CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kesalahan Jalan Raya, Sejauh Mana Anda Boleh Dihukum?

13-12-2018 06:13 PM| Diterbitkan: nbtech78| Dilihat: 1821| Komen: 0|Original author: Oleh: zada

Description: Adakah pesalah undang-undang jalan raya boleh lari begitu sahaja?Suspek samseng mat rempit ini sebenarnya boleh disiasat di bawah seksyen 279 Kanun Keseksaan dan seksyen 336 kanun ...
Perkara biasa yang kita dengar di berita media massa apabila ada sekumpulan mat rempit ditangkap, banyak kesalahan dari segi undang undang jalan raya dan jenayah yg mereka lakukan

Dalam rencana kali ini kita akan melihat bagaimana suspek mat rempit samseng melakukan kesalahan bawah undang-undang jalan raya dan juga jenayah


Dalam kejadian yang tular beberapa minggu lepas, seorang anggota polis di laporkan telah memukul seorang lelaki.

Rupanya setelah siasatan polis selesai, hasil siasatan polis mendapati bahawa terdapat sekumpulan mat rempit sedang  menunggang motosikal secara berbahaya. Jadi polis mengikuti salah sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju dan melawan arus menghala ke sebuah restoran berhampiran. 

Pihak polis berjaya menahan penunggang dan pembonceng motosikal itu. Polis kemudian memukul mat rempit tu dan keluarkan saman kepada penunggang motosikal terbabit kerana melakukan beberapa kesalahan trafik.

Berita penuh kejadian ini adalah dari sumber Harian Metro.  

Dalam insiden ini, suspek samseng mat rempit ini disaman  kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan tiada nombor plat pada motosikal.

Di bawah ini adalah perincian undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan:


1) Saman trafik tiada lesen memandu boleh mencapai RM300 

Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 peruntukkan bahawa mana mana pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300. 


2. Menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan Lesen tamat tempoh. 

Ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit jika sabit kesalahan.

-contoh, RM140.00 jika gagal bayar 10 hari penjara bagi pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


3. Menggunakan kenderaan di atas jalanraya tanpa polisi perlindungan insuran. 

Kesalahan ni tertakluk  bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang peruntukkan hukuman denda tak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya, 

Contoh, denda sebanyak RM100.00, jika gagal bayar hukuman 5 hari penjara berserta dengan perintah gantung lesen memandu kelas D selama 12 bulan berkuatkuasa daripada tarikh perintah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Foto: Paultan

4. Tiada nombor pendaftaran kenderaan.

Ni tertakluk bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yg sudah pasti akan di saman RM100.


5. Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan memandu kenderaan secara lalai di jalanraya yang mana hukumannya adalah penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


6. Seksyen 336 Kanun Keseksaan peruntukkan kesalahan sesuatu perbuatan yang membahayakan nyawa dan keselamatan diri serta orang lain yg mana jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.

Sekiranya seseorang yg berada di jalanraya sudahpun berada dalam keadaan melakukan kesalahan undang undang jalan raya seperti mengguna kenderaan tanpa lesen, LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans, maka apabila dia berdepan dengan sekatan jalan oleh polis atau sedang diawasi polis, maka perlu lah dia serah diri.

Usahlah dia mengambil jalan lain iaitu melarikan diri dari polis. Kerana tindakan ini akan menyebabkan dia melakukan kesalahan lain pula yang dikategori sebagai jenayah bawah Kanun Keseksaan. - CARI 
4

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037944 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top