CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Award Nak Buat Batu Nisan Pun Tak Laku" - Giliran Noorkhiriah Bersuara Isu Bayar 'Ciput'

11-10-2018 01:29 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 11608| Komen: 75|Original author: Oleh: Ain

Description: "Berat mata mandang, berat lagi bahu memikul. Bertabahlah Abang Jalil. Saya faham apa yang Abang rasa, namun saya tak kuat untuk luahkan semua."
"Berat mata mandang, berat lagi bahu memikul. Bertabahlah Abang Jalil. Saya faham apa yang Abang rasa, namun saya tak kuat untuk luahkan semua."


Pelakon Noorkhiriah berkata demikian susulan rintihan Jalil Hamid mengenai bayaran 'ciput' bagi pelakon veteran, baru-baru ini.


Kredit foto: IG Jalil Hamid




Menurut Noorkhiriah Ahmad Shapie, semua anugerah yang diterima tidak menjanjikan bayaran mahal seseorang artis, sebaliknya ia hanya bahan bukti untuk dikenang-kenang kelak.


"Anugerah tidak menjanjikan bulan bintang dan gaji yang tinggi. Anugerah itu hanyalah bukti pada anak cucu kita bahawa kita pernah menang suatu masa dahulu," ujarnya.



Tambahnya, industri kini cenderung mengutamakan artis popular dan dihimpit kontroversi.

"Industri tak pandang jerih perit kita. Industri kini andai 'kau muda, cantik boleh jual. Kontroversi berbakul, yes itu yang dibayar mahal. Bakat tolak tepi'.

"Anugerah tidak menjanjikan apa-apa, nak buat batu nisan pun tak laku," luahnya.


Kredit foto: IG Noorkhiriah

Tidak mudah menjadi seorang anak seni. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Semoga semua yang senasib Jalil dan Noorkhiriah bertabah mengharungi dugaan dalam industri. - CARI
28

Bagus
20

Marah
28

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noreen 11-10-2018 01:34 PM
so kalau rs ssh jd anak seni..jadilah anak ayah dan mak ko je khairiah...
Quote annadonna 11-10-2018 01:37 PM
Edited by annadonna at 11-10-2018 03:37 PM

Jap, aku dah sense something wrong bila ramai ramai dah bersuara. Aku nak tanya artis artis veteran yg bising ni. Korang ada berjuang mcm Aishah tak? Takde kan? Dulu waktu korang tengah laku dapat bayaran mahal, ada tak korang peduli nasib artis veteran time tu yg dapat harga murah? Takde kan? Sejak bila industri filem Malaysia hargai bakat veteran? Arwah P.Ramlee pun kena tolak tepi sebelum mati. Ada korang kisah? Ada korang perjuangkan union untuk masa depan dan kebajikan artis? Takde kan? Semua waktu tengah glamor sibuk merempan tepi kolam mandi. Bila dah tua dapat bayaran ciput barulah merintih.

Sooo senyapppp!!! Terimalah hakikatnya! Kalau nak terbela, sila berjuang. Jangan merempan kat socmed. Jalil Hamid dapat 1500 utk dua hari okaylah tu. Siapa nak bagi? Buruh kasar tunggu 2 bulan nak dapat gaji gitu.
Quote sokmogitu 11-10-2018 01:49 PM
Edited by sokmogitu at 11-10-2018 01:51 PM
annadonna replied at 11-10-2018 01:37 PM
Jap, aku dah sense something wrong bila ramai ramai dah bersuara. Aku nak tanya artis artis veteran  ...


Issue ni dah lama... masa Jalil dan Noorkhiriah (dua2 bekas pemenang ABP dan pernah ada zmn kegemilangan) tgh popular dulu takde pun diorg bersuara. So masing2 bising bila fikir perut sendiri je.

