CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Culik Dapat RM1 Juta Ganjaran Dijanjikan Kerana Selamatkan Diri Sendiri

27-2-2019 10:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3619| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Susulan kes pembunuhan keluarga Closs dan penculikan anak gadis mereka yang menghebohkan Amerika Syarikat tahun lalu, beberapa pihak seperti Hormel Food telah menawarkan ganjaran ASD25,000 (RM1 Juta) ...
Susulan kes pembunuhan keluarga Closs dan penculikan anak gadis mereka yang menghebohkan Amerika Syarikat tahun lalu, beberapa pihak seperti Hormel Food telah menawarkan ganjaran ASD250,000 (RM1 Juta) untuk sebarang maklumat yang dapat membantu polis menyelamatkan Jayme Closs, 13.



Kredit foto: Rolling Stone

Gadis itu diculik seorang lelaki di rumah mereka di Barron, Wisconsin selepas kedua ibu bapanya dibunuh dengan kejam pada 15 Oktober 2018. 

Tiga bulan dalam tawanan, pada 10 Januari 2019, Jayme berjaya melarikan diri dari rumah penculiknya sebelum meminta bantuan polis.


Kredit foto: WQOW

Memberitahu polis, Jayme berkata penculiknya mengurung beliau sepanjang masa dan apabila lelaki itu keluar rumah, mangsa diarahkan berkurung di bawah katil yang dihimpit dan dihalang dengan objek berat. 

Bagaimanapun, mangsa berjaya menolak objek itu dan merangkak keluar.


Kredit foto: Carian Google

Jayme kemudiannya melarikan diri dari rumah penculiknya sehingga terserempak dengan seorang wanita bernama Jeanne Nutter yang sedang bersiar-siar dengan anjingnya sebelum membawa gadis itu ke rumah berdekatan untuk membuat panggilan kecemasan.


Kredit foto: WSAW

Kedua ibu bapa Jayme bekerja dengan syarikat Jennie-O milik Hormel Food yang menawarkan ganjaran ASD25,000 (RM1 Juta) menyamai jumlah ganjaran yang ditawarkan oleh FBI. 

Jim Snee, CEO Hormel Food berkata, ganjaran itu kini milik Jayme kerana beliau berjaya menyelamatkan dirinya sendiri. Beliau berharap ianya akan digunakan untuk tabung pendidikan Jayme.

Bagaimanapun, menurut Buzzfeed, pihak FBI yang turut menawarkan jumlah sama tidak memberitahu sama ada mereka akan memberikan ganjaran tersebut kepada Jayme atas sebab-sebab privasi.

Penculik Jayme, Jake Petterson, 21, yang kini sudah diberkas polis bakal berdepan dengan tuduhan membunuh dan menculik. - CARI
5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VirginLady 27-2-2019 10:42 AM
pening ni, kata parents kena bunuh..

habis tu siapa pulak yg offer sejuta tu
Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 10:44 AM
VirginLady replied at 27-2-2019 10:42 AM
pening ni, kata parents kena bunuh..

habis tu siapa pulak yg offer sejuta tu

Yang offer sejuta tu

1. Kompeni majikan kepada parents
2. Polis / pihak berkuasa
Quote pearl.silver 27-2-2019 10:48 AM
Mai pindah malaysia, terus jd jutawan.. Kt sana sikit je nilai nye..
Quote Kurex 27-2-2019 10:53 AM
Saikonya pencolek
Quote lkick2113 27-2-2019 10:56 AM
tang mana 25K USD jadi sejuta, cuba kawan2 kalikan 25K dengan 4.2 jadi sejuta ke??
Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 10:58 AM
lkick2113 replied at 27-2-2019 10:56 AM
tang mana 25K USD jadi sejuta, cuba kawan2 kalikan 25K dengan 4.2 jadi sejuta ke??

250k tu typo
Quote taji2906 27-2-2019 10:59 AM
25k usd baru 100k myr... mana plak sejuta?
Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 11:00 AM
taji2906 replied at 27-2-2019 10:59 AM
25k usd baru 100k myr... mana plak sejuta?

250k tu typo
Quote CiliPadiSedap 27-2-2019 11:19 AM
jangan tiru nobita salah titik perpuluhan ok
Quote mieymiey 27-2-2019 11:27 AM
Mungkin Jayme nak kasi sikit duit pada Jeanne Nutter.
Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 11:28 AM
mieymiey replied at 27-2-2019 11:27 AM
Mungkin Jayme nak kasi sikit duit pada Jeanne Nutter.

Harap dia kasi lah

Sebab macik tu pun ada peranan jugak kan?
Quote misc 27-2-2019 11:32 AM
Kesian budak ni. Walaupun dpt sejuta tapi parents meninggal.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061326 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top