CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kualiti Teks Bahasa Melayu Ke Laut, Penganjur KLIMS 2018 Dikritik Portal Permotoran!

23-11-2018 12:39 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4074| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kualiti teks bahasa Melayu yang teruk dalam kenyataan media Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 menjadi sasaran kritikan netizen selepas ia tular di Facebook pada 22 November.

Kredit foto: Mekanika


Kualiti teks bahasa Melayu yang teruk dalam kenyataan media Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 menjadi sasaran kritikan netizen selepas ia tular di Facebook pada 22 November.

Isu itu menjadi panas apabila portal pemotoran, Mekanika memberi komen pedas dan memaparkan sebahagian petikan kenyataan berkenaan yang boleh dibaca di sini

Laporan Mekanika itu kemudian dikongsikan netizen melalui Facebook. 


Kredit foto: Portal Mekanika

Menurut Mekanika, tajuk kenyataan yang diedarkan dalam majlis perasmian KLIMS 2018 yang disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew itu dianggap kelakar.

"Adakah ini acara sukan kanak-kanak yang meriangkan? Atau pesta panjat batang pinang di kampung yang meriangkan? Atau perlumbaan basikal lajak yang riang gembira? Apa benda ni?," soal Mekanika.

Mekanika turut mendakwa ayat-ayat dalam petikan berikut tidak mencapai maksudnya dan boleh menyebabkan sesiapa yang membacanya menjadi tertekan.


Kredit foto: Portal Mekanika

Selain itu, Mekanika mempersoalkan mengapa kenyataan media tersebut menjelaskan bahawa pengunjung KLIMS 2018 boleh melihat 'basikal' di petak Art of Speed kerana yang dipamerkan sebenarnya adalah 'motosikal'.

Turut dikritik adalah perkataan 'Kilang Rusty' yang digunakan untuk menterjemahkan nama khas bagi 'Rusty Factory' iaitu garaj motosikal yang ditempah khas.


Kredit foto: Portal Mekanika

Mekanika menegaskan, mereka tidak boleh berdiam diri memandangkan kesalahan itu dilakukan oleh organisasi yang menganjurkan pameran automotif bertaraf antarabangsa dan terbesar di Malaysia.

"Ini sampai tahap memalukan Bahasa Melayu sendiri," kata Mekanika. 

Alamak, apa ni? Adakah mereka menggunakan Google Translate bulat-bulat? - CARI
25

Bagus
30

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 23-11-2018 12:43 PM
bangangnya
Quote Sang_Pencinta 23-11-2018 01:00 PM
Inilah literal translation . Translate guna mesin @ online
Quote ayjay 23-11-2018 01:18 PM
Dah tu media massa kat sana menggunakan bahasa rempit secara berleluasa. Iklan iklan pun sama. Well heck even si Mazslee tu pun ada seketika tulis caption bahasa rempit. Kena tegur kat komen.
Oh dan dia sanggup pula tu post gambar dgn that idiot apanama kipidap dongibab siap maszlee tulis bendajadah tu!
Quote saviour_09 23-11-2018 01:49 PM
bodo
art of speed & rusty factory ni banyak naik kan nama malaysia dalam kustom kulture

takde respect langsung kalo bulat2 ko google translate macam ni
tak buat homework ke?
Quote PEPPERMAN 23-11-2018 02:17 PM
Dah dulu dorang blaja di institusi mereka saja, lepas tu tinggal dan kerja pun dalam kalangan mereka. Jadi taklah pelik penguasaan bahasa mereka kurang bagus.
Quote kucingitam 23-11-2018 02:22 PM
direct copy paste google translation kah?
Quote ally9970 23-11-2018 02:37 PM
Inikan Malaysia Baru...
Quote Victorioussss 23-11-2018 07:09 PM
Belaja sekola dalam bracket. Duduk malaysia tl bahasa melayu / bahasa malaysia kelaut setakat lulus. Komsas pn cukup makan. Bile keje, company msta sepet nk pekerja mata sepet jgk. Disuruhnya buat surat dalam bm..terkontang kanting pakai google translate copy paste dan print
Quote kivio 23-11-2018 11:29 PM
Pakai google translate memang la.
Menatang tu bkn tau common noun / proper noun.
Quote 234126 24-11-2018 08:14 AM
Sakitnya hati press yg dapat press release mcm ni. Ingat semua orang boleh menulis? Tu la gunanya profession copywriter editor bagai pegi la hire yang proper. Kedekut nak save duit negara sangat gamaknya. Benda penting mcm ni wajib la spend, its about bahasa punya intergrity kot. PR yang allow this to happen sila terjun bangunan.
Quote krustykrab 24-11-2018 03:23 PM
Teruknya bahasa...
Apek jinjang mana la yg tulis...tu la org suruh belajar bm betul2 sbg rakyat msia tp degil
Quote BebeQ 26-11-2018 11:32 AM
Kalau aku jadi press, aku minta press release english. Lepas tu aku bambu la pemberi tu.
Punya la malas. Senang betul buat duit.
Quote Melorqe 26-11-2018 03:40 PM
Sejak Malaysia baru ni dah berapa kali terbaca kenyataan media dgn bahasa tunggang langgang.
Kalau tak reti buat karangan tu bagi la kat staff yang reti. nak tunjuk terer gak lagi.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049415 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top