CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Katerer Buat Hal, Pengantin Makan Kek Polisterin Di Majlis Kahwin

7-1-2019 12:56 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9214| Komen: 46|Original author: Oleh: Intan

Description: Akibat ditipu katering perkahwinan, pengantin makan kek polisterin di hari berbahagia
Rasanya, kesemua bakal pengantin yang akan melangsungkan perkawinan mengimpikan majlis mereka berjalan lancar. Ribuan ringgit dihabiskan dari segi pakaian, dandanan serta makanan yang akan dihidangkan kepada tetamu.

Namun, ada juga yang sudah jatuh ditimpa tangga pada hari perkahwinan mereka. Sudahlah habis ribuan ringgit, katering pula rupanya penipu besar. Inilah yang terjadi pada pasangan Shine Tamayo dan Jhon Chen dari Filipina  yang telah membayar hampir 40,000 pesos (bersamaan RM4 ribu) kepada pihak katerer untuk menyediakan dekorasi, makanan dan juga kek pada hari berbahagia mereka.

Setelah selesai majlis di gereja, majlis resepsi yang sepatutnya diadakan selepas upacara perkahwinan itu bertukar tragedi apabila pihak katerer tidak menyediakan makanan kepada tetamu malah kek perkahwinan rupanya diperbuat daripada polisterin yang disaluti icing pada bahagian luar. Sadis!



Akhirnya, pengantin sendiri terpaksa membeli mee, nasi dan makanan lain yang dijual di restoran berhampiran untuk para tetamu yang hadir. Sudahlah letih menyediakan sendiri hidangan kepada tetamu, apa yang terjadi selepas itu mengecewakan lagi pengantin ketika upacara potong kek. Kek dua tingkat rupanya hanya sebuah polisterin dan hanya bahagian atas kek boleh dimakan. 


Pengantin perempuan berasa sangat malu sehinggakan para tetamu sendiri membawanya dan katerer tersebut ke balai polis berdekatan. Katerer tersebut ditahan polis untuk siasatan.
10

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-1-2019 01:05 PM
Bukan kat tanah air je ada caterer penipu kat negara jiran pun ada species ni juga
Quote RatuDunia94 7-1-2019 01:07 PM
Ya ampunn..species mcm ni pon ada..
Quote BoLapciOus 7-1-2019 01:08 PM
Punyala buruk kek..
Quote onexox97 7-1-2019 01:11 PM
Bukan org Melayu je Gini rupanya
Quote Manjahati 7-1-2019 01:15 PM
Kesiannya pengantin n fmly...
Quote buapakperut 7-1-2019 01:18 PM
kek tu dahla huduh dan tak mnyelerakan. macam kek Halloween
Quote bulan_gerhana 7-1-2019 01:20 PM
tapi setahu aku kalo kat hotel yang kek bertingkek2 tu memang la polisterin.. yg tang depa potong tu berlakon je potong.. sbb citu je yg ade kesan potong dgn pisau yg panjang mcm pedang... cuma 1 layer je yg kek betul...

tapi ni dulu la.. bukan zaman sekarang la...
Quote zorrro_03 7-1-2019 01:23 PM
cilanat punya...  polistrine tu bahaya ngokkk..  
Quote fatinandreanna 7-1-2019 01:25 PM
Kesian pengantin ni. Nasib baik ada cash in hand utk beli mknn kt nearby restaurant bagi guest makan. Kek pn palsu. Nampak benar caterer ni nk menipu. Ni caterer dpt job dr fb ke?
Quote mas79 7-1-2019 01:39 PM
Sadis la rupa kek tu..
Quote nhazlin 7-1-2019 01:45 PM
gila kejam caterer nya! tak agak2 bagi kek polisterin!
Quote goss79 7-1-2019 01:47 PM
jahatnya pedajal org tgh kenduri...
Quote zulka 7-1-2019 01:53 PM
bhahaha..kaw2 punya kena kencing
Quote famri7 7-1-2019 01:58 PM
Motif acik caterer menangis mcm baru lepas kena rogol?
Quote mieymiey 7-1-2019 02:01 PM
Cousin iols haritu kek kahwin 7 tingkat.
Tapi tingkat paling bawah tu jer la yang real.
6 tingkat kat atas tu perhiasan (polisterin) jer.
Quote alesandra 7-1-2019 02:02 PM
bukan ke wedding cake selalunya mcm neh..kek 2 tingkat yg real hanya sebijik.yg lelaian lebat fondant je.tapi rupa  kek tu mmg sedehh la
Quote sheila_cojjee 7-1-2019 02:05 PM
adoiii sedeh tul
Quote lasagnaklcc 7-1-2019 02:13 PM
Penah pegi wedding bdk2 ke depan nak cake tapi pengantin keras buat taktau. Sian plak tgk. Yg cake betul just sepotong kecik utk diorg suap menyuap tu je. Cake cantik2 dummy je.

Tapi yg kes pinoy ni dgn makanan katering pon takde.


Quote Orgkgdukobesi 7-1-2019 02:23 PM
Kesian pengantin....dapat kejadian camni dihari besar mereka

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.216792 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top