Cadangan aku Seniman dan Finas kena ambil perhatian. Seniman sepatutnya jd mcm Screen Actor Guild (kat US) yg control rate pelakon, bagi grading utk level of payment etc. Sbb apa guna semua pelakon termasuk pelakon tambahan kena bayar rm10 yuran keahlian seniman kalau grading pun x boleh control. All this while producer atau stesen TV yg tentukan rate. Kat hollywood setiap pelakon kena ada agent utk nego rate dan lobby job. Agent plak kena authorized. Diorg x simply bg rate tinggi utk pelakon yg xde pengalaman walaupun popular trending.

Berbeza kt hollywood..pelakon dilindungi oleh SAG... manakala producer ada Producer Guild, penulis skrip ada Screen Writer Guild. Masing2 main peranan dlm sistem. Sbb tu pelakon sana berebut nk diiktiraf Academy atau emmy (FFM dan ASA).

Malaysia ni terbalik...pelakon ditindas oleh producer (yes..kebanyakkannya pun bekas pelakon tp selfish) dan stesen TV (yg kaut untung besar dr iklan).

Imagine 1hr primetime kt TV boleh generate more than 500k income utk TV..tp bajet utk content hnya byr rm50-100k utk producer.
Quote laksmanabentan 11-10-2018 01:57 PM
dia pun sibuk nak menyampuk.... bingit ler akak nih....
semua isu dia nak menyampuk..
Quote ainie_1008 11-10-2018 02:26 PM
annadonna replied at 11-10-2018 01:37 PM
Jap, aku dah sense something wrong bila ramai ramai dah bersuara. Aku nak tanya artis artis veteran  ...

2 hari kerja dpt RM 1500 mmg syukur sgt..

Quote ayjay 11-10-2018 02:30 PM
Khiriah ni perempuan sejati asli ke?
Quote ayjay 11-10-2018 02:33 PM
ainie_1008: 2 hari kerja dpt RM 1500 mmg syukur sgt..



Ya.
Tapi anak saudara saya muka baru first time dpt berlakon watak 24 scene dapat rm10k. Dua minggu shoot.
So depends jugalah.
Quote ira_229 11-10-2018 02:34 PM
noreen replied at 11-10-2018 01:34 PM
so kalau rs ssh jd anak seni..jadilah anak ayah dan mak ko je khairiah...

betul tu takde yg paksa...time tengah popular dulu tak tau nak menabung...ambil peluang tengok mcm rosyam noor...patut mcm tu...!berpandangan jauh...bukan merempan klu dah sendu...rimas la dgn luahan artis2 list A...
masa duit tengah lebat belilah insurance ke....melabur hartanah ke...sekurang2 tak lah merempat bila dah sendu..
Quote Badigol 11-10-2018 02:37 PM
masing masing bersuara slps ABPBH....smua xpuas hati dgn pemenang ABP kot, lagi lagi wani yg jd BPP..msti artis veteren sikit sebanyak rs tergugat dan kecewa dgn industri skrg...nm pun artis kan..ada la pasang surutnya...xmenang award ckp fans xpndai menilai,dh menang award ckp award xlaku mcm batu nisan kubur..alahai..
Quote moonbug 11-10-2018 02:38 PM
Bakat tolak tepi tu mmg agak betul juga. Tapi nak buat macam mana, it's business after all. Yg laku boleh generate money tu lah yg dicari
Quote mizruncing 11-10-2018 02:43 PM
mslh skrg knp masing2 dah tua2 pn sebok nk berlakon lg? alahai makcik pacik atuk nenek. jgn nk samakan dgn hollywood sgt laa. korg tak blh bkak bisnes ke ape? klu dh berpuluh tahun berlakon n rasa berbakat bukak la production sdri. dah tentu korg pnya income kepuk2 kan. ni berlakon 2 hari dpt 1500 pn tak bersyukur
Quote mieymiey 11-10-2018 03:10 PM
Biasa la kak, hidup ni ibarat roda.
Kejap kita kat atas, kejap kat bawah.
Memasing ada zaman kegemilangan.
Tapi bila zaman tu dah berakhir, kena la terima hakikat.
Quote annadonna 11-10-2018 03:43 PM
sokmogitu replied at 11-10-2018 01:49 PM
Issue ni dah lama... masa Jalil dan Noorkhiriah (dua2 bekas pemenang ABP dan pernah ada zmn kege ...

