CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Keracunan Laksa: 42 Kes Baharu Disahkan Berlaku - KKM

11-10-2018 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4866| Komen: 29

Description: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pertambahan 42 kes baharu dan daripada jumlah itu sebanyak 14 kes dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor setakat ini.
Semua pihak khususnya Kementerian Kesihatan wajar ambil serius berhubung kejadian keracunan makanan yang dipercayai akibat memakan laksa di sebuah gerai di Baling, Kedah baru-baru ini.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Utusan Online, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pertambahan 42 kes baharu dan daripada jumlah itu sebanyak 14 kes dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor setakat ini.

Menurut Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, siasatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mendapati ramuan laksa yang dijual di premis terbabit tiada kaitan dengan Iceberg Lettuce seperti ditularkan di media sosial.

"Sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella, dan KKM masih menunggu keputusan sampel makanan yang dianalisa."


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala keracunan, selain mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis yang bersih serta mengelakkan makanan yang basi.- CARI
6

Bagus
9

Marah
25

Terkejut
25

Sedih
31

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 11-10-2018 04:35 PM
Semua tu mmg beli laksa kat Baling tu ke? Sampai ke Sealngor peginye...
Quote umbut 11-10-2018 04:46 PM
Aku dulu pun pernah cirit birit mkn laksa pasar malam.. kuah laksa ni kena masak2 betul2 kot.. bersih2 ikan bagai tu.. lalat hinggap keracunan
Quote JohnnySins 11-10-2018 04:48 PM
kalau depa makan dengan PROCEDURE yang betui...tak mati...kata penduboq2 etis yang pandai2 dalam SAINS DAN PROCEDURE la...wakakakkakakakakkaa
Quote abas8888 11-10-2018 04:52 PM
guna ikan busuk campur ikan elok ka ni buat kuah laksa? Baling tu jauh dpd pantai..takut dapat stok ikan tak elok..
Quote jalfa 11-10-2018 04:56 PM
Pernah beli laksa kat pasar malam depa boh suratkhabar kasi pekat kuah..maybe diaorg blender kot...sebab masa mkan tu inagat tarik isi ikan rupanya suratkhabar yg x hancur...tobat x beli dah pasar malam punya laksa
Quote MrsYaya 11-10-2018 05:03 PM
jalfa replied at 11-10-2018 04:56 PM
Pernah beli laksa kat pasar malam depa boh suratkhabar kasi pekat kuah..maybe diaorg blender kot...s ...

Jahat nya..  
Quote dubuk 11-10-2018 05:19 PM
jalfa replied at 11-10-2018 04:56 PM
Pernah beli laksa kat pasar malam depa boh suratkhabar kasi pekat kuah..maybe diaorg blender kot...s ...

macam kat China buat kuih pau guna cardboard boxes

Quote sofiazara 11-10-2018 05:27 PM
salmonella
boleh jadi air tercemar, telur tak masak atau sayur mentah

boleh jadi juga makanan tu tercemar dgn taik burung/taik kucing and such
Quote hawk77 11-10-2018 05:27 PM
Apa nama gerai laksa kat Baling tuh??

Apsal tak reveal...
Quote Emperor95 11-10-2018 05:29 PM
Pencemaran laksa sudah tiba.
Quote merrissa 11-10-2018 05:29 PM
Edited by merrissa at 11-10-2018 05:31 PM

ni kes ritu lagi ek

lama tul nak test

kantoi la telur laksa x basuh....xpon ikan...

x cek bebetoi...ada sekor yg busuk tp main campak je sekali

takpon periuk, pisau dah contiminated...x basuh bebetoi...

habis lah owner...silap2 kene saman

tula jangan memain dgn makanan.....jangan kire untung je....
Quote ayjay 11-10-2018 06:41 PM
merrissa replied at 11-10-2018 05:29 PM
ni kes ritu lagi ek

lama tul nak test

Ada ke nak menyaman? Dulu kenduri sampai ada yang mati, kan? Tak saman pun.
Gerai kotor pun ramai je makan. Even kedai mamak yg viral ulat kat ayam, seminggu tutup, bila buka, ramai je orang
Quote ninja boy 11-10-2018 09:36 PM
Edited by ninja boy at 11-10-2018 09:37 PM

Mmg mknn jual2 byk x boleh percaya, pisang goreng kopok bubuh plastik, murtabak Dan laksa bubuh tisu, samosa frozen, Asam pedas Dan kuah Santan masak lemak juga bubuh tisu. Sayur2 semua sembur racun, ikan bubuh ubat. Baik korang masak sendiri rebus telur keledek ubi pun takpe
Quote beloomberk 12-10-2018 12:10 AM
Ni kes racun dari salad tu laa..
X lepas utk dieksport sbb kandungan pesticide yg sgt tggi..so ad ptani yg x bertanggjawab g jual kat local..so local gna salad utk garnishing laksa
Quote gibrana 12-10-2018 12:19 AM
kpd penjual laksa danpenjaja makanan tolongla jaga kebersihan.halal bukan  hanya babi dan arak.haram memudaratkan manusia lain.
Quote FatenZarin 12-10-2018 01:10 AM
Nk mkn laksa pun takut skrg ni
Quote kucingitam 12-10-2018 11:47 AM
mungkinkah dari laksa noodle tu sendiri..mana tau manufacturing tak bersih, guna air tercemar ke..
Quote Skuau 12-10-2018 07:44 PM
ayjay replied at 11-10-2018 06:41 PM
Ada ke nak menyaman? Dulu kenduri sampai ada yang mati, kan? Tak saman pun.
Gerai kotor pun ramai ...

tauke laksa nk saman kkm ada...la.
Quote rayray28 12-10-2018 07:54 PM
Skuau replied at 12-10-2018 07:44 PM
tauke laksa nk saman kkm ada...la.

Dia nk saman kkm lak utk isu apa?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057372 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top