CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna Jual Rumah Agamnya Pada Harga ASD7.5 Juta!

14-12-2018 10:58 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3495| Komen: 14|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Beberapa bulan lalu, peminat dikejutkan dengan berita rumah mewah milik penyanyi Rihanna, telah dipecah masuk. Individu itu dikhabarkan bermalam di rumah Rihanna selama 12 jam dengan harapan penyanyi ...
Beberapa bulan lalu, peminat dikejutkan dengan berita rumah mewah milik penyanyi Rihanna, telah dipecah masuk. Individu itu dikhabarkan bermalam di rumah Rihanna selama 12 jam dengan harapan penyanyi tersebut akan pulang ke rumah. 


Sumber foto: IG

Rihanna bagaimanapun terselamat kerana tidak pulang pada malam itu. Pembantu peribadinya menemui lelaki terbabit di rumah mewah tersebut keesokan hari sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Berikutan itu, Rihanna telah menaik taraf ciri-ciri keselamatan rumahnya demi menjamin keselamatan dirinya. 

Terkini, beliau memasukkan rumah mewahnya itu ke dalam senarai rumah untuk dijual. Harganya pula bukan calang-calang orang yang mampu, ASD7.5 juta iaitu hampir RM31.4 juta!



Rumah agam tiga tingkat milik Rihanna ini terletak di Los Angeles, California dengan keluasan 7,130 meter persegi! Jumlah kesemua bilik yang ada adalah enam buah bilik. Ia dikelilingi pemandangan semula jadi yang cukup cantik dan menyegarkan.

Rumah mewah ini mempunyai kolam renang luas, spa, pemanas api, serta pawagam mini selain beberapa bilik air luas seperti di hotel lima bintang. Rumah ini turut dilengkapi sistem kamera keselamatan pada setiap penjuru terutamanya di ruangan masuk pagar utama. 

Rihanna terdahulu pernah beberapa kali menjual kediamannya yang lain sebelum ini pada harga jutaan ringgit. Namun, kediamannya kali ini adalah yang termahal pernah didudukinya. 

Mari kita lihat selok-belok rumah Rihanna yang terletak di atas tanah seluas setengah ekar itu. 













Sumber foto: variety.com

Mewah betul kediaman Rihanna. Agak-agak siapalah pemilik bertuah yang berjaya membeli rumah beliau itu? - CARI

12

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Purpkehag

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikNano 14-12-2018 12:49 PM
Besarnya rumah tapi kalau duduk sorang xbest
Quote chicozinn 14-12-2018 02:25 PM
bestnye tringin nak ada umah camni..
Quote Spicymami 14-12-2018 02:56 PM
Ok esok i beli
Quote abangadek 14-12-2018 02:59 PM
kaya sungguh
Quote Artemesiaa 14-12-2018 03:23 PM
Cantik rumahnya
Quote armin 14-12-2018 09:39 PM
Ok2 la rumah justin bieber lg lawa sbb modern look. Rumah rihanna ada security system pun tak perasan org pecah masuk?
Quote RatuDunia94 14-12-2018 11:03 PM
Iols rasa rumah mcm ni jauh lg cantik dr rumah Alif syukri tu.. iols suka deco rumah mcm ni..
Quote liyamariska 16-12-2018 11:37 AM
serious menarik dekorasi rumah rihanna nih... cuma cam pelik tadak langsir, mungkin mmg stail camtu dekorasi rumah dia kot....  
Quote noell 16-12-2018 12:35 PM
liyamariska replied at 16-12-2018 11:37 AM
serious menarik dekorasi rumah rihanna nih... cuma cam pelik tadak langsir, mungkin mmg stail camtu  ...

aisey sis tak tgk channel hgtv ka?mmg trend kt sana nak natural light tak boh langsir2 tapi depa pakai auto blind konsep tingkap lg besaq lg baguih


kt sana panas bkn mcm kita menyengat humid kena boh langsir tebal block panas terik


Quote liyamariska 16-12-2018 12:44 PM
noell replied at 16-12-2018 12:35 PM
aisey sis tak tgk channel hgtv ka?mmg trend kt sana nak natural light tak boh langsir2 tapi depa p ...

so sis rumah ai tadak astro so tatau sgt perkembangan terkini mengenai dunia fesyen stail dekorasi bagai suma...

nk goggle pun malas...   cuma ai suka style dekorasi rumah yg simple...
Quote noell 16-12-2018 12:50 PM
liyamariska replied at 16-12-2018 12:44 PM
so sis rumah ai tadak astro so tatau sgt perkembangan terkini mengenai dunia fesyen stail dekorasi ...

i pun takdak astro sis tp ada android tvbox ooopps

kalo you suka simple deco patut u tgk european punya id...depa simple minimalist semua putih youtube jer sis


Quote liyamariska 16-12-2018 05:05 PM
noell replied at 16-12-2018 12:50 PM
i pun takdak astro sis tp ada android tvbox ooopps

kalo you suka simple deco patut u tgk euro ...

ok nnt ai pi tgk youtube euro nyer dekorasi...

thanks....
Quote nipskacang 16-12-2018 10:28 PM
Cantik nye rumah riri!
Quote hrhliana 17-12-2018 12:39 AM
xde sekuriti ke org tu blh msk tdo bgai?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.135980 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top