CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Duit Dalam Akaun Hilang? Ini 10 Langkah Keselamatan Perbankan Dalam Talian Yang Wajib Anda Tahu

19-12-2018 11:29 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3887| Komen: 5|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sama ada anda sekadar menyemak baki, memindahkan wang atau membuat pembayaran, perbankan internet atau online adalah cara yang pelaing mudah. Kini, hampir kesemua bank mempunyai perkhidmatan perbankan ...
Nampaknya minggu ini heboh dengan beberapa kes kehilangan wang dalam akaun di mana hampir kesemuanya melibatkan perbankan dalam talian.

Kredit foto: Buddy Loans

Sama ada anda sekadar menyemak baki, memindahkan wang atau membuat pembayaran, perbankan internet atau online adalah cara yang paling mudah. Kini, hampir kesemua bank mempunyai perkhidmatan perbankan talian dan ini memudahkan pelanggan untuk memantau kewangan masing-masing. Bagaimanapun, perbankan internet juga mempunyai risiko jika anda lalai dalam mematuhi beberapa langkah keselamatan utama.


Kredit foto: This is Money

Berikut 10 langkah keselamatan perbankan dalam talian yang mungkin berguna untuk anda.

 
1. Sentiasa Pantau Akaun

Sentiasa semak baki akaun untuk memastikan kesemua pengeluaran yang tersenarai adalah transaksi anda sendiri. Laporkan sebarang pengeluaran yang mencurigakan serta merta. Jika membuat pembelian online, pastikan jumlah yang dipotong adalah berpadanan dengan amaun yang anda luluskan. Sekiranya mendapat notifikasi SMS bagi sebarang pengeluaran yang anda tidak lakukan, jangan biarkan bertangguh lama, hubungi nombor yang tertera di belakang kad anda.

 

2. Jangan Klik Laman Akaun Melalui Email

Kredit foto: Maybank2U
Elakkan mengakses akaun melalui alamat laman web melalui email yang anda terima. Bank memang akan selalu menghantar maklumat atau promosi terkini, tetapi anda tidak perlu mengakses akaun melalui email kerana banyak scammer kini akan meniru email bank tersebut dan menghantar promosi link palsu (phishing) untuk mencuri kata nama dan kata kunci anda. Ketahuilah bahawa bank tidak akan meminta kedua maklumat ini melalui email.


3. Guna Kombinasi Password Kuat dan Ditukar Selalu


Kredit foto: Reddit
Gunakan password yang mempunyai kombinasi kuat, gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan huruf serta simbol seperti !@#$%^. Elakkan menggunakan perkataan atau frasa yang mempunyai nama anda, huruf singkatan atau tarikh lahir. Kerap menukar password adalah amalan yang baik. Jangan tulis password dalam telefon atau kertas, lebih baik anda ingat password tersebut. Sesetengah bank juga menghendaki anda mengenalpasti gambar pengenalan dan soalan lanjutan untuk keselamatan.


4. Akses Akaun Dari Talian Selamat

Elakkan mengakses akaun bank anda dari talian internet atau wifi umum atau tidak diketahui pemiliknya kerana talian ini mungkin tidak mempunyai lapisan keselamatan. Contoh talian yang perlu dielakkan untuk perbankan internet adalah wifi lapangan terbang, kedai kopi atau hotel kerana maklumat yang anda serahkan mungkin boleh digodam oleh seseorang.


5. Perlindungan Antivirus

Pastikan gajet atau komputer anda mempunyai perlindungan antivirus yang selalu dikemaskini dengan update terkini. Selalu scan komputer atau gajet anda. Sekiranya anda syaki sistem mungkin dijangkiti virus, elakkan menggunakannya untuk perbankan. Jangan muat turun aplikasi perbankan sembarangan kerana banyak di antara aplikasi ini adalah palsu dan meniru logo bank untuk mencuri username dan password anda.


6. Pastikan ‘Encryption’ Talian

 
Kredit Foto: YouTube
Encryption adalah program atau kod internet yang dibuat untuk memastikan hanya pengguna sah boleh memasuki laman web tersebut. Sebelum logi ke laman web bank, pastikan ada ikon mangga kecil di browser anda. URL juga perlu bermula dengan ‘https’. Kedua-dua ikon dan URL ini menunjukkan anda sedang mengakses talian yang mempunyai encryption.

 
7. Akaun Dangan Beberapa Tahap Keselamatan

Pastikan anda simpan duit di beberapa akaun dengan kegunaan berbeza dan tidak perlu kesemuanya ada perkhidmatan online. Gunakan sebuah akaun khas untuk membeli-belah dan urusan online yang boleh di top-up. Akaun yang sesuai untuk urusan ini mestilah mempunyai beberapa tahap keselamatan contohnya; password, imej, kata kunci dan nombor type allocation code (TAC). Jangan layan sekiranya ada orang yang menghubungi anda dan meminta nombor TAC kerana kemungkinan ini adalah penipuan.


8. Selalu Log Out Selepas Urusan

Jadikan amalan untuk selalu log keluar daripada laman web walaupun anda menggunakan komputer peribadi atau telefon sendiri. Ini boleh mengurangkan risiko akaun anda kena hijack atau menjadi mangsa penggodam. Selain daripada itu, anda digalakkan untuk memadamkan cache selepas  sesuatu urusan dalam talian.

 
9. Perkhidmatan Notifikasi Mencurigakan

Sesetengah bank mempunyai perkhidmatan notifikasi email atau SMS jika terdapat aktiviti yang mencurigakan dalam akaun. Tanya bank anda jika perkhidmatan ini ada. Setkan jumlah atau limit di mana anda akan menerima makluman jika pengeluaran melebihi nilai ini. Perkhidmatan seperti ini akan dapat mengenalpasti sebarang penipuan atau pengeluaran yang anda tidak luluskan.


10. Elakkan Hilang Handphone

Nampak senang tetapi inilah yang selalu terjadi. Malang tidak berbau jika anda kehilangan telefon bimbit dan ianya tidak mempunyai kunci skrin. Sudah jatuh ditimpa tangga jika segala maklumat perbankan anda ada di dalamnya. Sekiranya ini terjadi, segeralah meklumkan kepada pihak bank untuk membekukan pengeluaran buat sementara waktu sehingga anda membuat penggantian.

Diharapkan perkongsian 10 tips ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan kerana takutkan wang anda dicuri, anda kembali menabung di bawah bantal.  -CARI
5

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 19-12-2018 11:51 AM



Quote Sang_Pencinta 19-12-2018 11:51 AM


Quote Artemesiaa 19-12-2018 04:11 PM
Info berguna buat yang belum tahu mengenainya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075294 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top