CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Hero Berkaki 4, Sue dan Cliff Bantu Penyelamat Kesan Mangsa Runtuhan

26-3-2019 06:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2378| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Selasa lalu warga Kuching dikejutkan dengan sebuah letupan di CityONE Megamall yang mengakibatkan runtuhan sebahagian bangunan di sebuah permis yang sedang diubahsuai. Runtuhan itu mengakibatkan 3 ora ...

Sebelum ini, pada Februari warga Kuching dikejutkan dengan sebuah letupan di CityONE Megamall yang mengakibatkan runtuhan sebahagian bangunan di sebuah permis yang sedang diubahsuai. Runtuhan itu mengakibatkan 3 orang mati dan 41 lagi cedera.

 

Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat


Kepantasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan operasi dipuji oleh orang ramai, walau bagaimanapun kelibat dua hero berkaki 4 yang turut serta dilihat banyak membantu para petugas dalam mengesan lokasi di mana mangsa-mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Dipercayai bantuan dua ekor anjing terlatih ini banyak menjimatkan masa dalam menentukan lokasi mangsa-,mangsa.

 

Kredit foto: NST



Menurut maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua ekor anjing itu dinamakan Sue dan Cliff kedua-duanya baka English Springer Spaniels berasal dari United Kingdom.

 

Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat



Kedua-duanya dikatakan mempunyai kepakaran berbeza. Sue pakar dalam mengesan sumber bahan mudah terbakar manakala Cliff pula pakar mengesan mangsa. Kedua-dua anjing tersebut adalah daripada Unit Pengesan K9 yang sering terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat.


 

Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat

Dalam operasi tersebut, Sue dan Cliff berjaya membantu mengesan kebanyakan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Mengikut Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 41 mangsa yang cedera telah menerima rawatan dan 10 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital. Tiga mangsa yang terbunuh adalah O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, dari Kuching, dan Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Penang.


 

Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat

Siasatan awal polis mendapati tragedi yang berlaku pada 3.20 petang itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas di salah sebuah restoran yang sedang diubahsuai dalam kompleks membeli-belah itu. Polis mengesahkan tidak ada unsur keganasan dan jenayah yang terlibat. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih berjalan.


Kredit Foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat

Semoga hero tidak didendang, Sue & Cliff akan terus berkhidmat cemerlang bersama dengan pasukan penyelamat. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 26-3-2019 06:53 PM
{:love{:shy{:good
Quote aijinmisaki 26-3-2019 08:38 PM
Comelnya                        
Quote moonbug 26-3-2019 08:44 PM
Good job Sue and Cliff! {:childlike
Quote ikanmasin 26-3-2019 11:14 PM
oh so cute..anjing2 terlatih mmg hebat..
Quote robinmosby 26-3-2019 11:50 PM
Omg comel sungguh
Quote lee_sakura 27-3-2019 09:14 AM
alo tomeynya
Quote lee_haru 27-3-2019 09:25 AM
Pandainye..xboleh la cite pasal haiwan2...hati jd sebak....aduhai..
Quote prettyuglybabe 27-3-2019 09:59 AM
comelnya.. bestnya kalau dapat bela 1..
Quote Artemesiaa 27-3-2019 11:42 AM
Wah syabas buat keduanya comel pulak tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052036 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top