CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 5 Sebab Kenapa Orang Luar Jatuh Cinta Dengan Makanan Malaysia

28-12-2018 05:26 PM| Diterbitkan: Ambiossa| Dilihat: 9791| Komen: 34

Description: Malaysia terkenal sebagai satu destinasi yang menawarkan kepelbagaian budaya, flora dan fauna. Namun, apa yang selalu meninggalkan kesan yang positif bagi pelancong luar adalah makanan yang dihidangka ...
Malaysia terkenal sebagai satu destinasi yang menawarkan kepelbagaian budaya, flora dan fauna. Namun, apa yang selalu meninggalkan kesan yang positif bagi pelancong luar adalah makanan yang dihidangkan di negara ini. Oleh itu, penulis ingin mengetengahkan beberapa sebab kenapa orang luar jatuh cinta dengan makanan Malaysia.


1. KEPELBAGAIAN DALAM CITARASA

Apa akan jadi jika sebuah negara itu didiami oleh masyarakat yang terdiri pelbagai kaum, pelbagai budaya dan citarasa? - PESTA MAKANAN! Kepelbagaian ini pastinya menjadi daya tarikan kepada orang luar untuk jatuh cinta dengan makanan kita. 

Pilihan makanan yang berwarna-warni ini juga membawa simbolik betapa indahnya perpaduan masyarakat di negara ini.



2. MUDAH DIPEROLEH

Nak makan apa? Semua ada, bang. Ungkapan itu cukup untuk menggambarkan bahawa makanan di negara ini mudah diperoleh pada setiap masa dan ketika. Masyarakat kita makan pada setiap masa. Restoran mamak 24 jam, pasar malam, gerai-gerai makanan tidak pernah menghampakan perut yang sedang lapar. Pergi sahaja ke kedai dan order atau kalau kita malas juga, food delivery sedia memberi perkhidmatan sehingga ke depan pintu rumah. 

Untung kita jadi orang Malaysia. Banyak sangat pilihan makanan sampaikan soalan 'Nak makan kat mana' boleh jadi subjek perbincangan yang amat panjang.


3. SEDAP WEI!

Sejak zaman berzaman gagasan kepulauan Nusantara terkenal dengan rempah ratusnya. Baik untuk pengawetan makanan dan juga penyedap makanan. Bak kata orang, makanan Malaysia ni kaya dengan rasa. Seperti kehidupan kita, makanan Malaysia juga cukup rasa manisnya, pedasnya, masamnya dan pahitnya. 

Sedap wei! Kalau tak sedap, takkanlah chef terkemuka, mendiang Anthony Bourdain gelar laksa Sarawak sebagai 'breakfast of the Gods'.


Foto: Carian internet

4. 'FOOD IS OUR PASSION'

Pagi sebelum keluar rumah kita 'minum pagi', sampai ofis kita 'sarapan', tengah hari kita 'lunch', petang sikit kita 'tea time', malam kita 'dinner' dan tengah malam kita 'ngeteh'. Pendek kata kita di Malaysia memang suka makan. Ada je mana-mana restoran baru buka jual makanan pelik-pelik, mesti 'fullhouse'. Sebab apa? Food is our passion. 

Tak kisahlah jauh ceruk mana makanan itu, dekat tengah laut sekali pun, kalau sedap dan viral, beratur jugak orang nak beli.


Foto: Cuti.my

5. KEBERSIHAN TERJAMIN

Kebanyakan penjualan makanan di Malaysia menitikberatkan kebersihan. Memanglah ada juga penjual yang kita dengar kurang bersih, tetapi ia masih terkawal dengan pemantauan pihak berkuasa. Orang kita juga peka dalam isu kebersihan ini. Yelah, nak masuk dalam mulut kita kan makanan tu? Sebab itu, kalau ada kes-kes kedai tidak bersih, terus viral je. Tutup terus. 

Selain itu, kita juga terkenal dengan makanan halal. Lebih-lebih lagi, pensijilan halal Malaysia antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. - CARI 
13

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 28-12-2018 07:10 PM
Klu i pegi ke hujung dunia sekalipun makanan Malaysia tetap di hati.  
Quote Orix 28-12-2018 07:21 PM
Iols ok jah. Makanan thai sedap makanan korea sedap makanan itali sedap makanan Indon makanan Vietnam sedap makanan jepun sedap semua ku ngappppp semua sedapppp
Quote intanumbrella 28-12-2018 08:29 PM
Spicymami: Klu i pegi ke hujung dunia sekalipun makanan Malaysia tetap di hati.

Samala...pergila ceruk mana sekali pun..malaysia bab2 fnb ni mmg no 1...
Quote HannahMontana 28-12-2018 08:29 PM
aku xberapa suka makan nasi tetapi aku makan lauk-pauk  Melayu , masakan mee-meean ,keow teow,laksa kadang2 boleh lah aku xsuka air ikan ...
Quote Orix 28-12-2018 08:35 PM
HannahMontana replied at 28-12-2018 08:30 PM
ko spesis babi



Jgan lupa dtg konsert tokti tawww

Utk tak off topic, chuols pernah makan babi tak ? #tanyaje
Quote HannahMontana 28-12-2018 08:38 PM
Orix replied at 28-12-2018 08:35 PM
Jgan lupa dtg konsert tokti tawww

Utk tak off topic, chuols pernah makan babi tak ?  #tany ...


buang masa ,suara  uzur tanda2 nazak

babi aku xmakan....tapi ko makan kan.
Quote friedfishsoup 28-12-2018 08:44 PM
HannahMontana replied at 28-12-2018 08:30 PM
ko spesis babi



Jgn personal attack please. Thank you
Quote HannahMontana 28-12-2018 08:47 PM
friedfishsoup replied at 28-12-2018 08:44 PM
Jgn personal attack please. Thank you

OK ..........................tq
Quote idakamaruddin 28-12-2018 09:12 PM
aku suka makanan x kira negara mana sume aku lantak.. tp ujung2 cari nasi ngn budu hahahahaa
Quote harmerz01 28-12-2018 11:01 PM
Tahan seminggu je ....lepas tu mesti Cari makan Malaysia.
Quote moonbug 28-12-2018 11:45 PM
Alaa teringin kuey teow pulak tengok gambar tu {:childlike
Quote hussaini4675 29-12-2018 12:28 AM
Yang penting halal
Quote cmf_jeangrey 29-12-2018 08:03 AM
Point last tu x relevan. Patut masukkan harga murah sbb mkn kt luar mmg murah pun. Lagi2 senang cari makanan halal kt msia ni
Quote LautBiru52 29-12-2018 09:25 AM
Yang paling penting nasi la bagi aku. Cukup la 2 hari tak jumpa nasi. Mau kemurungan aku
Quote Elle_mujigae 29-12-2018 02:35 PM
Sate..nasi lemak ayam rendang..nasi beriani...nasi ayam....ikan goreng...sayur campur...sambal belacan..sedapnya!
Quote pinguin 29-12-2018 05:26 PM
Nyum nyum nk makan apa je ada sedap sedap
Quote purpledesire 29-12-2018 06:38 PM
Roti canai sedap tp tak boleh mkn selalu / kuantiti banyak..sbb kalori dia tinggi..huhuu
Quote esbok 29-12-2018 09:45 PM
Pegi memana pun. Aku puji lah makanan orang malaysia. Cukup garam cukup pedas cukup manis.
Quote esbok 29-12-2018 09:45 PM
Pegi memana pun. Aku puji lah makanan orang malaysia. Cukup garam cukup pedas cukup manis.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046487 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top