CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percaya Ada Pertalian Darah Dengan Puteri Diana, Wanita Tuntut Gali Kubur Untuk Buat Ujian DNA

13-12-2018 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3886| Komen: 11

Description: Seorang warga emas mengakui ada pertalian dengan mendiang Puteri Diana dan mahu melakun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikannya.
Seorang warga emas mengakui ada pertalian dengan mendiang Puteri Diana dan mahu melakun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikannya.


Kredit foto: Mail Online

Memetik The Sun, Ann Ukrainetz, 75, mendakwa, dia percaya bahawa dia adalah anak luar nikah kepada datuk Diana, Edmund Maurice Burke Roche yang merupakan Baron Fermoy keempat.


Kredit foto: mail Online

Justeru, dia menuntut untuk melakukan ujian DNA ke atas salah satu mayat bapa saudara Princess of Wales itu untuk membuktikan bahawa dia merupakan ibu saudara kepada Diana.


Ann sepanjang hidupnya sebelum ini percaya dia adalah anak perempuan kepada Charles Rudderforth, namun menyedari 'kebenaran' itu pada 1999.

Katanya, dia menemui beberapa surat cinta antara Evelyn dan Maurice, sekali gus percaya ibunya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Baron Fermoy itu.







Salah satu surat dipercayai dikirim oleh Maurice berbunyi, "Saya kesal kelahiran Ann kita menyebabkan awak sengsara. Saya juga merasainya.

"Saya terlalu sayangkan awak. Jangan risau, saya akan selalu menjaga awak," katanya.


Maurice
Kredit foto: Mail Online

Evelyn 
Kredit foto: Mail Online

Kini, Ann yang dilahirkan di Sandringham Castle, Norfolk pada 1943 menuntut untuk menggali semula kubur kembar kepada Maurice iaitu Francis bagi melakukan ujian DNA.

Menceritakan zaman kanak-kanaknya kepada Mail Online, Ann berkata ada seorang lelaki selalu meribanya dan kini dia percaya lelaki itu ialah Maurice.


Kredit foto: Mail Online

"Saya rasa pelik kenapa dia meriba saya sedangkan dia hanya seorang ejen insurans.

"Dia selalu membawa mainan dan saya ingat dia pernah membelikan saya sebuah basikal ketika ukang tahun kelahiran saya.


Kredit foto: Mail Online

"Kerabat Diraja menerima orang luar sebagai ahli keluarga mereka, manakala hak saya dinafikan sedangkan kami mempunyai pertalian darah," katanya. - CARI

10

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 13-12-2018 01:35 PM
Claim jgn x claim

btw sepupu queen Elizabeth yg terencat tu lagi kesian terus hilang dr salasilah keluarga sbb dimasukkan asylum . I saw the video n interview nurse yg jaga dorg.. Rasa sayu je
Kesian malu agaknya sbb royal ada keturunan cacat.

https://www.dailymail.co.uk/femail/article-2059831/The-Queens-hidden-cousins-They-banished-asylum-1941-left-neglected-intriguing-documentary-reveals-all.html
Quote besarkecik 13-12-2018 01:49 PM
Aku tak faham konsep keempat ke dua kelima ni. Ada sesiapa boleh bagitau aku tak
Quote buapakperut 13-12-2018 02:11 PM
Edited by buapakperut at 13-12-2018 06:13 AM
besarkecik: Aku tak faham konsep keempat ke dua kelima ni. Ada sesiapa boleh bagitau aku tak

dorang repeat guna nama firstnam dan surname sama dengan datuk ayah moyang dsb. so untuk bezakan generasi keberapa nndh berapa kali guna nama tu tambah nombor kat belakang. contoh nama rusman, anak nk nama rusman juga so jadila rusman kedua,rusman kedua malas pikir, cucu pun nama rusman ketiga. dalam kes ni baron fermoy tu gelaran kerabat irish. mungkin heols warisi gelaran tu dari moyang sebelum2nya.
Quote moonbug 13-12-2018 02:14 PM
Ramai pulak ummah UK mengaku related to royalty lately ni. Yang claim related to Sultan Perak tu apa cerita?
Quote Nonones 13-12-2018 02:46 PM
Dah tu kalau anak luar nikah datuk diana pun kenapa? nak masuk keluarga royalty tu ke? ke nak minta duit dari keluarga royalty ni? jauh ok pertalian dgn lady D.
Quote mieymiey 13-12-2018 03:17 PM
Kalau pun terbukti benda ni betul, tetiba acik ni akan jadi kerabat ker caner?
Quote armin 13-12-2018 04:08 PM
Nonones: Dah tu kalau anak luar nikah datuk diana pun kenapa? nak masuk keluarga royalty tu ke? ke nak minta duit dari keluarga royalty ni? jauh ok pertalian d ...

{:


Kan. Boleh ke korek balik kubur? Kalau terbukti salah mcm mana pulak? Dah menyusahkn org
Quote armin 13-12-2018 04:09 PM
moonbug: Ramai pulak ummah UK mengaku related to royalty lately ni. Yang claim related to Sultan Perak tu apa cerita?

Mcm dipandang sepi jah oleh kerabat2 tu
Quote Decaffeinated 13-12-2018 04:13 PM
lantak ko lah...

cuma tertarik bab ujian DNA tu ja... amik ja kuku anak Diana tak boleh ka?... mana tau kot related dengan Charles terus...



Quote giyomi 13-12-2018 06:15 PM
caantik tulisan dia
Quote chinta89 17-12-2018 11:45 AM
semua nk claim kalau mendatangkan keuntungan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054519 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top