CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Perli Harga Songket Terengganu RM18K Di Lazada, Netizen Terhibur

1-6-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 12893| Komen: 62|Original author: Oleh: Whitney

Description: Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai yang sedang membuat persiapan dengan membeli baju raya, kuih raya dan segala keperluan untuk menyambut lebaran. Terhibur Cara Netizen Perli ...
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai yang sedang membuat persiapan dengan membeli baju raya, kuih raya dan segala keperluan untuk menyambut lebaran.



Ada yang memilih untuk membuat belian secara atas talian malah ramai juga yang mengunjungi pusat beli belah atau kedai-kedai yang menjual persiapan raya. Antara pusat beli belah atas talian yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai ialah Lazada.

Bagaimana pun, Lazada telah diserang dengan beberapa komen lucu, mengejek dan memerli oleh para netizen pada salah satu produk yang dijual iaitu sampin songket Terengganu yang bernilai RM18,000 sehelai.



Ini adalah antara komen netizen pada ulasan produk tersebut. Masing-masing memberi lima bintang pada sampin songket Terengganu tersebut.

Memang boleh gaduh suami isteri kalau si suami diam-diam beli sampin songket Terengganu bernilai RM18, 000 ni.

Kelakar, katanya siap pakai sampin ini masa solat terawih di masjid dan ramai yang berebut nak berswafoto.


Ramai netizen yang membaca komen pada ulasan produk itu berasa terhibur dan telah membuat mereka ketawa. Mereka sedar bahawa ulasan tersebut hanyalah gurauan dan berunsur ejekan.



Dalam masa yang sama, ada netizen yang tidak bersetuju dengan cara netizen lain mempermainkan nilai dan harga songket. Ini kerana, songket yang berkualiti sememangnya dijual dengan harga yang tinggi.


Apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri. Jika mampu, apa salahnya membeli songket bernilai RM18,000 sekalipun. Jika tidak mampu, tengok sahajalah.   - CARI 
6

Bagus
1

Marah

Terkejut
4

Sedih
20

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 1-6-2018 01:11 PM
Ada kenalan tu..beli sampin songket harga rm2k
Padahal bukannye org berada..cikgu je pun.
Ngamuk la bini sbb laki tu guna duit nk renovate umh.
Sampin kot? Belum tentu ko nk pki tiap tahun hari raya.
Quote DayangKirana 1-6-2018 01:12 PM
bab2 menganjing ni orang kite memang win..
Quote kucingitam 1-6-2018 01:24 PM
pearl.silver replied at 1-6-2018 01:11 PM
Ada kenalan tu..beli sampin songket harga rm2k
Padahal bukannye org berada..cikgu je pun.
Ngamuk l ...

dia nak pakai gi kawin kot...hahaha

Quote prettyuglybabe 1-6-2018 01:24 PM
songket asli tenun tangan memang la mahal..
Quote kucingitam 1-6-2018 01:25 PM
songket memang mahal la....
Quote SayaSayangMama 1-6-2018 01:28 PM
Inilah hasilnya bila rakyat marhein dpt access tgk barang barang mahal. Ala ala terkejut gitu. Benda ni celah gigi je bg org kaya mcm ceo ambank yg gaji sehari rm17K itu. Huhu.
Quote noraidil_06 1-6-2018 01:54 PM
Jakun sgt netizen. Mmg gitu lah harga songket. Peghak buih msg2
Quote missdahlia 1-6-2018 02:09 PM
Quote mommymonster82 1-6-2018 02:23 PM
Kalau tenun tgn mmg mahal boh..
Xyahla perli2..
Kalau xmampu kita diam2 je tengok sambil.mengalirkan air mata
Quote fushimi 1-6-2018 02:30 PM
beraninya beli songket kat lazada

ntah ntah yang tiruan dari india sana.Kalau yang tak tahu beza memang kena kencinglah

better beli kat kedai

songket tenum ori selalunya lembut dan takde bau

kalau ada cam bau hapak hapak tu songket tiruan

songket ori benang benang takkan ada yang juntai juntai terutama bahagian tepi songket

sekian tips beli sampin ori


Quote zawara 1-6-2018 02:37 PM
kalau pakai mcm la org nk belek tgk ori tak ori.. takde sape kesahhh
Quote vanillaninja 1-6-2018 02:55 PM
Kenapa I rasa theyols ni memang genuinely tak tau harga songket tenun?
Quote Artemesiaa 1-6-2018 02:59 PM
Rakyat marhein kebanyakannya sampin mereka sekadar bertahan hingga solat raya je paling lama pun sebelum masuk waktu tengahari.  Jenis macam ni tak perlu ler nak beli yang mahal2.
Quote maxgamer82 1-6-2018 03:18 PM
yang komen tu bukan niche market si seller pun....mungkin sebab diorang ingat nak buat samping ni simple dan boleh beli kat kedai biasa je...tu harga blum buh kolaborasi dengan designer lagi
Quote MizzNaza 1-6-2018 03:58 PM
ko ingat buat tenun songket ni macam buat kain pelekat ke apa
Quote opie5662 1-6-2018 05:01 PM
Kesian la netizen ni. 18k tu x mahal lagi. Ade lg mahal. Kalau songket tenun tangan mmg mahal. Tu la, asek beli kat jalan tar je...tatau harga sampin yg berkualiti. Igt semua sama kot ...haahhaa
Quote munchkin 1-6-2018 05:03 PM
Kuasa aku songket memahal ni. Bukan ada value macam gold pun. Pastu everytime pakai nak dry clean. Such a waste of money. Pakai sampin cotton campak masuk washing machine je
Quote purpler 1-6-2018 05:28 PM
lazada ni mmg siapa2 pun boleh komen ke....
tapi songket ori mmg mahal pun....
Quote cmf_premierleag 1-6-2018 06:30 PM
Biarlah diorg nak komen gurau2 kat lazada tu
Mcm la korang yg sponsor data plan diorg

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052829 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top