CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecil-kecil Dah Diajar Mencuri Telefon Bimbit

28-11-2018 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 7

Description: Seorang wanita dan kanak-kanak yang tular di media sosial selepas mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telekomunikasi kini diburu polis.
Seorang wanita dan kanak-kanak yang tular di media sosial selepas mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telekomunikasi kini diburu polis.



Memetik BERNAMA, kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin, di sebuah kedai telekomunikasi di Terminal Penang Sentral, Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan selepas pekerja di premis berkenaan menyedari kehilangan sebuah telefon bimbit yang dipamerkan kepada pelanggan di atas kaunter kedai.

"Penyelia kedai itu kemudian membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan mendapati seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang tidak dikenali masuk ke kedai dan mengambil telefon bimbit berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.


Siasatan awal mendapati, terdapat tiga pekerja termasuk seorang penyelia di kedai berkenaan, namun mereka tidak menyedari kejadian berlaku.

Hasil pemeriksaan CCTV mendapati, suspek bertudung hitam dan berbaju putih serta kanak-kanak lelaki lingkungan usia 10 tahun dipercayai warga Myanmar berdasarkan warna kulit kedua-duanya.   

Menerusi rakaman itu, kanak-kanak terbabit dilihat mengambil sebuah telefon bimbit yang berada di kaunter kedai berkenaan, manakala suspek wanita memantau keadaan sekeliling.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan kedua-dua suspek di dalam rakaman CCTV berkenaan," katanya.

Menurut Noorzainy, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai suspek kepada pihak polis menerusi mana-mana balai berdekatan. - CARI
24

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 28-11-2018 10:04 AM
Cari sampai dapat. Kalau betul bukan local, kasi hantar je balik. Duduk tempat orang buat onar pulak
Quote Artemesiaa 28-11-2018 10:08 AM
Moga cepat tertangkap dengan adanya bukti dari cctv
Quote meklalala 28-11-2018 10:47 AM
aduii kecik kecik dah berani mencuri..besar besar nak jadi apa dik oi..
Quote EvieWanKenobi 28-11-2018 05:53 PM
buruk betul perangai..
Quote coco 29-11-2018 09:45 AM
sorry to say.... mungkin la tak semua... tapi majority bangsa rohingya ni sangat sangat biadap.  mintak duit ketuk ketuk cermin kereta masa stop di traffic light.  bila tak bagi dia marah marah kita plak... dalam bahasa campuran.  mmg biadap.
Quote kenarikelabu 29-11-2018 10:05 AM
coco replied at 29-11-2018 09:45 AM
sorry to say.... mungkin la tak semua... tapi majority bangsa rohingya ni sangat sangat biadap.  min ...

Undang2 kita tak tegas terhadap bangsa asing. Dengan polis pun diorg berani lawan, apa lg dgn kita org biasa ni..

Quote bangcak 29-11-2018 10:42 AM
dah beso nati rembat berbiliyon plak.
mesti ramai penyokong yg sanggup menangis gadai gelang rantai bagai nih kalu dah beso nati.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.281913 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top