CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M, Azmin Tak Tahu Nurul Izzah Letak Jawatan

17-12-2018 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6029| Komen: 31

Description: Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang, lapor Harian Metro.
Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang, lapor Harian Metro.


Foto: Astro AWANI

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, keputusan berkenaan sudah dimaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi PKR.

Katanya, beliau mahu berkhidmat kepada rakyat tanpa terikat dengan jawatan di dalam parti.

“Saya juga tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Pusat dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan peranan saya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Pulau Pinang.

“Selepas ini, saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen yang tidak mempunyai sebarang portfolio dalan usaha untuk mereformasi kerajaan.


“Saya juga menyerahkan kepada kepemimpinan parti berhubung status saya sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu-menahu punca perletakan jawatan itu.


Foto: MalaysiaKini

"Saya tidak tahu, beliau mesti mempunyai sebabnya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai apa yang terjadi kepada PKR," katanya.

Manakala, Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR berkata, beliau akan cuba menghubungi Nurul Izzah bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya baru tahu mengenainya pagi tadi. Saya akan cuba bercakap dengannya dan memahami apa yang sebenarnya terjadi. Saya tiada apa-apa lagi nak ulas," katanya. - CARI
8

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 17-12-2018 03:27 PM
Seeloknya lah. Baguslah buat kerja cam saudara kuan chee heng. Takde jawatan apa2.
Quote wahlava 17-12-2018 03:31 PM
apa pun, penyokong parti nuart 2 kali kena jail meliwat ni dah nobatkan dia sebagai putri.

putri reformasi

bahahaha

Quote zie_indah 17-12-2018 03:35 PM
X tau nak kata dia mrjuk ngn tok det ka apa
Mybe kecewa papa di main2 kan
Hnya dia aja yg tau..huhu
Quote tipuware 17-12-2018 04:26 PM
Dia dah nampak kot permainan tun M.
Quote moonbug 17-12-2018 04:46 PM
Wahh hangat. Didn't see this one coming
Quote Malaysia.Doom 17-12-2018 04:54 PM
Dalam FB dia banyak luahan kekecewaan.

Kesian pon ada....tersepit...dia kalau boleh nak geng dengan PAS untuk tarik pengundi Melayu....hujung2 terpaksa terima Atok.
Quote bangcak 17-12-2018 04:57 PM
wahlava replied at 17-12-2018 03:31 PM
apa pun, penyokong parti nuart 2 kali kena jail meliwat ni dah nobatkan dia sebagai putri.

putri  ...

so?
keputusan dia lepas segala jawatan dan jd mp biasa tu bagus ke tak?
Quote shamsadis 17-12-2018 04:57 PM
kena lah letak jawatan, kang kena panggil nepostime pulak lapor dekat ayah dekat rumah lettew
Quote wahlava 17-12-2018 05:00 PM
bangcak replied at 17-12-2018 04:57 PM
so?
keputusan dia lepas segala jawatan dan jd mp biasa tu bagus ke tak?

bagus la tu

anak2 makin membesar, perlukan perhatian seorang ibu

ni lepas kat maid indon je, mana aci.

jangan khianat anak2 sendiri.




Quote namirulmukminin 17-12-2018 05:00 PM
Edited by namirulmukminin at 17-12-2018 05:01 PM
Malaysia.Doom replied at 17-12-2018 04:54 PM
Dalam FB dia banyak luahan kekecewaan.

Kesian pon ada....tersepit...dia kalau boleh nak geng deng ...

Padan muka bapak dia... terhegeh2 sgt duk jilat atuk msa PRU14 hri tu pasai apa? Masa PRK PD, bapak dia siap hina kutuk lagi pak lobai PAS.. Dia lupa waktu dia kena game dgn Tok Det dulu, siapa yg tolong dia... Hari ni, dia keji balik org yg penah tolong dia dan dia bekawan mesra plak dgn org yg tukang game kan dia... Hah... Tuhan tu Maha Adil... Kena la game plak skali lagi... Perancangan Allah tu lebih sempurna.. Huhuhuhuhuhu...
Quote Malaysia.Doom 17-12-2018 05:03 PM
namirulmukminin replied at 17-12-2018 05:00 PM
Padan muka bapak dia... terhegeh2 sgt duk jilat atuk msa PRU14 hri tu pasai apa? Masa PRK PD, bapa ...

Aku tak rasa Anwar ada peluang jadi PM
Quote scorpionkiki 17-12-2018 05:03 PM
Malaysia.Doom replied at 17-12-2018 04:54 PM
Dalam FB dia banyak luahan kekecewaan.

Kesian pon ada....tersepit...dia kalau boleh nak geng deng ...

Azmin nak geng dgn pas group ezah dan rafizi tak setuju kan...mcm mana pulak kata pkr nak geng dgn pas...icerd pun pkr tak kata firm tak setuju...
Quote bangcak 17-12-2018 05:03 PM
wahlava replied at 17-12-2018 05:00 PM
bagus la tu

anak2 makin membesar, perlukan perhatian seorang ibu

akhirnya...
terpancul jugak istilah 'bagus' dari uol.
ingatkan reti nak membangkang je.
Quote tobby 17-12-2018 05:03 PM
Malaysia.Doom replied at 17-12-2018 04:54 PM
Dalam FB dia banyak luahan kekecewaan.

Kesian pon ada....tersepit...dia kalau boleh nak geng deng ...


Quote tobby 17-12-2018 05:05 PM
Malaysia.Doom replied at 17-12-2018 05:03 PM
Aku tak rasa Anwar ada peluang jadi PM

tgk byk mana tun blh dpt MP lompat dari umno ..
Quote namirulmukminin 17-12-2018 05:06 PM
Malaysia.Doom replied at 17-12-2018 05:03 PM
Aku tak rasa Anwar ada peluang jadi PM

Aku pon rasa camtu gak...
Quote Malaysia.Doom 17-12-2018 05:08 PM
scorpionkiki replied at 17-12-2018 05:03 PM
Azmin nak geng dgn pas group ezah dan rafizi tak setuju kan...mcm mana pulak kata pkr nak geng dgn ...

Rasa ada artikel dulu dia Pujuk lobai sampai orang kata dia  janda bercinta ngan Tok Lobai
Quote grouper 17-12-2018 05:12 PM
Mmg bagus dia ni berani letak jawatan bukan mcm setengah2 org tu...
Quote wahlava 17-12-2018 05:21 PM
bangcak replied at 17-12-2018 05:03 PM
akhirnya...
terpancul jugak istilah 'bagus' dari uol.
ingatkan reti nak membangkang je.
...

memang aku bagus, dari dulu lagi.







Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.077627 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top