CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditipu Syarikat Bas Ekspress, Kena Tinggal Di Lebuhraya Pukul 3 Pagi!

14-5-2018 01:06 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8304| Komen: 39|Original author: Oleh: Whitney

Description: Ramai yang masih menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk ke destinasi yang hendak dituju. Ada perkhidmatan bas yang boleh dipuji dan ada juga yang sebaliknya. Walaupun ada antara netizen yang suda ...

Ramai yang masih menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk ke destinasi yang hendak dituju. Ada perkhidmatan bas yang boleh dipuji dan ada juga yang sebaliknya. 


Walaupun ada antara netizen yang sudah mengambil langkah berhati-hati semasa membeli tiket bas, mereka kadang kala tidak dapat lari daripada pelbagai penipuan daripada syarikat bas ekspress itu sendiri. 


Seperti yang berlaku kepada seorang pengguna twitter bernama Asyiqeen Affandi, dia tertipu dengan syarikat bas ekspress yang dinaikinya. Bas tersebut rupanya bas haram dan tidak berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebagaimana yang dijanjikan oleh penjual tiket semasa dia membeli tiket tersebut beberapa hari lalu. 

Setelah bertekak dengan pemandu bas, dia akhirnya ditinggalkan di lebuhraya yang ketika itu jam 3 pagi.  



Sudahlah bas datang lambat, tempoh perjalanan pun lebih lama daripada kebiasaan!


Selepas bertekak dengan pemandu bas baru dapat tahu rupanya bas itu bas haram!


Terus pemandu bas itu turunkan wanita ini dan rakannya di tengah lebuhraya. Sekurang-kurangnya turunkanlah ditempat yang lebih selamat.




Rupanya ramai netizen yang sudah terkena dengan perkhidmatan yang teruk daripada Syarikat Bas Ekspress Shamisha. Masing-masing menceritakan pengalaman mereka menaiki bas ekspress daripada syarikat tersebut.

Netizen sangkakan wanita ini membeli tiket bas daripada ulat tiket. Jika wanita ini membeli tiket bas daripada ulat tiket, memang patutlah dia terkena. Tetapi yang sedihnya, tiket bas tersebut dibeli di kaunter Shamisha itu sendiri.


Jadi, berhati-hatilah ketika menggunakan bas ekspres untuk ke mana-mana destinasi lebih-lebih lagi kaum wanita. Bayangkan pukul 3 pagi ditinggalkan di tepi lebuhraya dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Apa perasaan kalian? - CARI 
18

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 14-5-2018 01:08 PM
motip tag tun m sekali..pandai betul la rakyat skang ni
Quote grizz 14-5-2018 01:22 PM
MeghanK replied at 14-5-2018 01:08 PM
motip tag tun m sekali..pandai betul la rakyat skang ni

kekonun masalah negara ni..harusla tag..
wt nye pape jd kt dorg..kompem masalah negara kan..

Quote umbut 14-5-2018 01:26 PM
Jahatnya.. bahaya pompuan turun kat mana2...banned syarikat ni... tag tun
Quote prettyuglybabe 14-5-2018 01:38 PM
viral je bagi bungkus terus company tu..
hal aniaya pengguna memang patut di war-warkan..
Quote oni313 14-5-2018 01:55 PM
hayoo...even beli tiket kat kaunter bas tu pun, last2 naik bas haram... pitam bangun pitam bangun kes kau ni dek....
Quote MeghanK 14-5-2018 01:59 PM
grizz replied at 14-5-2018 01:22 PM
kekonun masalah negara ni..harusla tag..
wt nye pape jd kt dorg..kompem masalah negara kan..

tapi tak patut la tag pm..macam over sangat la pulak..baik tag kpdnkk je
Quote grizz 14-5-2018 02:01 PM
MeghanK replied at 14-5-2018 01:59 PM
tapi tak patut la tag pm..macam over sangat la pulak..baik tag kpdnkk je

besela tu..smue nk glamer gamaknye..
Quote merrissa 14-5-2018 02:06 PM
Edited by merrissa at 14-5-2018 02:08 PM

SHAMISHA HOLIDAY EXPRESS....ok perlu take note....

wehhh aku pernah kene...kat pudu....AKU BELI KAT KAUNTER gak!
Tapi bukan company ni...company apa xtau....dah lama benor kisahnya..zaman wassap x wujud lagi
tapi bile p platform...dia duk tolak kite...eh bas ni g platform sana...g platform sana...
konduktor dia samseng giler...tp dgn malaysian dia ok...typical...even british pon macam tuh
aku and dua tiga org malaysian...yg lain semua bangsa asing...
tobatttt dah aku nak naik bas company yg tak femes ni...
itupon sebab aku beli nak cepat balik....malas nak tunggu...bas company femes xde dah....
tapi kes aku, selamat sampai....
cume aku tak suka tengok cara driver tuh terjerit2 marah kat penumpng bangsa asing tuh...dah dia bawak baby....n deme bayar kot....bukan naik free...

