CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Bangkai Lembu, Lelaki Ugut Bunuh Salahuddin Ayub Direman

6-12-2018 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2600| Komen: 8

Description: Seorang lelaki dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Datuk Salahuddin Ayub ditahan reman hingga Jumaat ini.
Seorang lelaki dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Datuk Salahuddin Ayub ditahan reman hingga Jumaat ini.


Foto: MalaysiaKini

Memetik Harian Metro, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menerima ugutan berkenaan di depan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar pada Ahad lalu.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Siasatan awal mendapati suspek berbuat demikian selepas berang permohonannya meminta bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.


Difahamkan, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram tiada di pejabatnya ketika kejadian berlaku. 


Foto: Sinar Harian

Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan Salahuddin tidak menyangka polis memandang serius kejadian terbabit.

“Padanya terdapat sekeping kertas mengugut bunuh saya dan laporan polis telah dibuat.

“Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Bagaimanapun, sumber MalaysiaKini berkata, punca kematian bangkai haiwan itu masih belum dikenal pasti.

"Tapi bangkai lembu itu pun kita tidak tahu, sama ada dilanggar atau dibunuh, sebab veterinar punya forensik tak keluarkan kenyataan lagi," katanya. - CARI
9

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 6-12-2018 09:08 AM
Kau dah kenapa dek? Ini kes ugut sambil reveal identiti sendiri minta kena tangkap dengan abam pulis ke dekkk? Kinky sangat kau dekkkk....
Quote aHoi83 6-12-2018 09:09 AM
Bodoh sgt macai lelain parti nk bergaduh . Sedangkan politician berbeza parti aman2 jah cium molot diluar lensa camera
Quote batmana 6-12-2018 09:47 AM
Kesian lembu tu
Quote pyropura 6-12-2018 09:50 AM
Bunuh membunuh memang amalan umno. Tengok kes arwah Datuk Taha kan
Quote miemiecha 6-12-2018 03:59 PM
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii
Quote zorrro_03 7-12-2018 08:12 AM
Apa hal nya ni.  Takkan lah sampai ugut bunuh bagai. Dah hilang rasional sgt ke rakyat akibat kekencaigan?


Moga pihak berkuasa siasat betul2.  Since YB Salehudin pun kata tidak sangka polis ambil serius kes ini.
Quote Beautifulliar. 7-12-2018 08:17 AM
miemiecha replied at 6-12-2018 03:59 PM
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii

Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg
Quote miemiecha 7-12-2018 10:27 AM
Beautifulliar. replied at 7-12-2018 08:17 AM
Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg

kan kakak.. klau langgar dek kete pun, blh lapah pastu jual ganti blik baiki kete..
sesia je ltak depan opis
xleh dpt duit
xleh wat mkn..
mati sesia lembu tuh..
tuan nye lembu sama lembu ngan lembu tuh...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068828 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top