CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asal Usul Masakan Alam Melayu Nusantara

17-1-2019 04:25 PM| Diterbitkan: rantaikendoq| Dilihat: 11277| Komen: 53|Original author: Oleh: rantaikendoq

Description: Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masak ...


Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti dan pengaruh yang dibawa dari negara-negara tersebut.


Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putihuntuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. 


Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan. Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi,makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain diAsia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu,biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat.



Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai rice bowl of Malaysia. 


Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

 

Foto: Carian internet

Kita masih menggemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung.  


Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.


Pada artikel kali ini penulis tidak lupa untuk selitkan juga sebahagian dari makanan tradisi orang kita buat pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. 


Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminati.- CARI 

12

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 17-1-2019 05:17 PM
Lapar weh tengok gambar tuuuu
Quote rantaikendoq 17-1-2019 05:30 PM
sedappp lazatttt
Quote epis 17-1-2019 05:46 PM
Santan mmg memainkan peranan dalam masakan melayu.. dari nasi, kuah, sampai ke kuih muih mesti letak santan~~ tu la keistimewaan masakan melayu..
Quote Artemesiaa 17-1-2019 05:52 PM
Walau datang dari daerah yang berbeza tapi bahan asasnya tetap sama yang beza cara menyedia dan memasaknya
Quote rantaikendoq 17-1-2019 05:54 PM
epis replied at 17-1-2019 05:46 PM
Santan mmg memainkan peranan dalam masakan melayu.. dari nasi, kuah, sampai ke kuih muih mesti letak ...

YES, MELAYU BYK GUNAPAKAI RESEPI2 DIZAMAN SILAM UTK KESEDAPAN LAZAT HIDANGAN

KAWAN SAYA PENAH BELAJAR MASAKAN MELAYU SELAMA 1 TAHUN DGN ORGTUA SENDIRI DEMI MEMAHAMI MASAKAN MELAYU
DLM BYK2 MASAKAN DUNIA, DIA KATA MASAKAN MELAYU PALING SUKAR DIKUASAI
SBB MASAKAN MELAYU BYK PAKAI HATI...BUH GULA GARAM LENGKUAS HALIA...SEMUA MAIN LEMPAR JE
TAPI MASAKAN SEMUA MAIN AGAK PAKAI HATI
XDE SUKATAN KHUSUS, DIA KATA MASAKAN BARAT PON XSESUSAH MELAYU
TAMBAH NAK MASAK PERAPAN KURMA KAMBING LA...FUHH
RENDANG...MMM HEBAT MASAKAN MELAYU
TAPI MASAKAN MELAYU MURTAD MMG XLEH MAKAN LA, HAHAHA
Quote kaklong32 17-1-2019 06:17 PM
epis replied at 17-1-2019 05:46 PM
Santan mmg memainkan peranan dalam masakan melayu.. dari nasi, kuah, sampai ke kuih muih mesti letak ...

btol2 santan mmg penyedap mknn
Quote allysumc 17-1-2019 09:05 PM
Cant live without rice.. Aku mkn nasi sekurg2 nye 3x sehari kot
Quote pokaibanktokyo 18-1-2019 07:22 AM
Asal usul melayu adalah semenanjung tanah melayu
Quote rantaikendoq 18-1-2019 09:28 AM
pokaibanktokyo replied at 18-1-2019 07:22 AM
Asal usul melayu adalah semenanjung tanah melayu

melayu bukan sekadar di tanah melayugugusan melayu itu meluas sekali dari sempadan china kemboja hingga ke papua new guinea...
Quote akujoe001 18-1-2019 10:00 AM
Ikan bakaq oiitt.. cicah ayaq asam bak hang...
Quote encikWawad 18-1-2019 10:00 AM
Asal usul masakan melayu semua dari indon lah #doneclaim
Quote pokaibanktokyo 18-1-2019 10:06 AM
rantaikendoq replied at 18-1-2019 01:28 AM
melayu bukan sekadar di tanah melayugugusan melayu itu meluas sekali dari sempadan china kemboja h ...

Kemboja, papua adalah bukan melayu sama sekali. Jika guna takrif paling longgar pun melayu raya hanya boleh merangkumi indon serta filipina saja selain melayu jati
Quote rantaikendoq 18-1-2019 12:11 PM
pokaibanktokyo replied at 18-1-2019 10:06 AM
Kemboja, papua adalah bukan melayu sama sekali. Jika guna takrif paling longgar pun melayu raya ha ...



kemboja adalah melayu
sila google sejarah bab permulaan dakwah islam sejak zaman wali songo..
dalam sejarah sulalatus salatin itu merekodkan nusantara melayu itu tersangat luas
jgn jadikan teks sekolah sbg sukatan nusantara melayu kamu yer
Quote rantaikendoq 18-1-2019 12:12 PM
akujoe001 replied at 18-1-2019 10:00 AM
Ikan bakaq oiitt.. cicah ayaq asam bak hang...

org kedah ka, hehe
Quote rantaikendoq 18-1-2019 12:15 PM
Empayar 
Melayu Funan

Funan merupakan sebuah kerajaan Melayu yang hebat dan wujud di utara benua Sunda yang sekarang ini dikenali sebagai Kemboja meliputi wilayah Champa di kanan dan wilayah Siam di kiri.

Empayar ini dikesan daripada catatan-catatan China sekitar tahun 221 hingga 280 tahun Masihi mempunyai hubungan dagang hingga ke Rom dan Yunani dan lenyap pada abad ke-7 Masihi.

Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong, Lembah Chao Phraya, Semenanjung Tanah Melayu dan ibu kotanya adalah Wijayapura dekat Bukit Ba Phnom.

Rekod Dinasti Chin menyebut lebar wilayah Funan adalah dari Champa, Kemboja dan Siam hingga separuh Semenanjung Tanah Melayu dengan mempunyai kota-kota dan kawasan kediaman.

Melayu kuno ini merupakan ahli pelayaran yang mahir yang mana mereka telah menguasai pasaran di perairan Asia Tenggara bersama raja-raja Melayu yang menguasai perdagangan di rantau itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidi ... 37829#ixzz5cvfyLDpA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote ninjago 18-1-2019 02:26 PM
lapar trus tgk gambar2 tu
Quote pokaibanktokyo 18-1-2019 04:01 PM
rantaikendoq replied at 18-1-2019 04:11 AM
kemboja adalah melayu
sila google sejarah bab permulaan dakwah islam sejak zaman wali songo.. ...

Anda sudah tertipu . Lain kali jangan mudah percaya dakwaan sembarangan. Di kemboja hanya etnik cham saja boleh dianggap melayu
Quote arm_band 18-1-2019 08:26 PM
wow tengah-tengah bulan ni pulak nampak masakan sedap-sedap
Quote rantaikendoq 18-1-2019 10:56 PM
kata tadi xde melayu di kemboja lepas tu cakap pusing ade pula etnik melayu, kahkah...adoi kasihan si pening

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.381526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top