CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Petah Bertutur 15 Bahasa, Remaja Penjual Cenderamata Dari Cambodia Tular Seluruh Dunia

23-11-2018 10:52 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11521| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Video seorang remaja lelaki dari Cambodia mengejutkan netizen seluruh dunia dengan kemampuannya bertutur sekurang-kurangnya 15 bahasa.
Video seorang remaja lelaki dari Cambodia mengejutkan netizen seluruh dunia dengan kemampuannya bertutur sekurang-kurangnya 15 bahasa.


Kredit foto: SCMP
Video yang menunjukkan Salik Thuch, 14, sedang menjual cenderamata di perkarangan candi Angkor Wat kini telah dilihat dan dikongsi oleh berjuta-juta penonton seluruh dunia. ‘Saya boleh bertutur bahasa Mandarin, Kantonis, Thai, Inggeris, Korea, Melayu, Filipina….’ kata Salik dalam video tersebut.


Video itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang pelancong Malaysia bernama Venus GWC sebelum tular. 

Dalam video itu, kelihatan Salik cuba memujuknya untuk membeli cenderamata daripadanya menggunakan pelbagai bahasa tanpa mengalami kesukaran.


Kredit foto: Channel News Asia
‘Beli satu cenderamata, saya akan menyanyi untuk kamu’ kata Salik dalam bahasa mandarin sebelum menyanyikan sebuah lagu. 

Menurut Salik, beberapa orang ahli keluarganya boleh bertutur bahasa asing, termasuk adik lelakinya , 11 tahun yang boleh bertutur dalam 11 bahasa asing. 

Menceritakan kerjanya Salik berkata dia dan adiknya pergi ke sekolah pada waktu pagi manakala pada waktu petang mereka membantu keluarga menjual cenderamata sekitar candi Angkor Wat. ‘Kami belajar banyak bahasa ketika bergaul dengan pelancong asing’ katanya lagi.



Ramai netizen yang terpegun dengan kebolehan Salik. Seorang pengguna Weibo mencadangkan Salik dihantar untuk bersekolah ke Beijing memandangkan Salik meluahkan keinginannya untuk ke sana. ‘Salik sangat berbakat dalam bahasa’ kata mereka lagi.

Semoga nasib Salik akan bertambah baik dengan tularnya video ini. -CARI
21

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 23-11-2018 12:05 PM
Wow. Impressive walaupun keja jalanan je. Muka pun comel menyanyi lagu cina pun sedap suara. Moga maju jaya la dik. Kalau belajar tinggi2 memang boleh pegi lagi jauh ni
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 12:10 PM
Ada bakat bahasa macam arwah Dato Mahathir Lokman
Quote myakayina 23-11-2018 12:17 PM
dengan pelancong malaysia yg viralkan heols..
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 12:22 PM
myakayina replied at 23-11-2018 12:17 PM
dengan pelancong malaysia yg viralkan heols..

Dia ni pun perlu dipuji juga sebab kalau tengok video tu dia pun pandai cakap banyak bahasa kan?
Quote chicozinn 23-11-2018 12:28 PM
bagusnya la budak ni,,smoga menjadi insan yg berjaya di masa depan ye dik..
Quote myakayina 23-11-2018 12:30 PM
Sang_Pencinta replied at 23-11-2018 12:22 PM
Dia ni pun perlu dipuji juga sebab kalau tengok video tu dia pun pandai cakap banyak bahasa kan?

ha'ah..dia ni kaki travel jgk..
Quote Megikari 23-11-2018 02:46 PM
Hebat adik salik... Kakak megi tabik spring dgn hang {:good
Quote Ferr_Remy 23-11-2018 06:52 PM
Pernah pergi angkor wat, diorg penjual cenderamata ni sesak da, suka paksa. Tp diorg asek ckp MAGANDA, MAGANDA suh aku beli trus aku lari naik jeep. Diorg igt aku Pinoys ke hape hahahaha
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 07:01 PM
Ferr_Remy replied at 23-11-2018 06:52 PM
Pernah pergi angkor wat, diorg penjual cenderamata ni sesak da, suka paksa. Tp diorg asek ckp MAGAND ...

Saya pun pernah sis. Mengekor sana sini.


Last2 aku jerit GET LOST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Masa tu entah kenapa aku tak kesian,

Now tengok kisah hidup mereka rasa menyesal pulak
Quote AmandaRollins 23-11-2018 07:33 PM
Pandai nye budak ni...wow..kesian plak tgk dia bargain ngn customer tu..n kesian tgk tumbesaran dia..kecik nye 14 thn...moga sukses dik..
Quote DennisTrillo 23-11-2018 07:40 PM
15 bahasa dia tapaww.. hmmmm xtahu nk ckp ape mau kasi tepokkkk smpi kebas
Quote drivethru 23-11-2018 07:48 PM
Umur 14 ke. Mase mula2 viral aritu, ingat kan umur baya budak2 sekolah rendah. Amoi yg viral kan tu pun cantik.
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 08:01 PM
drivethru replied at 23-11-2018 07:48 PM
Umur 14 ke. Mase mula2 viral aritu, ingat kan umur baya budak2 sekolah rendah. Amoi yg viral kan tu  ...

Rupanya 14 tahun (remaja)!


Ingatkan masih kanak-kanak sebab badan kecil sangat
Quote beautifulliar 24-11-2018 08:12 AM
Mmg byk je bebudak jalanan gini yg tau byk bahasa .Sbb dorg mmg dtg dr kluarg miskin so dr kecik dh mmg kluar mniaga bwk brg2 cenderamata ni.So mmg ari2 bjumpa ngn tourist klo dh bthun2 mmg konfem dh bljr byk bhs.Tu kelebihan dorg

Mcm kt vietnam itu ari pon ade yg viral tau byk bhs gk.Xtau mn budak tu tp mmg she kt area benh tanh market je.Cantik bdk tu.
Quote jazaa100 24-11-2018 07:12 PM
Sang_Pencinta replied at 23-11-2018 07:01 PM
Saya pun pernah sis. Mengekor sana sini.



Tak baik tau....

Klu tanak pun, ckp elok elok...
Cer bygkn klu kita jd dorang, kita buat mcm tu, nanti Allah bg anak kita ke...ank sedara kita ke org buat mcm tu, acane?....

*mood setazah jadian....
Quote Sang_Pencinta 24-11-2018 07:59 PM
jazaa100 replied at 24-11-2018 07:12 PM
Tak baik tau....

Klu tanak pun, ckp elok elok...

Ye, sekarang dah menyesal

Masa tu tengah stress kot, budak tu pun tak faham bahasa No No No...
Quote zie_indah 25-11-2018 10:55 PM
Moga berjaya adk..
Quote allysumc 26-11-2018 01:54 PM
dgr2 budak ni dh dpt biasiswa utk smbg skolah kn? thanks to the lady yg viralkn dia..mak dia pun x bagi dh dia berniaga
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 07:29 PM
Tak ada berita jonfirm lagimmengenai dia dapat biasiswa tapi hari tu ada trending nak dia dijemput show Ellen

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066797 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top