CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Campur Urusan Perceraian, Wanita 'Diparang' Adik Ipar

26-2-2019 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3278| Komen: 18

Description: Seorang wanita direman selepas menetak kakak iparnya dengan parang kerana berang mangsa campur tangan urusan perceraiannya.
Seorang wanita direman selepas menetak kakak iparnya dengan parang kerana berang mangsa campur tangan urusan perceraiannya.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di Balai Raya Kampung Talantang 2, Kota Marudu, jam 11.04 pagi semalam, di mana mangsa yang juga seorang petani berusia 57 tahun patah lengan kanan selain luka di siku.



Gambar Hiasan

Difahamkan, suspek yang baru pulang dari kebun getahnya berang apabila melihat kakak iparnya berada di dalam balai raya berkenaan.

“Sebaik tiba di balai raya, suspek melihat kakak iparnya sedang duduk di kerusi, lalu menghampiri mangsa dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

“Suspek yang dalam keadaan marah kemudian mengeluarkan sebilah parang, lalu melibasnya ke arah mangsa sebanyak dua kali,” kata Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah.

Mangsa yang mengalami luka di bahagian siku dan lengan kiri akibat cuba menghalang libasan itu dibawa ke Klinik Tandek sebelum dirujuk ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati kerana mangsa sering mengganggu proses perceraian suspek

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan senjata yang digunakan iaitu sebilah parang turut dirampas,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja menggunakan parang. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 26-2-2019 05:45 PM
In law from hell
Quote MissCarcosa9753 26-2-2019 05:53 PM
Kejam dan Zalim
Quote YBlava 26-2-2019 05:56 PM
lain kali jgn campur hal rumahtangga orang

Quote prettyuglybabe 26-2-2019 06:31 PM
selayaknya la kena parang..
Quote LautBiru52 26-2-2019 06:59 PM
Orang lain yg nak bercerai ko pulak yg menyibuk. Kan dah kena parang
Quote nafham 26-2-2019 07:01 PM
Ni mesti spesis batu api duk buruk2an ipar smp dorang cerai berai. Selayaknya tu. Nasib baik x putus tangan kena libas
Quote jazaa100 26-2-2019 07:17 PM
Edited by jazaa100 at 26-2-2019 07:18 PM

Bercerai je lah.....nk berparang parang pulakkk....

buat pe nk pertahankn sgt....dah lah balik dari menoreh....yg laki ntah ntah bewak dok kedai kopi memanjang.....lain le klu balik dari beli beg LV, tetiba nk kena cerai.....
Quote buapakperut 26-2-2019 07:21 PM
lain kali jangan sibuk hal rumah tangga orang. tu la akibatnya
Quote misc 26-2-2019 07:21 PM
Tu lah, jgn menyibuk rumahtangga org. Kan mendapat. Anyway takziah lah. Mesti sakit kena parang.
Quote syidasaleh 26-2-2019 08:32 PM
Baru nak komen dlm balai polis pun bwk parang.sekali balai raya la. Kenapa mangsa masuk campur. Adik dia diapa2 kan ke
Quote felinecat 27-2-2019 07:18 AM
syidasaleh replied at 26-2-2019 08:32 PM
Baru nak komen dlm balai polis pun bwk parang.sekali balai raya la. Kenapa mangsa masuk campur. Adik ...

adik mangsa of course la laki suspek kan.ntah2 mangsa tu batu api, padan muka mendapat. dah tua2 nak bercerai ad sbb besar la tu
Quote paz 27-2-2019 07:23 AM
Inilah konsep, kerana mulut badan binasa,
Quote Syd 27-2-2019 07:44 AM
Yang ditetak ni mmg seswai 2.puak.

1. Yang menyibuk gelenyar ngan laki org
2. Yang menyibuk hal rumah tangga orang
Quote farlis 27-2-2019 11:04 AM
Tak memasal kena tetak.
Quote Artemesiaa 27-2-2019 11:12 AM
Moga jadi pengajaran buat yang lain agar jangan suka menyibuk hal orang buruk padahnya
Quote sarahmirza 27-2-2019 11:14 AM
jazaa100 replied at 26-2-2019 07:17 PM
Bercerai je lah.....nk berparang parang pulakkk....

buat pe nk pertahankn sgt....dah lah balik da ...

Ni faham cerita ke tak?
Quote jazaa100 27-2-2019 01:30 PM
sarahmirza replied at 27-2-2019 11:14 AM
Ni faham cerita ke tak?

Pahammmm......

Dia tetak kakak ipar dia sbb kakak ipar dia yg mnyibuk sampai dorang nk bercerai.....

Dia masa tu baru balik dari menoreh....

So...pd aku...hidup penat susah menoreh, buat pe lg nk duduk dlm kelompok tu...
Quote noell 27-2-2019 01:34 PM
sian acik kena tetak lenkali buat2 sibok dlm fb sudahhh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top