CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepasang Kekasih Dibunuh Keluarga Kerana Hubungan Tak Direstui

28-9-2018 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5002| Komen: 41

Description: Seorang pelajar kolej di Aligarh berusia 17 tahun dibelasah hingga mati selepas didapati berdua-duaan dengan anak perempuan penghulu kampung pada awal pagi Khamis.
Seorang pelajar kolej di Aligarh berusia 17 tahun dibelasah hingga mati selepas didapati berdua-duaan dengan anak perempuan penghulu kampung pada awal pagi Khamis.

Memetik Times of India, kejadian berlaku di perkampungan Jatpura, Pradesh, kerana menjalin hubungan yang tidak direstui keluarga kekasihnya.

Hampir 18 jam selepas kejadian, kekasihnya berusia 18 tahun pula dilaporkan meninggal dunia dan keluarga wanita itu mendakwa mangsa menggantung diri sendiri. 


Kredit foto: Times of India

Namun, polis tidak mempercayainya dan kematian pasangan itu disifatkan sebagai kes pembunuhan bermaruah.


Susulan kejadian, polis menahan empat anak lelaki Kashmiri Devi iaitu Raju, 42, Mukesh, 44, Dinesh, 32, dan Brijesh, 30 sejurus mendapat aduan daripada bapa Mridul Kumar, Janki Prasad. 

Menurut laporan polis, Mridul dikatakan bertemu Kumari Soni di rumahnya pada lewat malam Rabu sebelum mereka kantoi berdua-duaan oleh keluarga wanita itu keesokan paginya.

Janki Prasad yang juga seorang guru sekolah rendah berkata, dia menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di rumah Kashmiri Devi selepas dihubungi Brijesh sebelum bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Kira-kira jam 5 petang Khamis, Kumari Soni pula dilaporkan membunuh diri. Bagaimanapun, polis yang masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian tidak percaya dakwaan keluarga mangsa itu.

"Bagaimana seorang gadis boleh membunuh diri sedangkan rumahnya dipenuhi orang ramai?" kata jurucakap polis.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - CARI
33

Bagus
23

Marah
27

Terkejut
18

Sedih
28

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 28-9-2018 09:02 AM
pale otak dia pembunuhan bermaruah...
Quote eLiaD 28-9-2018 09:06 AM
mcm citer hindustan
Quote myakayina 28-9-2018 09:25 AM
giler kejam...
Quote lilacomot 28-9-2018 09:37 AM
yg mangsa pun p dok dlm bilik dak pompuan tu awl pg mmg cari nahas btul laa
Quote minguk 28-9-2018 09:50 AM
yang berdua duaan dalam bilik kumari tu kenapa? marah la mak bapak kumari
Quote EvieWanKenobi 28-9-2018 09:52 AM
cinta tak kesampaian..
Quote abangadek 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boyfren dilarikan & dipukul sampai mati, gurlfren pulak di larikan ke ladang sawit/ getah kalau xsilap & dirogol & diliwat serentak beberapa lelaki.. dh puas dorang panjat pokok & terjun atas dada gurl tadi untuk hapus bukti..i skolah menengah masa kes tu.. sedih
Quote buapakperut 28-9-2018 11:45 AM
abangadek replied at 28-9-2018 02:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...

ganasnye story ni. ngeri
Quote abangadek 28-9-2018 11:47 AM

bila otak letak di penis camtu la akhirnya.. semua ke tali gantung
Quote BoLapciOus 28-9-2018 11:48 AM
yenggemaaa...nalerekek sgt pangainye!
Quote mieymiey 28-9-2018 12:00 PM
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...

Yang merogol meliwat tu manusia ke setan?
Quote abangadek 28-9-2018 12:04 PM
mieymiey replied at 28-9-2018 12:00 PM
Yang merogol meliwat tu manusia ke setan?

i baca masa kena rogol & liwat serentak dua lelaki sekaligus tu dia pengsan banyak kali.. mcm merobek2 hati i
Quote mieymiey 28-9-2018 12:10 PM
abangadek replied at 28-9-2018 12:04 PM
i baca masa kena rogol & liwat serentak dua lelaki sekaligus tu dia pengsan banyak kali.. mcm mero ...

Yang paling setan tu boleh dia panjat pokok, landing atas pompuan tu
Quote zameyla 28-9-2018 12:10 PM
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...

ha betul...
ingat lagi kes nie.
Dia org panjat pokok, lpas tu lompat..
Girl tu tulang patah teruk kan...
Gila betul


Quote abangadek 28-9-2018 12:11 PM
mieymiey replied at 28-9-2018 12:10 PM
Yang paling setan tu boleh dia panjat pokok, landing atas pompuan tu

a'a sebab pompuan tu nyawa2 ikan lambat mati
Quote abangadek 28-9-2018 12:12 PM
zameyla replied at 28-9-2018 12:10 PM
ha betul...
ingat lagi kes nie.
Dia org panjat pokok, lpas tu lompat..

badan dia leper dorang kejekan.. Allah
Quote Foxey 28-9-2018 12:30 PM
macam romeo and juliet pulak...
Quote Foxey 28-9-2018 12:31 PM
abangadek replied at 28-9-2018 10:26 AM
kt mesia dulu ada kan kes pasangan kekasih dibunuh tanpa motif selain nk puaskan hawa nafsu boy ...

uihhh... gila kejam, dah la semata nafsu. keji sungguh orang2 yang buat tu.
Quote supernaturalee 28-9-2018 12:39 PM
honour killing

pnh tgk satu filem hindustan psl ni
lakonan anushka sharma or something nama die
NH10 tajuk filem tu





Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.191732 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top