatuDunia94 1-5-2018 01:11 AM
Semalam kan ada najis kat tmpat parking rumah iols.. Gini la bentuk dia seketul2 tp bukan kopi, makanan kucing.. Rasanya kucing tu x hadam makanan tu..
Quote drivethru 1-5-2018 10:05 PM
Kopi vietnam gak sedap.
Quote haryatie 2-5-2018 08:07 AM
kalau harga 5sen pun x tringin nak minum..
jgn pasni yg kuar dr taik manusia pun ada yg nak telan..eeee
Quote KuewTeuwKungFu 4-5-2018 08:36 PM
X lalu nk mnum...klu dh Tau kuar dr mn
Quote kucing02 28-11-2018 12:33 PM
x sanggup aku nk minum kopi ni..
Quote yayangmama 28-11-2018 01:27 PM
baru je tgk kt tv cara nk dpt kan n bersihkan najis nk jadi kan kopi

mahallll sbb nk dpt tak senang gaknye hehhe

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.341533 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top