CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Jaket Tersangkut Pda Rantai Motosikal

7-9-2018 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4323| Komen: 16|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Jaket tersangkut pada rantai dan gegancu (sprocket) motosikal dinaiki menjadi punca seorang lelaki berusia 35 tahun maut.
Jaket tersangkut pada rantai dan gegancu (sprocket) motosikal dinaiki menjadi punca seorang lelaki berusia 35 tahun maut.

Motosikal yang dianikinya dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 14.8 Lebuh Raya Butterworth-Kulim.


Berita Harian melaporkan, mangsa Teh Chin Tatt yang membonceng bersama bapanya, Teh Bah Kechee, 69, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Maut jaket tersangkut


Difahamkan mangsa dalam perjalanan ke Butterworth namun jaket putih yang dipakai mangsa tersangkut pada bahagian rantai dan gegancu motosikal jenis Honda EX5 itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata,


“Ekoran itu, motosikal dinaiki mangsa bersama bapanya terbabas di laluan utama lebuh raya berkenaan.

“Mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan."

Dua beranak tersebut beralamat di Taman Bagan Jermal, Butterworth.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
16

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
13

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 7-9-2018 04:18 PM
jangan pakai jaket terbalik. bahaya.
Quote insulin 7-9-2018 04:19 PM
Takziah. Memang bahaya pakai jaket dengan cara terbalik tu.
Quote zulka 7-9-2018 04:30 PM
sgt bahaya
Quote EvieWanKenobi 7-9-2018 04:32 PM
hari tu budak2..
ni orang dewasa pulak..
Quote Foxey 7-9-2018 04:35 PM
kalau dah tersangkut macam tu, memang sangat bahaya.
Quote minguk 7-9-2018 04:38 PM
jatuh lepastu tergesel kepala ke ni? innalillah.. takziah..
Quote Artemesiaa 7-9-2018 04:49 PM
Kalau nak pakai jacket pakailah elok2 siap berzip jangan pakai terbalik tersangkut kat mana2 pasti membahayakan.
Quote prettyuglybabe 7-9-2018 04:52 PM
jaket panjang ke sampai boleh tersangkut macam tu?
Quote zafira 7-9-2018 05:29 PM
Takziah... arwah kawan akak pun meninggal sebab tali jaket tersangkut kat roda.. Suami dia ok..
Quote crazypink 7-9-2018 05:54 PM
bkn jaket jer kain baju or jubah pun blh tersangkut mmg bahaya
Quote matkpop 7-9-2018 06:29 PM
salam takziah....
Quote abangadek 7-9-2018 06:31 PM
zeed replied at 7-9-2018 04:18 PM
jangan pakai jaket terbalik. bahaya.

kalau takdir eksiden nanti ada org tolong pusingkan kepala ahahahahahahahhahaha
Quote hadibah 7-9-2018 06:33 PM
kerandakan, pastu tanam

bukan isu semasa pun

Quote RatuDunia94 7-9-2018 11:00 PM
Oh gegancu rupanya nama bendalah tu..
Quote Sazida 8-9-2018 01:30 PM
sbb tu iols prefer naik skuter. Kurang risiko. And takkan pakai jacket. Basah pun basah lerr.
Quote beta_carotene 8-9-2018 01:42 PM
Sbb tu meols smpai skrg xnk bljar or try pun bawak motor... so ngeri

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.151316 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top