tapi untuk kes shamisha ni...
aku terbayang if mak pak aku yang kene...
sian deme....
harap company ni gulung tikar...sebab aniaya org

#boikotshamisha #kuasaviral



Quote Konahhh 14-5-2018 02:06 PM
MeghanK replied at 14-5-2018 01:59 PM
tapi tak patut la tag pm..macam over sangat la pulak..baik tag kpdnkk je

Entahnyeee, pm pun takde mase nak bace
Quote syidasaleh 14-5-2018 02:26 PM
MeghanK replied at 14-5-2018 01:08 PM
motip tag tun m sekali..pandai betul la rakyat skang ni

Masalah rakyat dan masalah org kedah.patut tag mukhriz,ahmad bashah sekali
Quote BebeQ 14-5-2018 02:32 PM
Dik, lain kali buat live fb dari dalam bas tu (kot la adik ni netizen yang suka viral2).

Tak la..sepatutnya dari dalam bas tu adik call 999. Settle masalah adik. Tak sempat bas tu nak jumpa tol, dah kena tahan dengan polis dik~
Quote kechikchomel 14-5-2018 02:34 PM
iolss dulu beli tiket bas Guar Chempedak-Kajang on9 (bukan shamisa)
tiket pukul 11.00...dah sampai bus station tu pergi la kaunter dia. pastu pompuan tu tanya, beli on9 ke? bas ni dah penuh dah.

dia suruh iolss call sendiri ada sorang pakcik tu. (ketua dorg kot). TF la sangat kann?? pesal lak iolss yg kena call? sebab nak balik iolss call je, pastu suruh pompuan tu ckp dgn pakcik tu. seb baik la next trip ada satu tempat kosong. patutnya pukul 11.30 ke 11.45 ntah. pukul 12.15 baru sampai
Quote fushimi 14-5-2018 02:46 PM
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:38 PM
viral je bagi bungkus terus company tu..
hal aniaya pengguna memang patut di war-warkan..

kalau kena kat marhen macam kita ni sape nak pedulik

cuba kalau anak vip kena cam tu tak sampai 2 jam agaknya dah bungkus company tu

kalau report kat spad dapat jawapan nanti kita siasat nanti kita ambil tindakan hujung hujung membabi je semua
Quote krustykrab 14-5-2018 02:59 PM
prettyuglybabe replied at 14-5-2018 01:38 PM
viral je bagi bungkus terus company tu..
hal aniaya pengguna memang patut di war-warkan..

tu la elok viral je, biar bungkus sekali dgn tokei bas....dah kalau byk kali kena tu mmg co tu tak harus wujud pun...mmg saja nak aniaya orang.

Quote MeghanK 14-5-2018 03:00 PM
syidasaleh replied at 14-5-2018 02:26 PM
Masalah rakyat dan masalah org kedah.patut tag mukhriz,ahmad bashah sekali

tag semua dari adun sampai pm..gigih
Quote capiloton 14-5-2018 03:06 PM
boikot jer.
aku tak pernah dengar nama bas ni.
elok la ramai mangsa yang cerita, kasi boikot sampai bungkus.

aku baru google, ada 1 bintang jer rating.
kalo aku, jangan harap la nak naik bas macam nih.
Quote capiloton 14-5-2018 03:11 PM
kelakar betoi sistem bas kat msia nih.
masih ikut style zaman lepas merdeka nak beli tiket kena kat kaunter.
bila beli tiket online, dia kata nak kena print sendiri pulak,
menyusahkan orang jer.
kalo pi kaunter nak amik tiket, dia caj extra lain pulak.
apa punya sengal lah.

syarikat bas ni patut charge kat app/web service provider tu,
masuk la sekali caj dalam tu.
so orang bole datang kaunter terus collect tiket jer.
orang dah beli, bayar online.
Quote syidasaleh 14-5-2018 03:13 PM
capiloton replied at 14-5-2018 03:11 PM
kelakar betoi sistem bas kat msia nih.
masih ikut style zaman lepas merdeka nak beli tiket kena kat ...

Dekat tbs je ada scanner boleh baca barcode dr hp.
Lg satu kat e-ticket tulis tak yah print smpi kat bas driver bising2 suruh print.apa ntahhh
Quote Artemesiaa 14-5-2018 03:17 PM
Bagus juga dah di viralkan moga orang lain tak jadi mangsa sama

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top