Memang betul. Artis kita ni ramai tak sekolah tinggi, jadi bila tak sekolah tinggi bukan bermaksud dorang bodoh tapi dorang tak kritikal. Tak pandai argue dan tak pandai debat. Jadi bila dibagi duit oleh producer time muda muda dulu main ambik aje sebab populariti lebih penting. Sekarang ni bila dah puas dengan populariti baru nak pikir pasal duit. Memang tidaklah. Malaysian punya tv industry makin tua makin tak laku. Tapi aku masih tak puas hati Jalil Hamid merempan dua hari dapat 1500. Dia tak fikir ke jumlah tu dah cukup besar untuk kerja dua hari. Habis dia nak berapa? Orang yang ada phd pun gaji sebulan 8-10k kira pukul rata sehari dapat 300-500 ringgit aje dengan working hours pagi sampai petang and bawa balik rumah kerja. Dia dapat 1500k dua hari tak bersyukur!
Quote annadonna 11-10-2018 03:44 PM
ayjay replied at 11-10-2018 02:33 PM
Ya.
Tapi anak saudara saya muka baru first time dpt berlakon watak 24 scene dapat rm10k. Dua  ...

wah mesti anak saudaramu pelakon utama
Quote annadonna 11-10-2018 03:45 PM
ira_229 replied at 11-10-2018 02:34 PM
betul tu takde yg paksa...time tengah popular dulu tak tau nak menabung...ambil peluang tengok mcm ...

kann.. mana pelakon yang pandai tu memang pandailah buat harta. Macam rosyam. Nor Khiriah dulu elok aje kerja dgn government berenti nak jadi pelakon. Sepatutnya struggle lah lebih sikit jangan tau nak meroyan di kemudian hari
Quote nonymous 11-10-2018 04:11 PM
lama dulu pernahla tgk melodi x ingat tahun 2000 berapa, dah lama dah kot, retis veteren mengeluh susah, xada duit simpanan, xada kwsp, rumah xada, mcm2 lagilah dan Seniman antara yg aktif membantu artis yg memerlukan, rata2 yg memerlukan ni retis veteran lah, seingat iolls jarang sekali retis muda ni nak turun padang tgk permasalahan time tu dan sekarang roda berputar, norkhiriah ni termasuk pelakon yg merempan, ke dia x ingat time dia muda2 dulu pun ligat jah muka dia masuk drama tv, dedulu masa muda syok depa x ingat kot bakalan kurang job bila dah berusia, sekarang nak merempan, lain lagi yg merempan nabila huda, sharifah amani, depa x boleh terima yg skrg ni dah bukan zaman dorang lagi kot, tahun ke tahun zaman berputar kak, skrg ni zaman bbnu, tunggu 5,6 tahun bbnu tu pulak yg merempan kurang job, gaji ciput
Quote tagas 11-10-2018 04:37 PM
sape suh ko jadik retis

hujung2 merempan

tu sbb mak bapak suh blajo pepndai

da besaw leh jadik doktor loyer enginyor
Quote seri_mawr 11-10-2018 04:39 PM
Edited by seri_mawr at 11-10-2018 04:41 PM
ayjay replied at 11-10-2018 02:33 PM
Ya.
Tapi anak saudara saya muka baru first time dpt berlakon watak 24 scene dapat rm10k. Dua  ...

betul la tu....

anak saudara u...
2 minggu 10K....
jadinya sehari dlm RM714

bang jalil...
2 hari = rm1500
sehari = rm750....

tapi  klu watak bang jalil tu offer kat abam aaron aziz...lain sikit kot ratenya...hahahhaa
Quote bukan_ustazah 11-10-2018 04:42 PM
Banyak jugak duit jadi artis, kenapa iols masa dulu gigih panjat tangga ipta peluh kicap2 pergi class konon nak berjaya kan lebih helok iols pergi jadi artis 2 hari je 1500 ada kata yang popular satu episode 6-7 k.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054669 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top