CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

12 Penyanyi Bertopeng Di Rancangan Realiti Televisyen Nyanyian AS?

28-2-2019 04:27 PM| Diterbitkan: superlizdin| Dilihat: 3643| Komen: 8|Original author: Oleh: Super Lizdin

Description: Rancangan realiti televisyen nyanyian Amerika yang pelik. Semua peserta mengenakan topeng semasa melakukan persembahan!
Sebuah rancangan realiti televisyen nyanyian di Amerika menggunakan format yang agak pelik, tetapi menarik. Mana tidaknya, cuba anda bayangkan, menyanyi dengan menggunakan kostum yang pelik. Ada yang menggunakan kostum nanas, merak, raksasa, lebah dan macam macam lagi. Yang menariknya, kesemua peserta pertandingan ini ialah artis-artis yang terkenal dalam pelbagai bidang seperti pelawak, penyanyi dan penulis.

Jumlah artis bagi pertandingan ini ialah 12 orang. Terdapat keseluruhannya 10 episod. Bagi setiap episod, sebahagian dari 12 peserta ini akan melalui pertandingan 1 lawan 1. Mereka boleh memilih apa apa sahaja lagu yang ingin mereka nyanyikan. Setelah selesai persembahan mereka, para juri dan penonton boleh mengundi secara live untuk menentukan siapa yang mereka pilih dan siapa pula yang mereka tidak pilih. 


(Sumber Foto: FOX Broadcasting Company)



Di akhir setiap episod, artis yang mendapat undian yang paling rendah, akan dibincangkan oleh para juri untuk dikeluarkan . Mereka juga akan mendedahkan identiti sebenar mereka. Antara artis yang telah terkeluar dari rancangan ini, setakat hari ini ialah Tori Spelling, Margaret Cho, Terry Bradshaw, Tommy Chong dan Antonio Brown. 

Malangnya, rancangan ini tidak boleh ditonton di televisyen Malaysia. Tetapi, anda boleh melihatnya secara online dengan melanggan rangkaian televisyen Hulu (berbayar). Salah seorang penganalisis rancangan televisyen, iaitu Emily Yahr dari The Washington Post, mengatakan bahawa rancangan ini adalah "salah satu dari rancangan realiti yang paling pelik pada masa ini".


(Sumber Foto: Michael Becker/ FOX Broadcasting Company)


Antara fakta menarik rancangan telivisyen ini ialah, gabungan kesemua 12 artis ini mempunyai 65 pencalonan Anugerah Grammy, 16 album multi Platinum, 16 pencalonan Emmy Award, 9 rancangan Broadway, 4 anugerah Super Bowl dan 4 bintang di Hollywood Walk Of Fame. Sememangnya mereka semua ialah orang - orang yang terkenal.

Rancangan ini diilhamkan berdasarkan format rancangan nyanyian di Korea Selatan bernama "King Of Mask Singer" yang dihasilkan oleh Mun Hwa Broadcasting Corp. Mana tahu, rancangan ini akan dibuat pula di Malaysia nanti. Apa agaknya nama rancangan itu nanti? Penulis rasa, nama  "Raja Penyanyi Bertopeng" mungkin boleh digunakan. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 28-2-2019 05:02 PM
iols minat rancangan ni.. tapi tgk kat youtube jela.. terhibur sangat dgn peserta n judges
Quote Artemesiaa 28-2-2019 05:15 PM
Makin banyak rancangan sebegini dari Korea jadi ikutan diseluruh dunia.
Quote taji2906 28-2-2019 05:29 PM
korea punya idea memang power2...
Quote gummiebear 28-2-2019 07:50 PM
Creative betul lah orang2 Korea ni
Quote hasniey 1-3-2019 01:05 AM
Beat tgok rancangan ni.selalu tgok korea ver.best kalau idol yg rasa mcm xboleh nyanyi tibe2 nyanyi best giler
Quote pai.kacang 4-3-2019 09:33 AM
buapakperut replied at 28-2-2019 05:02 PM
iols minat rancangan ni.. tapi tgk kat youtube jela.. terhibur sangat dgn peserta n judges

cuba share link youtube tu. ade yng full episode ke?
Quote buapakperut 4-3-2019 01:46 PM
pai.kacang replied at 4-3-2019 01:33 AM
cuba share link youtube tu. ade yng full episode ke?

takde pulak full episode kat youtube. cuma performance pendek, sesi judge, clue2 dan reveal peserta. chuols nak version ape? yang korea iols tak tengok. yang amerika je
Quote pai.kacang 4-3-2019 02:38 PM
buapakperut replied at 4-3-2019 01:46 PM
takde pulak full episode kat youtube. cuma performance pendek, sesi judge, clue2 dan reveal pesert ...

yang us. td dah tgk.. memang jumpa yang pendek2 je. xde yang full version

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078716 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top